BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA

BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA.


Bebanan kerja seringkali membuat seseorang itu tertekan.


Hadapi tekanan dengan bijaksana.
Kadangkala menjadi bebanan dan tekanan jika apa yang bukan kepakaran kita tetapi kita perlu buat demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, jangan tertekan, sesekali pergilah window shopping untuk meredakan tekanan yang melanda ^__^

Memberi motivasi itu mudah tetapi nak mengimplementasikannya payah. Sebab itu saya katakan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara...

Laksanakan apa yang dikata.
Orang yang tidak berniaga, takkan tahu susah payah dan pahit getir dunia perniagaan. Jadi, motivasinya hanya sekadar di mulut. Tiada sebarang gerak kerja dilakukan. Berilah motivasi sebanyak mana sekali pun. Hanya sekadar kata-kata sahajalah. Orang sedemikian jika hanya sebagai motivator atau konsultan, tidak boleh diguna-pakai 100% kata-katanya. Ibarat kata, hanya bijak bermain kata-kata... Cuba suruh berniaga, boleh ke tak boleh? Try lah :)

Kesan ilmu tidak diamal.
Setakat ilmu yang tidak digarapkan ke dalam kehidupan seharian, ibarat pokok yang tidak berbuah. Yang mendengar, setakat mendengar. Ambil yang mana boleh guna. Yang payah nak buat, tinggalkan sahaja. Berniaga ni, kita bekerja untuk diri kita sendiri. Untuk kepuasan diri sendiri. Untuk keluarga kita. Bukan untuk orang lain. Kenapa kita perlu ikut 100% jika kita ada tanggungjawab tersendiri yang hakiki?

Berniaga terapi minda, menghilangkan stress
Berniaga memang menggembirakan dan salah satu terapi minda saya ^__^ 2022 suami sarankan saya fokus urusan hantar ambil anak-anak bersekolah dan beliau bekerja sahaja.

Mengajar bukan perkara mudah.
Begitu juga orang yang tidak menjadi guru, dia tak akan tahu bagaimana tugas dan apa yang perlu guru lakukan saban hari. Jika berlaku sesuatu perkara, hanya menuding jari menyalahkan guru. Cuba suruh mengajar tengok barang sehari? Mampu ke tak mampu?

Usah terlalu taksub.
Sebab itu saya tidak gemar mengidolakan sesiapa pun dengan taksubnya selain Nabi Muhammad S.A.W sahajalah idola saya dalam berniaga dan mendidik. Saya hanya usahawan kecil-kecilan dan blogger sambilan sahaja. 2022 saya suri rumah sepenuh masa ikut saranan suami banyaklah saya memvideo sahaja. 😁

Utamakan yang utama.
Dahulu Guru kerjaya utama saya. Keluarga saya keutamaan pertama saya bila di rumah. Jadi, saya hanya utamakan kerjaya utama dan keutamaan pertama saya. Blogger dan berniaga sebagai kerjaya sambilan saya, bila lapang sahaja saya lakukan. 2022 suami sarankan saya fokus urusan hantar ambil anak-anak bersekolah dan beliau bekerja sahaja. Betulkan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara?




7 comments:

  1. singgah baca sini.. perkongsian yg bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. Betul.. Tapi apa nak buat kan.. sesetengah orang memang macam tu.. ada juga yang rasa 'itu kepakaran kamu, kenalah tau settle'.. Memang kepakaran kita, tapi berapa pakarnya seseorang itu, mesti ada yang susahnya juga dalam kerja tersebut. Bukan semua benda tu senang dan bukan semua benda tu susah. Semua orang masih belajar, untuk mendalami ilmu yang telah didalami :)

    ReplyDelete
  3. Begitulah Yun Sing. Jadi, kitalah perlu belajar untuk menjadi pakar supaya kita tidak dikondem kelak. Terima kasih Yun Sing sudi singgah dan komen ^__^

    ReplyDelete
  4. Begitulah Yun Sing. Jadi, kitalah perlu belajar untuk menjadi pakar supaya kita tidak dikondem kelak. Terima kasih Yun Sing sudi singgah dan komen ^__^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...