KALAU SAYA MALAS APA JADI?

KALAU SAYA MALAS APA JADI?
Malas, Awan, awan cantik, pemandangan, lampu jalan, awan
MULUT LONGKANG.
"Kau jangan malas, rumah tu jaga... Buanglah apa yang tak perlu. Kemas sikit rumah kau tu...". Begitulah antara ayat hebat dari seorang yang hebat kepada kawan saya bernama Nania yang juga seorang usahawan, pelajar dan juga kakitangan awam tetapi selalu mengalami masalah kesihatan.

Antara nasihat yang saya katakan kepadanya, "Sabarlah. Asalkan suami kau tahu dan anak-anak kau pun cukup makan semua, biarkan sahajalah. Abaikan apa sahaja orang nak sound kau dan kau buktikan, kau lebih berjaya daripada mereka yang busy body, mulut longkang dan suka cari salah kau mahupun menghina atau memperlekehkan kau. Mereka tu ada anak pinak, satu hari akan terkena batang hidung mereka juga...".

PENGALAMAN SAYA.
Saya pun pernah orang kata saya malas. Hanya kerana suami saya sering membantu saya membuat kerja-kerja di rumah sedangkan suaminya tidak pernah sekalipun membantunya... Tahu apa saya rasa? Sedih... Tapi saya ada cara menyelesaikan kesedihan saya tu yang tersendiri. Waktu tu, saya kurang sihat. Memang selalu sahaja sakit. Bukan tak pernah dikeji... Adatlah bila ada yang datang ke rumah dan mata meliar, check keadaan rumah dan terus hebah ke laman sosial. Fitnah pelbagai. Biasa dah... Perli-perli dan menjaja hal saya, biasa dah... Tapi, apa ada kisah...? Bukan mereka bagi saya duit sesen pun. Biarlah...

AKU HEBAT!
Apa saya buat? Saya berfikiran positif. Saya pujuk diri saya sendiri. Saya kata pada diri saya, "Aku hebat!" Sebab,
  1. Kalau saya malas, saya tak buat dua tiga empat lima enam kerja dalam banyak masa. Walaupun saya sakit, saya gagahkan. Terutama hal perniagaan saya. Selagi jari boleh bergerak, selagi tu lah saya kongsikan ikut suka hati saya.
  2. Kalau saya malas, tak ada nya dapat duit saya kepada pihak berkaitan untuk bayar segala macam tax. Malas? Tak bekerjalah saya...
  3. Kalau saya malas, saya tak pergi lah mengajar. Saya tak buatlah whatsapp group untuk kelas-kelas subjek yang saya ajar dan juga whatsapp group parents murid kelas saya sebagai pemudah cara kerjaya perguruan saya...
  4. Kalau saya malas, tak adalah saya berniaga walaupun secara sambilan dan kecil-kecilan.. Ada sahaja masa terluang, semua produk bisnis saya kongsikan melalui blog bisnis saya dan ke merata laman sosial yang ada. Kecuali waktu mengajar. Memang handphone pun saya simpan tau...
  5. Kalau saya malas, tak adanya saya sambung belajar. Tak adanya saya dapat saya Anugerah Dekan.
  6. Kalau saya malas, saya tak hantar tau anak-anak saya ke sekolah. Setiap hari rushing ke tempat kerja kejar punch card pagi dan petang. Setiap hari juga dari tempat kerja balik tengahari uruskan anak ke sekolah petang pula. Orang yang mengata, apa ada tahu? Meh sini buat sekali, apa semua yang saya dah buat... Duduk rumah sepanjang masa, anak-anak dah besar, atau ada orang gaji, bolehlah rumah kemas 24 jam...
  7. Kalau saya malas, alamat hancurlah segalanya...
Ha, itulah 7 sebab kenapa saya kata saya hebat. Bukan saya nak merungut atau pun nak bangga diri tapi nak positifkan diri, beritahu pada diri abaikan mulut longkang yang suka mencari kesilapan.

Semua urusan saya, itulah hakikatnya rutin dan tanggungjawab saya. Tiada apa pun perlu saya kesal atau sedihkan. Saya pasti ramai lagi yang hebat seperti rakan saya dan juga saya kan? Maaf lah ya jika ayat ala-ala angkat bakul sendiri. Cuma nak menzahirkan sahaja apa yang selama ini tak pernah orang tahu bagaimana kehidupan wanita bekerjaya dan beranak kecil-kecil seperti kami berdua.
Senyum, hina, senyum sahaja jika dihina
KEHEBATAN ARWAH EMAK SAYA.
Arwah emak saya dulu, masa suri rumah sepenuh masa, memang makan minum dan pakai kami terjaga. Masa tu, kami 6 beradik kecil-kecil lagi. Arwah emak yang mengajar kami semua mengaji. Arwah emak tak hantar kami mengaji kepada orang lain pun. Ini semasa arwah emak sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.

Bila arwah emak dah mula bekerja, setiap hari arwah emak akan bangun jam 4 pagi, mandi dan terus memasak makanan untuk abah dan kami 6 beradik. Walaupun arwah emak sakit kebas bengkak tangan atau alahan teruk sepanjang mengandungkan kami, semasa beliau suri rumah sepenuh masa arwah emak tetap memasak dan buat kerja rumah seperti biasa. Saya tak pernah dengar arwah emak merungut. Saya sendiri kadangkalanya bila datang tak sihat, tak mampu melakukan seperti arwah emak saya. Sayang emak, rindu emak...

Namun, satu perkara harus kita ingat, setiap manusia ada kemampuan dan kelemahan tersendiri. Kita siapa untuk menghukum orang lain atas perkara yang kita tidak tahu hal sebenarnya?

BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BUAT SAMA MACAM YANG ORANG LAIN DAPAT BUAT.
Saya tidak pernah lagi merasa menjadi suri-rumah sepenuh masa. Kebetulan saya memang dari sebelum berkahwin saya sudah terbiasa dan ligat bekerja di pejabat dan sebelum mengajar, saya memang sudah minat berniaga dan menulis. Sebab itulah saya meneruskan minat saya dalam bidang perniagaan dan berblogging secara sambilan sehingga ke hari ini.

Sebagai guru pula, adakalanya saya memang perlu membawa balik ke rumah kertas-kertas peperiksaan untuk saya tanda. Ha, masa tu memanglah saya tak dapat juga nak buat semua dalam satu masa. Pasti ada perkara seperti urusan bisnis saya ketepikan. Urusan rumahtangga? Saya dan suami sama-sama bekerjasama melaksanakannya. Mudah kan? Perkahwinan adalah satu kerjasama. Betulkan?

AKHIR KATA.
Rajinlah sangat orang yang dok kata orang lain malas...? Eh, rajinla... rajin busy body hal rumahtangga orang lain. Sedangkan, rumahtangga, anak-beranak sendiri tak sempurna mana pun. Pada yang mengeji, cuba letak diri anda tu di tempat wanita bekerjaya seperti rakan saya Nania dan anda tanya diri anda, mampu ke buat macam yang rakan saya dan juga saya buat? Sekian, kisah KALAU SAYA MALAS. Anda malas tak? :D

Kisah hari Jumaat Cikgu ieta

Ini Kisah hari Jumaat Cikgu ieta
Meja, kerusi dan pelajar tak dapat dipisahkan di sekolah.
Meja, kerusi dan pelajar tak dapat dipisahkan di sekolah.
MEJA TINGGI DARI TUAN.
Saya masuk ke kelas darjah 1 pagi tadi. Berilah salam. Semua murid pun bangun menjawab salam saya. Di sebelah kiri saya ada murid perempuan.

"Ha kamu, kenapa tak berdiri lagi? Orang lain semua dah berdiri" tanya saya kepadanya.

"Saya dah berdirilah Ustazah." Katanya.

"La, dah berdiri rupanya... Meja tinggi dari kamu..." kata saya sambil meminta maaf.

Masuk bilik guru, saya asyik ketawa mengingatkan kejadian tu. Cerita pada rakan sekerja, mereka pun tergelak mendengarnya. Kelakar kan? Boleh saya tak perasan murid comel tu sudah berdiri.

NAK PISANG TU SEBIJI.
Pisang kegemaran ramai berbanding sayur dan buah-buahan yang lain, bersedekahlah pisnag.
Nampak tak pisang dalam plastik tu? Pisang antara makanan kegemaran ramai. Buktinya ramai orang suka bersedekah pisang pada hari Jumaat di masjid-masjid berbanding buah-buahan yang lain :D
Sebelum balik ke rumah, saya singgah di perkarangan Masjid di hadapan sekolah. Ternampak longgokan pisang di atas meja.

Saya pun ambillah sesikat untuk anak-anak di rumah. Mereka suka makan pisang. Jika ke kedai, selalu saya belikan pisang untuk anak-anak saya yang lima orang tu. Jadinya, sesekali ternampak pisang di atas meja masjid, tak lepas peluang saya pun ambillah juga. Moga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan mereka yang bersedekah pisang setiap Jumaat di Masjid tu.

Sebelum sampai ke kereta saya, ada seorang Pakcik ni meggamit tangan kepada saya dari jauh. Dalam hati "Dah kenapa lah pula pakcik ni panggil aku ni... Dia kenal aku ke... Ish takkanlah dia nak bersedekah ke aku pulak?" Mengumam hati saya sendirian. Saya pun sebab menghormati orang tua, pergilah kepada pakcik tu... Kesian tau tengok pakcik tu. Baru balik dari pasar agaknya sebab di tangannya penuh plastik barang dimasukkan perlahan-lahan ke dalam bonet keretanya.

"Nak pisang tu sebiji..." kata pakcik tu sambil jari menunjuk kepada sesikat pisang di tangan saya. Saya pun terus menghulurkan kepada pakcik tu pisang di tangan saya.

"Nah pakcik, ambillah. 2 biji pun boleh, banyak pun tak pe pakcik". Kata saya kepada pakcik tu.

"Ko suka pisang ya?" Tanya pakcik tu dengan suara menggigil-gigil dan tangan terketar-ketar. Kesiannya... "Entahkan dia lapar sangat" kata saya dalam hati.

"Tak pakcik, ni untuk anak-anak saya kat rumah tu, dia orang suka makan pisang" jawab saya.

"Suami ko kerja mana?" Tanya pakcik tu lagi.

"Kerja pejabat je pakcik kat K.L" jawab saya.

"Pakcik tinggal di mana?" Tanya saya kepada pakcik tu.

"Dekat sini je nak" jawab pakcik tu.

"Ambillah lagi pisang ni pakcik. Takpe..." pelawa saya. Pakcik tu ambil sebiji lagi. Bila saya pelawa lagi, pakcik tu tak nak dah. Jadi, saya pun minta izin ke kereta untuk balik. Pakcik tu tunggu lama saya di keretanya. Saya lalu sahaja, pakcik tu angkat tangan tinggi kepada saya sewaktu kereta saya lalu keluar dari pagar masjid. Saya lafazkan salam kepada pakcik tu dari dalam kereta saya dan angkat tangan juga tanda hormat saya kepadanya. Hati saya tenang sangat selepas tu tau...

Balik rumah, saya cerita kepada suami saya. Kemudian, suami beritahu tengahari tadi, di ofisnya ada orang belanja dia makan nasi beriani. Allahu... Nak menitis air mata saya. Sungguhlah besar rahmat Allah kepada hambaNYA.

SERINGGIT JE.
Sesi petang tadi, ada satu subjek teras saya mengajar dalam Darjah lima iaitu subjek Tajwid. Hari ini saya mengajar Tajuk Mad Wajib Muttasil.

Seperti biasa, selepas latih-tubi membaca dan mendengar bacaan, saya gemar bersoal-jawab dengan murid-murid saya untuk menguji kefahaman mereka. Salah seorang murid perempuan dapat menjawab soalan saya. Lantas saya berikan seringgit sebagai hadiah dan motivasi untuknya kerana berjaya menjawab soalan saya. Apalah salahnya, bukan selalu pun. Seringgit je...

Saya minta semua murid beri tepukan gemuruh kepada murid yang berjaya menjawab tadi sambil memuji, kata saya "Ha, kalau dua puluh kali dia jawab maka dua puluh kali Ustazah doakan dia tau? Kalau sekali jawab seringgit, dua puluh kali? Ha, kamu kiralah sendiri. Tapi bukan selalu tau Ustazah beri..." kata saya sambil ketawa kepada murid-murid saya dengan harapan mereka belajar bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan balasan. Kesannya, selepas itu murid-murid saya bersemangat waja dan berlumba-lumba menjawab soalan saya.

Saya tanya murid-murid saya "Kamu suka tak belajar subjek Ustazah ajar? Mana satu kamu paling suka? Jawi ke Tajwid?" Kata mereka, mereka suka dua-dua dan mereka suka belajar dengan saya sebab saya mengajar santai sambil gelak-gelak walaupun tahun lalu, sayalah guru yang mereka takuti. Maklumlah, guru disiplin kan, perlulah bertegas. Syoknya mengajar... Bila pelajar memahami apa saya ajar dan ilmu itu berpanjangan mereka akan praktikkan.

Begitulah Kisah hari Jumaat Cikgu ieta ingin kongsikan kepada anda semua. Moga menjadi pedoman buat semua. Pernah tak terjadi kepada anda kisah seumpama di atas? Mari kongsikan dengan saya ^__^
Kisah benar, kuasa bersedekah.
Kisah benar kuasa bersedekah.

BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA

BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA.


Bebanan kerja seringkali membuat seseorang itu tertekan.


Hadapi tekanan dengan bijaksana.
Kadangkala menjadi bebanan dan tekanan jika apa yang bukan kepakaran kita tetapi kita perlu buat demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, jangan tertekan, sesekali pergilah window shopping untuk meredakan tekanan yang melanda ^__^

Memberi motivasi itu mudah tetapi nak mengimplementasikannya payah. Sebab itu saya katakan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara...

Laksanakan apa yang dikata.
Orang yang tidak berniaga, takkan tahu susah payah dan pahit getir dunia perniagaan. Jadi, motivasinya hanya sekadar di mulut. Tiada sebarang gerak kerja dilakukan. Berilah motivasi sebanyak mana sekali pun. Hanya sekadar kata-kata sahajalah. Orang sedemikian jika hanya sebagai motivator atau konsultan, tidak boleh diguna-pakai 100% kata-katanya. Ibarat kata, hanya bijak bermain kata-kata... Cuba suruh berniaga, boleh ke tak boleh? Try lah :)

Kesan ilmu tidak diamal.
Setakat ilmu yang tidak digarapkan ke dalam kehidupan seharian, ibarat pokok yang tidak berbuah. Yang mendengar, setakat mendengar. Ambil yang mana boleh guna. Yang payah nak buat, tinggalkan sahaja. Berniaga ni, kita bekerja untuk diri kita sendiri. Untuk kepuasan diri sendiri. Untuk keluarga kita. Bukan untuk orang lain. Kenapa kita perlu ikut 100% jika kita ada tanggungjawab tersendiri yang hakiki?

Berniaga terapi minda, menghilangkan stress
Berniaga memang menggembirakan dan salah satu terapi minda saya ^__^ 2022 suami sarankan saya fokus urusan hantar ambil anak-anak bersekolah dan beliau bekerja sahaja.

Mengajar bukan perkara mudah.
Begitu juga orang yang tidak menjadi guru, dia tak akan tahu bagaimana tugas dan apa yang perlu guru lakukan saban hari. Jika berlaku sesuatu perkara, hanya menuding jari menyalahkan guru. Cuba suruh mengajar tengok barang sehari? Mampu ke tak mampu?

Usah terlalu taksub.
Sebab itu saya tidak gemar mengidolakan sesiapa pun dengan taksubnya selain Nabi Muhammad S.A.W sahajalah idola saya dalam berniaga dan mendidik. Saya hanya usahawan kecil-kecilan dan blogger sambilan sahaja. 2022 saya suri rumah sepenuh masa ikut saranan suami banyaklah saya memvideo sahaja. 😁

Utamakan yang utama.
Dahulu Guru kerjaya utama saya. Keluarga saya keutamaan pertama saya bila di rumah. Jadi, saya hanya utamakan kerjaya utama dan keutamaan pertama saya. Blogger dan berniaga sebagai kerjaya sambilan saya, bila lapang sahaja saya lakukan. 2022 suami sarankan saya fokus urusan hantar ambil anak-anak bersekolah dan beliau bekerja sahaja. Betulkan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara?




Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN Sibuk kalutkan keturunan orang, tak sedar diri itu lebih dahsyat, penyebar tukang fitnah, g...