Kawan laman maya saya ahli perniagaan

Kawan laman maya saya ahli perniagaan.
Kawan lama je bukan kekasih ya.
Macam-macam gambar tentang kawan lama ada di google.
Pengalaman sebagai Pembantu Pentadbiran merangkap Pembantu Peribadi.
Saya adalah seorang Pembantu Pentadbiran merangkap Personal Assistant majikan saya  di sebuah syarikat Swasta untuk branch Raja Prepaid yang saya seliakan. Jawatan saya ini menyebabkan saya perlu selalu mencari pelanggan syarikat melalui laman maya Internet.

Mengenali seorang ahli perniagaan.
Melalui Yahoo Messenger, saya mengenali Mr. T (bukan nama sebenar) seorang ahli perniagaan dan bekas NAVY. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon sebuah parti politik tersohor satu ketika dahulu. Tujuan saya adalah untuk deal bisnis Toll Free dengan Syarikat Bright Profit Sdn. Bhd. dari Sabah. Setiap hari Mr. T akan menalifon saya. Kami berbual hal bisnis dan apa yang saya gemar, Mr. T suka berikan teka-teki. Secara tidak langsung membuatkan otak saya ni ligat memikirkan jawapannya. Suami saya tempat rujukan utama saya tau bila saya buntu. Ha, kelakar je rasa.

Maklum kepada suami memudahkan urusan.
Tabiat saya, apa sahaja urusan saya dengan pelanggan atau rakan niaga akan saya maklumkan kepada suami. Tak selesa rasa jika sebarang urusan berkaitan kerjaya bisnis tanpa pengetahuan suami tercinta. Segalanya saya ceritakan pada suami. Seringkali Mr. T berkirim salam kepada suami saya. Isteri Mr. T pun ramah berbincang dengan saya semasa saya mengajukan proposal sebuah projek syarikat ditalian telefon. Walau di alam maya, kami akrab berurusan hal bisnis.

Pelaburan RM1K tak jadi mengundang masalah.
Satu hari, Mr. T hampir melaburkan RM1k kepada syarikat untuk projek yang saya perolehi. Berkali-kali saya menghubungi Mr. T bagi memastikan benar atau tidak pelaburan itu. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya,
Ya, betul. Ni saya dikelilingi guard bersenjata ni nak bank in. Tapi problem... Tak tahulah apa masalah ni ha...
Jangan menipu lagi!.
Entah apa masalah, beliau menyepi terus tanpa sebarang berita. Akhirnya majikan bertanya kepada saya,
Awak nak saya buat apa? Sakit hati kan?
Ya lah Puan... Geram ni". Kata saya.
Nak saya beritahu Datuk, sita harta dia?". Ujar majikan saya.
Buat je lah apa pun asalkan dia diajar jangan menipu lagi!" Kata saya". Kata saya lagi.
Betul ni awak? Tanya majikan saya nakkan kepastian.
Betullah Puan... Ajar dia sikit. Kata saya.
Tanpa berfikir panjang dan kerana marah ditipu saya menganggukkan kepala dengan penuh rasa kecewa.

Hikmah di sebalik kejadian.
Namun, ada hikmahlah agaknya wang itu tidak jadi masuk ke akaun syarikat ketika itu. Sementelahan pula, selepas kejadian ini, majikan saya ni tidak membayar gaji dan claim saya. Sebaliknya menipu pula beberapa peralatan pejabat yang sahabat saya berikan kepada saya atas dasar kepercayaan di samping beliau rakan niaga saya. Saya ada tanyakan kepada pihak polis berkaitan penipuan ini, polis kata tidak boleh dijadikan kes kerana tiada hitam putih saya pernah bekerja di syarikat itu. Manakan tidak, Offer Letter saya minta, sampai ke sudah saya berhenti tidak diberikan kepada saya. Jadi, report pun tiada gunanya.
4 sebab kenapa kawan lama hubungi balik.
Kebanyakan memang begitu. Dah mengalaminya juga. (Sumber google).
Berhubung kembali.
Berbalik kepada tajuk. Tak tahulah apa mimpi, tiba-tiba kawan lama saya ni mesej semula dengan teka-tekinya. Ada satu hari Sabtu tu, dia kontak saya dan bercakap pelbagai topik agama. Hati saya berkata takpelah, dah berubah dah kot. Jadi saya hanya mendengar dia bercerita. Menurut Mr. T, hartanya telah disita disebabkan arahan pihak atasan. Sebab itu dia merempat ke Malaysia di Klang. Beberapa kali kami merancang untuk berjumpa atas urusan bianis tapi tak pernah pun dapat bersua.

Bertemu kembali di laman muka buku.
Akhirnya saya berjumpa Mr. T di laman sosial facebook yang mana di facebook, ada juga kenalan saya adalah rakan sekuliah yang juga rakan Mr. T. Tidak tahu apa yang rakan sekuliah saya perkatakan tentang saya, akhirnya kami terputus hubungan begitu sahaja. Tak kisahlah, saya berfikiran positif. Jika seseorang itu tidak sesuai dan mungkin memudharatkan saya maka, Allah akan menjauhkan saya dan orang itu melalui pelbagai cara. Pasti ada sebab dan hikmah kenapa jadi macam tu.

Nasihat berguna dalam dunia perniagaan.
Antara nasihat Mr. T yang sentiasa saya pegang dalam menyusuri arus kehidupan dan perniagaan juga kerjaya saya ialah,
Bukan senang nak senang dan tak susah nak susah.
Biar jatuh perigi jangan jatuh pokok kelapa.
Begitulah sebahagian pengalaman saya dalam dunia kerjaya bahagian perniagaan. Anda pernah putus kawan? Apa anda lakukan? 

2 comments:

  1. pernah. hampir 5 tahun menjalinkan persahabatan sepanjang sekolah menengah. akhirnya.. hari last exam spm persahabatan semakin rengang dan putus. tetapi skarang kembali berkawan. tetapi tidaklah berhubung seperti dahulu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...