Bodoh ke tak mohon BR1M?

Bodoh ke tak mohon BR1M?
Isu semasa, BR1M, Panduan menepis soalan, Kenapa tak mohon BR1M?, BR1M, Suami tak izin, sebab tak mihon BR1M, Bodoh tak mohon BR1M, Semak keputusan BR1M, Maksud BR1M
Maksud BR1M (Gambar ihsan pakcik google).
Cerita tentang BR1M. Pernah gak sebenarnya nak mohon BR1M sebab kawan cakap, "Apalah ko ni bodohnya... Ko tipu la ko tak kerja. Laki ko je kerja. Duit tu kan memang hak kita. Hak Rakyat". 

Lalu ku ceritalah pada suami, tapi suami sound, 
Jangan nak bagi malu abang! Tu untuk orang yg betul² susah tau tak? 1 hari LHDN datang siasat baru menyesal tak guna... Ayang tu kerja, abang pun kerja. Campur gaji kita berdua, cukuplah untuk anak² kita sekeluarga. Org lain tu nak minta biarkan diorang. Mungkin diorang betul² memerlukan. 
Memangla duit tu hak kita tapi kalau nak ikut macam cara orang, isi guna nama suami/isteri menipu kata tak kerja buat apa? Kan duit tu nanti jadi darah daging. Nak ke bagi makan minum pakai anak² sekeluarga hasil dari duit haram?".
Benar kata suamiku tu. Sejak tu, sorrylah kalau kawan cakap lagi ku bodoh tak mohon BR1M, memang ku smash macam tu je lah. Ko nak buat, ko punya hal. Aku, takmo jadi penipu mcm ko.
Isu semasa, BR1M, Panduan menepis soalan, Kenapa tak mohon BR1M?, BR1M, Suami tak izin, sebab tak mihon BR1M, Bodoh tak mohon BR1M, Semak keputusan BR1M, Maksud BR1M
Lain kali, sebutlah "Pandalah ko ni tak mohon BR1M..." Takde lah ku menyirap telinga dan hati dengar... Kan...?
Begitulah sebab kenapa saya tak mohon BR1M... Panjang ceritanya seperti tertulis di ataslah. Pendek dan mudah ceritanya, suami tak izin. Jadi dengan sopannya, saya akan senyum sahaja kepada yang bertanya "Kenapa tak mohon BR1M?" dan supaya tak jadi gaduh, cakap je lah "Suami tak izin". Orang tu pasti senyap. 

Jadi bodoh ke tak mohon BR1M? Bijaklah kan tak mohon BR1M sebab tak nak jadi penipu. Ha, anda bagaimana, bodoh ke tak mohon BR1M?

4 comments:

  1. Ada benarnya kata-kata suami akk tu kan,efa setuju kak hehe,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami biasa mendidik isteri. Begitulah kaedahnya Eyfa. Hehe

      Delete
  2. hahah..yg tu mmg bodoh...mcm org tmpt KG la...laki bini isi borang BR1M kata dah cerai..ha bila dua2 dapat kecoh sekampung...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...