Kisah hari Jumaat Cikgu ieta

Ini Kisah hari Jumaat Cikgu ieta
Meja, kerusi dan pelajar tak dapat dipisahkan di sekolah.
Meja, kerusi dan pelajar tak dapat dipisahkan di sekolah.
MEJA TINGGI DARI TUAN.
Saya masuk ke kelas darjah 1 pagi tadi. Berilah salam. Semua murid pun bangun menjawab salam saya. Di sebelah kiri saya ada murid perempuan.

"Ha kamu, kenapa tak berdiri lagi? Orang lain semua dah berdiri" tanya saya kepadanya.

"Saya dah berdirilah Ustazah." Katanya.

"La, dah berdiri rupanya... Meja tinggi dari kamu..." kata saya sambil meminta maaf.

Masuk bilik guru, saya asyik ketawa mengingatkan kejadian tu. Cerita pada rakan sekerja, mereka pun tergelak mendengarnya. Kelakar kan? Boleh saya tak perasan murid comel tu sudah berdiri.

NAK PISANG TU SEBIJI.
Pisang kegemaran ramai berbanding sayur dan buah-buahan yang lain, bersedekahlah pisnag.
Nampak tak pisang dalam plastik tu? Pisang antara makanan kegemaran ramai. Buktinya ramai orang suka bersedekah pisang pada hari Jumaat di masjid-masjid berbanding buah-buahan yang lain :D
Sebelum balik ke rumah, saya singgah di perkarangan Masjid di hadapan sekolah. Ternampak longgokan pisang di atas meja.

Saya pun ambillah sesikat untuk anak-anak di rumah. Mereka suka makan pisang. Jika ke kedai, selalu saya belikan pisang untuk anak-anak saya yang lima orang tu. Jadinya, sesekali ternampak pisang di atas meja masjid, tak lepas peluang saya pun ambillah juga. Moga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan mereka yang bersedekah pisang setiap Jumaat di Masjid tu.

Sebelum sampai ke kereta saya, ada seorang Pakcik ni meggamit tangan kepada saya dari jauh. Dalam hati "Dah kenapa lah pula pakcik ni panggil aku ni... Dia kenal aku ke... Ish takkanlah dia nak bersedekah ke aku pulak?" Mengumam hati saya sendirian. Saya pun sebab menghormati orang tua, pergilah kepada pakcik tu... Kesian tau tengok pakcik tu. Baru balik dari pasar agaknya sebab di tangannya penuh plastik barang dimasukkan perlahan-lahan ke dalam bonet keretanya.

"Nak pisang tu sebiji..." kata pakcik tu sambil jari menunjuk kepada sesikat pisang di tangan saya. Saya pun terus menghulurkan kepada pakcik tu pisang di tangan saya.

"Nah pakcik, ambillah. 2 biji pun boleh, banyak pun tak pe pakcik". Kata saya kepada pakcik tu.

"Ko suka pisang ya?" Tanya pakcik tu dengan suara menggigil-gigil dan tangan terketar-ketar. Kesiannya... "Entahkan dia lapar sangat" kata saya dalam hati.

"Tak pakcik, ni untuk anak-anak saya kat rumah tu, dia orang suka makan pisang" jawab saya.

"Suami ko kerja mana?" Tanya pakcik tu lagi.

"Kerja pejabat je pakcik kat K.L" jawab saya.

"Pakcik tinggal di mana?" Tanya saya kepada pakcik tu.

"Dekat sini je nak" jawab pakcik tu.

"Ambillah lagi pisang ni pakcik. Takpe..." pelawa saya. Pakcik tu ambil sebiji lagi. Bila saya pelawa lagi, pakcik tu tak nak dah. Jadi, saya pun minta izin ke kereta untuk balik. Pakcik tu tunggu lama saya di keretanya. Saya lalu sahaja, pakcik tu angkat tangan tinggi kepada saya sewaktu kereta saya lalu keluar dari pagar masjid. Saya lafazkan salam kepada pakcik tu dari dalam kereta saya dan angkat tangan juga tanda hormat saya kepadanya. Hati saya tenang sangat selepas tu tau...

Balik rumah, saya cerita kepada suami saya. Kemudian, suami beritahu tengahari tadi, di ofisnya ada orang belanja dia makan nasi beriani. Allahu... Nak menitis air mata saya. Sungguhlah besar rahmat Allah kepada hambaNYA.

SERINGGIT JE.
Sesi petang tadi, ada satu subjek teras saya mengajar dalam Darjah lima iaitu subjek Tajwid. Hari ini saya mengajar Tajuk Mad Wajib Muttasil.

Seperti biasa, selepas latih-tubi membaca dan mendengar bacaan, saya gemar bersoal-jawab dengan murid-murid saya untuk menguji kefahaman mereka. Salah seorang murid perempuan dapat menjawab soalan saya. Lantas saya berikan seringgit sebagai hadiah dan motivasi untuknya kerana berjaya menjawab soalan saya. Apalah salahnya, bukan selalu pun. Seringgit je...

Saya minta semua murid beri tepukan gemuruh kepada murid yang berjaya menjawab tadi sambil memuji, kata saya "Ha, kalau dua puluh kali dia jawab maka dua puluh kali Ustazah doakan dia tau? Kalau sekali jawab seringgit, dua puluh kali? Ha, kamu kiralah sendiri. Tapi bukan selalu tau Ustazah beri..." kata saya sambil ketawa kepada murid-murid saya dengan harapan mereka belajar bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan balasan. Kesannya, selepas itu murid-murid saya bersemangat waja dan berlumba-lumba menjawab soalan saya.

Saya tanya murid-murid saya "Kamu suka tak belajar subjek Ustazah ajar? Mana satu kamu paling suka? Jawi ke Tajwid?" Kata mereka, mereka suka dua-dua dan mereka suka belajar dengan saya sebab saya mengajar santai sambil gelak-gelak walaupun tahun lalu, sayalah guru yang mereka takuti. Maklumlah, guru disiplin kan, perlulah bertegas. Syoknya mengajar... Bila pelajar memahami apa saya ajar dan ilmu itu berpanjangan mereka akan praktikkan.

Begitulah Kisah hari Jumaat Cikgu ieta ingin kongsikan kepada anda semua. Moga menjadi pedoman buat semua. Pernah tak terjadi kepada anda kisah seumpama di atas? Mari kongsikan dengan saya ^__^
Kisah benar, kuasa bersedekah.
Kisah benar kuasa bersedekah.

4 comments:

  1. Menarik kisah kak ieta kali ini hhee,.sebut je sedekah kan kak,mmg besar ganjaran nya,pernah juga melalui sesuatu yg sangat tak di jangka,kita bg sikit kita dpt lebih banyak..masa tu wang tinggal rm10 je selepas beli barang keperluan..ada la sorang makcik ni nampak susah secara spontan rasa nk memberi berapa yang ada tu,.rasa tenang dpt bantu walau sikit..selepas beberapa hari..Allah beri rezeki tanpa di sangka sangka lebih banyak dari apa yang pernah di keluar kan,.Alhamdulillah..tapi sedekah ini walau sikit walau banyak kita dapat ketenangan hati :)

    ReplyDelete
  2. ceritanya bisa menginspirasi teman teman untuk lebih berbuat kebaikan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN Sibuk kalutkan keturunan orang, tak sedar diri itu lebih dahsyat, penyebar tukang fitnah, g...