5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone.

5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone.
Salah ya menggunakan smartphone?
Nampak tak yang tegak tu? Itulah pen untuk smartphone yang saya guna waktu jari-jari saya sakit nak menaip nota. Sumber, google.
Saya bukanlah 100% baik tetapi saya berusaha ke arah yang terbaik. Jika anda nampak saya memegang telefon bimbit di mana-mana program, ketahuilah saya sedang menulis nota melalui smartphone saya dan menggunakan pen smartphone jika jari-jemari saya sakit. Saya menghidapi Charpal Tunnel Syndrom. Saya tidak boleh menulis atau menaip terlalu lama. Tetapi, saya memang suka mencatit kerana saya tahu saya mudah lupa. Nota-nota itu juga bukti buat saya jika diminta.

Kadangkala sewaktu mesyuarat, saya merakam perbualan mesyuarat jika saya tidak mampu menulis. Jika jari saya tidak sakit, saya menulis menggunakan pen smartphone saya atau saya tahan sahaja kesakitan dan terus juga menaip apa yang dibicarakan menggunakan smartphone saya.

Saya lebih suka menulis di smartphone berbanding menulis nota di atas buku atau kertas. Menulis pada buku atau kertas, bila nak guna selalu tak jumpa. Dalam smartphone, klik² sahaja, dah jumpa apa dicari oleh saya. Mudahkan?

Jadi, smartphone merupakan satu benda yang amat berharga buat saya. Saya manfaatkan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi dalam Pengajaran dan Pembelajaran saya.
5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone
Smartphone saya yang selalu hang macam nilah lebih kurang rupanya. Tapi skrin dah retak seribu :D Sumber google.
5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone.

Ya, KADANGKALA sahaja saya menggunakan smartphone dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk :

1) Merujuk ejaan kamus Jawi terbaru. Nak beli kamus Jawi mahal. Jadi guna sahajalah smartphone yang ada...

2) Bahan Bantuan Mengajar jika saya tidak sempat atau tidak dapat menyiapkan kad manila dan bahan tradisional lain untuk tujuan PdP saya. Memang selalu tak sempat pun... hehe

3) Memperdengarkan ayat Hafazan Al-Quran melalui smartphone jika uzur syar'ie...

4) Memperdengarkan bunyi huruf Arab bagi Pelajaran Tajwid jika saya sakit tekak.

5) Bahan cerita untuk saya ceritakan kepada murid-murid saya dalam subjek Al-Quran. Contohnya, Kisah-kisah Teladan dan Kisah Nabi saya google dan saya bacakan ceritanya untuk murid-murid saya dalam subjek Al-Quran. Siap dengan sound effect tau jika melalui You Tube. Murid-murid saya suka :)

Selalunya, saya simpan sahaja telefon bimbit saya ni  dalam beg :)

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone cara saya ini hanyalah sebagai panduan. Ambillah yang bermanfaat darinya. Sebelum mengakhiri artikel saya ini, saya ada 5 soalan kepada yang hairan melihat saya menggunakan smartphone saya ni.

  1. Salahkah saya menggunakan smartphone untuk perkara yang memudahkan saya?
  2. Sewaktu program berjalan, salahkah saya membuat nota untuk rujukan saya menggunakan smartphone saya?
  3. Tidak bolehkah yang melihat berfikir dan sangka yang baik-baik juga beri semangat buat saya?
  4. Tidak bolehkah bertanya saya kenapa? Atau belajarlah sesuatu dari penggunaan gajet sedia ada...
  5. Takkanlah apa sahaja yang saya buat ni saya perlu cerita A hingga Z kepada semua seperti di dalam artikel 5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone ni?
Sekian, ditaip menggunakan smartphone sahaja. Apa pendapat anda yang membaca artikel ringkas saya ini?

22 comments:

  1. salam kenal cikgu ieta.

    ya, saya setuju, sebab mostly pdp saya juga menggunakan smartphone, terutama bila subjek Khatam Quran. dengan adanya Al-Quran dalam smartphone, memudahkan kerja2 kita, tambahan pula kalau jenis yang tak lekat wudhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan juga Mama Husna. Betul tu. Zaman IT dan serba canggih ni, penggunaan gajet seperti smartphone di oversea memang dah diraikan. Cuma segelintir manusia yang jumud dan tak tahu IT dan perkembangan Teknologi akan pelik tetapi bertanya tidak. Hanya berprejudis dan melemparkan pelbagai tuduhan serkap jarang. Maka entri ini dan jawapan Mama Husna memang amat saya alu²kan. Terima kasih ya sudi berkunjung dan memberi maklumbalas ^___^

      Delete
  2. sama lah kita
    banyak benda yang kita buat menggunakan smartphone
    telefon bimbit sekarang bukan macam dulu
    cuma sms dan mesej aje.. tapi dah banyak fungsinya

    selalu juga kasha guna smartphone untuk tujuan kerja
    ada yang sangka kita tengah bersosial di media
    ya, memang pon. sebab sekarang salah satu tugas memang membuat hebahan
    membuat editing photo dan video bagi akitivi jabatan

    meeting pon lagi mudah catat pakai phone, daripada tulis guna buku tapi entah ke mana bukunya bila nak rujuk. tapi smartphone sentiasa ada dengan kita? takut hp hilang? kan ada data storage online.. jimat ruang dan mudah access mana2 aje..

    ye betul, kita perlu mula bersangka baik tentang orang yang sentiasa memgang hp ditangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan Kasha? Kita ni dahlah blogger. Memanglah selalu fon ditangan tiap kali ada program. Orang² jumud sentiasa berprasangka yg bukan². Sebab tulah akak buat entri ni. Moga mereka membacanya dan terbuka minda mereka.

      Terima kasih ya Kasha sudi singgah dan komen ^__^

      Delete
    2. Tulah kan Kasha? Kita ni dahlah blogger. Memanglah selalu fon ditangan tiap kali ada program. Orang² jumud sentiasa berprasangka yg bukan². Sebab tulah akak buat entri ni. Moga mereka membacanya dan terbuka minda mereka.

      Terima kasih ya Kasha sudi singgah dan komen ^__^

      Delete
  3. ena banyak guna smartfon untuk kerja2 bisnes termasuk training rakan niaga serta kelas2 online bersama mentor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga ada begitu. Tetapi bukanlah buat dalam waktu bekerja. Terima kasih Cik Aeina sudi berkunjung ya ^__^

      Delete
  4. setuju banget nih, eh tau aplikasi yang bisa buat murojaah gak sih? yang kalau kita baca trus salah tuh bisa dibetulin atau minim ada notif kalau yang kita baca tuh salah..help?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Tuan. Saya kurang faham pasti aplikasi yang Tuan maksudkan. Baca apa kah itu ya?

      Delete
  5. terbaik la kak ieta! guanakn teknologi sebaik mungkin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zuan. Selagi terdaya Zuan hehe

      Delete
  6. gunakan teknologi untuk kebaikan bagus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supaya tidak dipersoalan di sana nanti Puan Raihanah :)

      Delete
  7. Sekarang senangkan kak ieta. Janji kita pandai manfaatkan teknologi tersebut.

    ReplyDelete
  8. smartphone ni bagus kalau kita guna dengan cara yang betul. sekarang anak murid pun guna wahtsup je kalau ada apa-apa. tapi masalhnya dekat budak-budak la..bila ada telefon mula macam-macam diselongkarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika di rumah, parentslah kena pantau ya Nad. Di sekolah, memang murid² tidak dibenarkan bawa handphone. Guru pun tidak dibenarkan juga melainkan untuk P&P mereka. Akak atas sebab di atas, baru akak gunakan.Terima kasih Nad sudi sinnggah :)

      Delete
  9. Zaman teknologi canggih ni pengajaran pun semakin mudah apabila diaplikasikan di sekolah kan, entah2 lepas ni semua budak sekolah dah tak bawa buku, bawa laptop atau smartphone je ke sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di luar Negara memang dah lama murid² dwngan pemantauan guru, menggunakan tablet sebagai kaedah alternatif semasa sesi pembelajaran Pn. Noriza. Di Malaysia pun, ada sekolah² Pintar yang buat begitu. Terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  10. Bagus cikgu niat niat kita lebih penting berbanding kata orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Mah. Terima kasih kak sudi berkunjung :)

      Delete
  11. Salam perkenalan. Menggunakan kemudahan seiring perkembangan teknologi membuatkan kita tidak tertinggal dengan arus perubahan. Back up juga penting untuk keselamatan data.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...