12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU

12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU
Isu semasa, Jerebu, Info Jerebu, 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU, khasiat air kelapa, khasiat buah lemon, khasiat air garam bukit, cara meningkatkan sistem immune dalam badan, info kesihatan, BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU), STATUS, TAHAP PENCEMARAN, LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN, APAKAH ISI KANDUNGAN JEREBU, DOA KETIKA CUACA BURUK, DOA KETIKA JEREBU
Suasana jerebu bermula 14/9/2015 sehingga ke hari ini memeritkan tekak dan memedihkan mata saya.
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan kerana ia melibatkan masalah sistem pernafasan yang boleh membawa maut. Oleh yang demikian kita semua harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Apabila arahan tutup sekolah dikeluarkan, maka sewajarnyalah kita menjaga diri sendiri dan ahli keluarga kita dengan pelbagai cara yang boleh.

12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU

Sebagai panduan, boleh ikuti panduan berikut,

  1. Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
  2. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar.
  3. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal.
  4. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah dengan kerap mandi.
  5. Selalu minum air masak dengan banyak.
  6. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.
  7. Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik. 
  8. JANGAN biarkan anak-anak bermain di luar, jika perlu juga keluar pastikan memakai topeng (N95).
  9. Amalkan minum air kelapa muda yang fresh tanpa gula. Perahkan sedikit lemon ke dalam air kelapa. Air kelapa dan lemon ada antiseptik yang boleh membuang racun.
  10. Makan vitamin c untuk meningkatkan antibodi.
  11. Mandikan anak-anak kecil dengan air garam bukit jika mereka tidak suka minum air kelapa apatah lagi lemon. Air masak lagilah susah jadi, paling senang mandikan anak2 dengan air garam bukit setiap petang. Garam pun ada antiseptik semulajadi dan boleh mengeluarkan toksid dalam badan. Amalan mandi garam juga boleh meningkatkan sistem immune dalam badan dan memberi kesan relaks kepada tubuh dan minda.
  12. Banyakkan berdoa semoga kita diberi kekuatan menghadapi jerebu ini.

Isu semasa, Jerebu, Info Jerebu, 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU, khasiat air kelapa, khasiat buah lemon, khasiat air garam bukit, cara meningkatkan sistem immune dalam badan, info kesihatan, BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU), STATUS, TAHAP PENCEMARAN, LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN, APAKAH ISI KANDUNGAN JEREBU, DOA KETIKA CUACA BURUK, DOA KETIKA JEREBU
Jerebu menutup pemandangan Masjid Negara. Pinjam gambar dari gang whatsapp.

INFO JEREBU

0-50 (Baik).
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum.
* Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
* Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100 (Sederhana).
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum.
* Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
* Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

101-200 (Tidak sihat).
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.
* Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
* Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
* Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300 (Sangat tidak menyihatkan)
Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi.
* Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
* Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
* Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
* Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
* Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
* Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

APAKAH ISI KANDUNGAN JEREBU? Sumber

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam. Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana ini. Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.
Isu semasa, Jerebu, Info Jerebu, 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU, khasiat air kelapa, khasiat buah lemon, khasiat air garam bukit, cara meningkatkan sistem immune dalam badan, info kesihatan, BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU), STATUS, TAHAP PENCEMARAN, LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN, APAKAH ISI KANDUNGAN JEREBU, DOA KETIKA CUACA BURUK, DOA KETIKA JEREBU
Jerebu, nak keluar pun malaskan... Jadi memang heaven lah makan Chocoletto nih. Krup krap krup krap nikmatnya...
DOA KETIKA CUACA BURUK (JEREBU).
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ 
Maksudnya : 
"Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya". Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah.
Asap menutup sekitar laluan Jelatek ke Ampang pada 29/8/2016. Pedih mata dan hidung wo...
Asap menutup sekitar laluan Jelatek ke Ampang pada 29/8/2016. Pedih mata dan hidung wo... Alhamdulillah kali ini jerebu tak teruk. Sekolah berjalan seperti biasa. Cuma anak² ke sekolah bawa air masak dan pakai mask ^__^

Moga 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU dan Info Jerebu ini bermanfaat buat anda semua. Ada lagi tak selain 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU ni?

SUMBER :

11 comments:

  1. Nice sharing... Moga jerebu cepat reda...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Moga jerebu cepat reda..

    ReplyDelete
  3. as salam..

    jerebu katanya akan akhit hujung bulan sepuluh.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya pun baru lepas baik dari selsema. jerebu merentas sempadan memang teruk la sekarang ni. apapun sorry baru follow akak sebab sy tukar email blog baru-baru ni. Hehehe...

    ReplyDelete
  5. tahun lalu, sumatera, kalimantan, malaysia ramai kali masalah jerebu, alhamdulillah sekarang sudah reda :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah reda, sekarang musim hujan pula..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN Sibuk kalutkan keturunan orang, tak sedar diri itu lebih dahsyat, penyebar tukang fitnah, g...