Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?

Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?, Buku latihan murid-murid
Timbunan buku latihan murid-murid saya sesi pagi dan petang. Ni sikit je ni. Sebahagiannya dah siap dah sebelum Ujian dan cuti hari tu.
Mata tak boleh tidur teringat kerja.
Malam tadi, mata nak tidur tapi tak boleh nak tidur. Teringat pula ke timbunan buku-buku latihan murid sesi pagi dan petang yang belum sempat disemak tinggal di atas meja saya di sekolah. Di sekolah tidak duduk sahaja ya, banyak kerja perlu disiapkan tau...

Subjek Jawi dan Khat
360 orang murid punya buku darab beberapa subjek. Boleh tahan jugalah nak menandanya. Tapi, alah tegal dek biasa, saya menanda sedikit demi sedikit.

Subjek Jawi ni subjek ejaan. Jadi perlu teliti. Bukan boleh sesuka-suka hati tanda tau... Gambar di atas tu, buku latihan subjek Jawi darjah 3, 4 dan 5. Darjah 6 sempat saya tanda sebelum Ujian Prestasi 1 bermula. Sebahagian buku latihan juga sempat saya semak dan tanda sebelum cuti bermula. Itu sahajalah yang tinggal. Yang atas sekali tu subjek Khat. Ini subjek cara menulis huruf jawi dan arab dengan betul. Pun sama, perlu berhati-hati juga menanda.

Kenapa tak bawa kerja balik rumah?
Buku-buku latihan murid-murid ni, jika saya bawa balik rumah memanglah tak dapat nak buat... Tahun lepas saya dah pernah bawa balik. Kononnya nak siapkan di rumah. Tapi satu pun tak dapat nak tanda. Kesudahannya, bawa semula ke sekolah.

Sebenarnya, bila di rumah, anak-anak dan suami menjadi keutamaan saya. Pernah saya leka menanda, kerja rumah terabai. Hehe... Kadangkala bila di rumah, saya tak mampu juga tau nak buat banyak kerja dalam satu masa.

Lainlah seperti sesetengah orang, komitmen tiada atau pun suami pun tak ada. Anak pun seorang dua.  Jadi, tiada tanggungjawab di rumah atau tanggungjawab tak berat mana... Atau tak pegang kelas pun pagi dan petang. Kalau pegang pun, 1 kelas sahaja. Tapi, itu semua sebenarnya bukanlah alasan. Mampu buat, tak mampu relax. Nanti bila berkelapangan, sambunglah lagi menanda buku tu. Jangan stress na...

Waktu bila tanda buku murid-murid?
Saya menanda di sekolah sambil-sambilan dalam kelas selepas selesai mengajar sementara menanti murid-murid menyiapkan latihan, juga sambil-sambilan menguruskan kerja pendokumentasian dan lain-lain kerja mendatang lagi yang semuanya perlu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Yang jadi bertimbun seperti di atas adalah apabila dari awal tahun, buku latihan saya minta hantar, murid-murid tak hantar. Haaa.... Maka masaklah saya nak menandanya bila saya berkelapangan😁😁😁

Kemungkinan dalam waktu cuti sekolah ni, saya akan ke sekolah mengambil buku-buku latihan tu untuk saya tanda setelah siap menanda kertas-kertas Ujian yang perlu saya tanda. Haish berapa banyak tanda da... 😁😁😁

Penting ke whatsapp dalam kehidupan seharian kita?
Penting.... Sangat penting jika whatsapp group berkaitan keluarga, kerja, urusan bisnis ataupun ilmu blogging. Ha, itu suami izinkan.

Ada waktu, semak dan mengganggu. Malahan sampai ke satu tahap, saya pernah berasa bosan teramat-amat dengan whatsapp. Mana tidaknya kan? Bila whatsapp masuk berdesap-desup waktu sedang mengajar. Terganggu tau. Ha, sebab itulah saya tak suka on whatsapp pada waktu bekerja. Handphone pun saya tinggal dalam handbag. Lagi pun, menyalahi etika perguruan tau membelek WhatsApp atau laman sosial waktu sedang mengajar.

Melainkan jika pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggunakan Android, ha masa tu lah saya keluarkan handphone saya sebagai Bahan Bantu Mengajar seperti contoh, saya uzur tidak boleh membaca Al-Quran, saya gunakan rakaman dalam Android ataupun melalui video di You Tube untuk memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran atau kalimah-kalimah Al-Quran kepada murid-murid di dalam kelas saya tu.

Sebab kenapa keluar group WhatsApp?
Salah satu sebab lain kenapa saya keluar dari beberapa group whatsapp pernah saya join, adalah apabila ada syarat wajib aktif dalam group whatsapp. Serius pada mulanya saya akur. Lama-kelamaan bila sampai mengganggu kerja saya, dan handphone saya pula asyik hang... maka lebih baik saya keluar dari group. Yang lagi parah, bila fon hang, data semua hilang. Apa pun tak boleh nak buat. Menangis saya tau. Kadangkala, saya on sahaja whatsapp, saya terus padam semua notification. Tidak, data hilang. Jenuh...😁😁😁

Saya bukan orang yang 24 jam suka mengadap whatsapp. Handphone saya pun bukanlah canggih sangat macam orang lain. Samsung Note 2 je pun...

Kerja saya guru, isteri, ibu, usahawan atas talian juga blogger sambilan. Dari saya mengadap whatsapp 24 jam, lebih baik saya fokus pada keluarga dan kerjaya utama saya. Lebih baik saya siapkan entri blog saya dan lebih baik saya promote produk-produk bisnis saya (di luar waktu mengajar ya...)😊😊😊😊

Cuti sekolah lagilah, masa untuk keluarga, menjadi keutamaan saya. Lagilah, whatsapp pun kurang saya buka. Ada hal penting baru saya baca. Tahukah anda, Laman sosial dan whatsapp kadangkala melekakan jika kita asyik dengannya? Sayalah tu yang leka. Ha, sebab tu suami tak izin join banyak sangat group whatsapp😊😊😊 Dah kalau sekali on whatsapp beribu-riban notification, mahunya saya tak leka? 😁😁😁

Bahana off wifi dan tak buka whatsapp bila banyak group.
Tahun ni, saya selalu  off wifi atau pun saya off terus handphone saya. Jika saya online pun hanya waktu selepas sesi mengajar atau pun sewaktu tiada kelas. Di luar waktu bekerja pun saya kurang berwhatsapp kecuali sebelum tidur, baru saya layan whatsapp customer bisnis saya dan baca whatsapp group yang mencecah 300 sekali-sekala notificationnya. Tak macam dulu, 20 whatsapp group saya sertai dan ada yang saya dimasukkan tiba-tiba. Nak keluar risau admin berasa hati, sampai 5 ribu sekali online keluar notification.

Itulah bahana banyak group whatsapp dan tak on whatsapp. Sampai hang handphone😁😁😁

Esok buat apa?
Esok saya nak sambung menanda 8 bundle sahaja lagi kertas Ujian Prestasi 1. Sepuluh bundle dah siap sebelum cuti 😁😁😁
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?, kertas Ujian Prestasi 1
Mari la kalau nak tolong saya menanda kertas-kertas Ujian ni... hehe
Anda rasa, pentingkah WhatsApp dalam kehidupan anda?

Dulu WhatsApp. Sejak mengajar online, Telegram, DM Instagram dan inbox facebook pun penting. 😁

Entri berkaitan :
  1. QUALITY TIME
  2. IBU KENAPA TAK KERJA KAT RUMAH?


18 comments:

  1. Whspp penting pada parents mcm saya..kami ada whspp group kelas anak.apa2 cikgu inform di situ..sbb kdg2 terslh info bile ank yg beritahu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat² tu Puan. Say sendiri ada grup w.ap dengan parents kelas saya sesi pagi dan petang. Memang amat² membantu. Terima kasih Puan Ummul Azkee sudi singgah dan beri pendapat :)

      Delete
  2. Ahaha teringat dekat cikgu2 sekolah. Lawak ^^ Ada sekali tu cikgu tengok fon. Semua org pandang. Bunyi mesej WhatsApp masuk. Dalam fikiran : Ahaha cikgu kantoi tengok WhatsApp. Tapi sebelum sempat cakap apa2 cepat2 cikgu terang tengah tanya ketua panitia topik yang akan keluar untuk exam. Hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, gelak akak baca kisah Yun Sing tu tau. Memang ada guru berkomunikasi sesama mereka bertanyakan hal-ehwal sekolah dan pelajaran. Ye lah kan, nak naik turun tangga makan masa. Ketua Zon akak pun pernah juga berpesan, gunakan gadjet untuk kepentingan atau Alat / Bahan Bantu Mengajar tu takpe. Dibenarkan. Cuma jangan disalah-guna... hehehe...

      Delete
  3. sejak mak dah pandai guna whassap nih, kira penting gak la.

    tak jawab kang, amok plak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah takde emak. Jadi, whatsapp memang penting untuk kerja dan bisnis saya Sifu. Hehe... Macehhh sudi singgah dan komen ya Sifu.. ^____^

      Delete
  4. selamat pagi kak..lama sangat tak menyinggah.. memang betul kata ada..kadang2 rimas rasanya bila asyik kena ws je manjang...kadang nak cadangkan ws ni ad butang on off..bila nka pakai baru on..sbb kadang kita nk on data sbb nk google tp ws on selagi..semak jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...? Kalau ada button on off, akak lagi suka. Takdelah cepay abes bateri dan takdelah slalu hang fon akak ni Yaya. Hehe... Takpe akak pun bizi. Dah jarang dapat buat entri. Hehe

      Delete
  5. SALAM CIKGU...
    SAYA PUN DAH LAMA TAK BLOGWALKING....
    ALAMAK HANDPHONE ROSAK YEK...BELI LER NOTE 5..HAHAHAHA

    ReplyDelete
  6. Penting kak ieta. Lagi2 bila berkaitan dengan kerja dan family. Yang penting, jangan salah guna media sosial tersebut.

    ReplyDelete
  7. penting juga bagi ibubapa cam saya ni nak berwasap dengan cikgu anak. biasa ada grup wasap untuk ibubapa kelas2. tapi itulah memang ada contranya kan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Whatsapp sgt3 pntg utk golongan bekerja especially. Bos skrg kalu nak suh meeting pn dlm group. Haha. Sy kalu data tenet xda je mula la mggelabah

    ReplyDelete
  10. Ramadan Kareem. WA Saya rasa penting. Tugas cikgu memang tak pernah abis. Salute cikgu-cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Tap sangat kasihan kepada Guru-guru. Malam pun masih reply tak Kira masa. Tanggungjawab Guru memang berat. Respect sangat.

      Delete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...