Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur 

Sebuah hadis yang menarik ingin saya kongsikan kepada anda.
Sentiasalah pahatkan Ibu dan Bapa anda di dalam memori agar anak-anak turut ingatkan anda sebagai ibu bapa mereka hingga ke akhir hayatnya. Sumber gambar : Whatsapp Group sekolah anak.
Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur kali ini merupakan hadis pilihan yang saya baca di dalam applikasi Android tentang pelbagai topik menarik melalui Hadis pilihan masa kini.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."  Hadis Riwayat Bukhari.
Huraian Hadis Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur.

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan satu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Masakan manusia boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silatur rahmi adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.


Seperkara lagi, buang rasa iri hati dan hasad dengki dalam usaha menjernihkan hati sendiri dan meluaskan rezki.
"Rezeki samada gaji atau duit dan apa sahaja yang kita dapat sebenarnya sebahagiannya adalah milik orang lain... Bersedekahlah walau sepuluh sen". Kata mantan bos saya Ustazah Zaina Othman.
Bagaimana mudahnya menjemput rezeki?
Satu cerita saya ingin berkongsi dengan anda yang boleh digambil iktibar kisah pasangan suami isteri ringkas di bawah ini.
Kami suami isteri memanglah tak mewah kehidupan kami. Tapi Alhamdulillah, berkat agaknya disebabkan suami saya selalu tidak berkira mandikan ayahnya yang lumpuh. Syukur sangat, wang perbelanjaan kami untuk anak-anak kami seramai 5 orang, tidak pernah putus. Wang gaji kami sentiasa cukup. Malahan, ada sahaja lagi berbaki untuk digunakan lagi sebelum gaji bulan hadapannya. Bisnis secara sambilan saya pun Syukur Alhamdulillah, berjalan lancar walau disaat ramai yang mengeluh sale mereka kurang. Berbakti dan menggembirakan ayah, merupakan salah satu perkara yang dapat melancarkan perjalanan kewangan kami suami isteri. Alhamdulillah...". Kata Maya seorang usahawan sambilan.
Apabila hidup penuh dengan berkasih sayang, sudah pasti hati menjadi lapang dan riang. Maka akan gembiralah hati semua yang memelihara hubungan sesama mereka juga ahli keluarga dan rakan raulan tak kiralah di mana berada. Ini akan membuatkan jantung dipam dengan keadaan yang stabil dan pasti jangka hayat mereka yang gembira dengan kehidupan yang dilalui bertambah lagi.

12 Petua Dimurahkan Rezeki.

Perkongsian 12 petua dimurahkan rezeki yang saya sunting sedikit ini, saya dapat dari Encik Ali, salah seorang ahli kumpulan WhatsApp Pembekal Nur Cocoa, Koko Pracampur Madu dan Kurma, salah satu produk bisnis saya.

Jom baca...

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang dan singgah di rumahmu.

2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

4. Letakkanlah di dalam bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian keluarga dan kerabat atau sahabat, belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya iaitu, orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain.

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga itu ingin mengembalikan wang baki, biarkan sahaja baki wang itu untuknya Anggaplah ia sebagai sedekah ataupun hadiah.

7. Belilah Mashaf Al-Quran, lalu letakkan di salah sebuah masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus ikhlas.
 
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan dirimu tertidur, melainkan kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dan maafkanlah mereka yang pernah menghinamu, menyebarkan fitnah dan  menzalimimu.

11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk memperingatkan dirimu kamu baca surah Al-Fatihah atau surah Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

12. Kongsikan artikel ini kepada semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki. Aamiin...

Inilah sedikit perkongsian cerita dalam perkongsian berkaitan Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur ini. Banyak lagi sebenarnya... Sekadar ini yang berada dalam minda saya. Anda ada lagi petua? Jom kongsi apa lagi Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur lagi di ruang komen blog Kisah Cikgu Ieta ni ya ^__^

20 comments:

  1. salam singgah. terima kasih atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah kalau dunia online ni kita menghubungkan silaturrahim menerusi blog dan FB la ye

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk petua tersebut

    ReplyDelete
  4. sesama kita mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..ukhwah selamanya... Btl k.mila setuju.. Jika berseorangan hidup ini rasa kosong dan bosan tp bila ada kawan dan teman hidup ini rasa lebih ceria..lebihbindah kawa-nkawan yg membawa ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Saya amalkan salawat tafrijiah setiap lepas solat subuh. Itu je amalan saya sejak dulu sehingga kini. Alhamdulillah, allah masih mencukupkan rezeki saya anak beranak.

    ReplyDelete
  7. mudah2an dipermudahkan urusan kita

    ReplyDelete
  8. banyak petua tu.. moga mudah dimurahkan rezeki

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN Sibuk kalutkan keturunan orang, tak sedar diri itu lebih dahsyat, penyebar tukang fitnah, g...