DILEMA KOTAK KOMEN BLOG ieta
Jangan malu bertanya |
Kembali ke pangkal jalan... hehe... |
Erk, content blog ok tapi sistem komen tu je perlu tukar kepada blogspot |
Satu-satunya blogger perempuan yang sudi memberi pandangan. Baru saya tahu kenapa blog ieta ni ramai silent reader. PV tertera pada status cecah 1ribu lebih setiap hari tapi komen kurang... |
AKHIRNYA... TERJAWAB SUDAH...
Tak kisahlah, janji berblogging. Saya ikut nasihat semua tapi ambil masa untuk setup. Memang nak pakai comment box intensedebate tapi ada masalah pada login dalam akaun wordpress.
Nak guna commentluv, dulu dah pernah buat tapi still loading tak habis-habis... pun ada blogger komplen dan tak suka juga....
Pernah juga mencuba masukkan 3 in 1 comment box (fb, google+ dan blogspot) tapi tak menjadi. Tak tahu di mana silap codingnya.
Buat masa ini, kekal dahulu dengan google+ comment box, ikut nasihat +cikgu naman sebab ramai pembaca blog ieta ni dari kalangan blogspot. Blogger wordpress sorang dua je yang sudi ke mari... Lagipun saya masih sangat selesa dan rasa mudah dengan google+ comment box. Lagi satu, jika blogger lain ada smartphone, saya takde smartphone... Maklumlah, bukan blogger hebatpun... Part time blogger je pun... Ilmu pun seciput je...
Buat blogger baru, nasihat dari kakak : Kadangkala belajar dari pengalaman itu bagus dari belajar main ikut-ikutan. Blogspot atau wordpress atau apa sahaja, semuanya platform untuk berblogging. Jangan jemu untuk belajar. Perbaiki niat selalu, berblogging untuk menyampaikan bukan untuk duit semata-mata. Walaupun wang bukan segalanya, tetapi hidup memang memerlukan wang jadi, jangan risau In Shaa Allah, duit datang dengan sendirinya walaupun berdikit-dikit. Teruskan berblogging, Usah putus asa. Entri berkaitan komen Google+ :
Nota : Blog ini sedang diperbaiki.
|
Owh... Ptt la rasa lain dh.. Dulu kotak komen g+ kan... Tapi sy selesa dgn yg disediakn blogger je stakat ni... :-)
ReplyDeleteHa ah +Maria Firdz. Dulu kotak komen g+. Ni dah tukar kepada kotak komen asal sebab dah try n error banyak kali nak letak 3 in 1 komen tak dapat2
Deleteguna yang memudahkan orang lain. :)
ReplyDeleteHa ah, dah guna dah. Terima kasih ya :)
Deletesaya masih keliru jenis-jenis kotak komen ni, tapi yang saya komen kat blog ni macam mudah dan simple.
ReplyDelete