Pembaca dari negara manakah yang melawat blog Kisah Cikgu ieta?

Pembaca dari negara manakah yang melawat blog Kisah Cikgu ieta?

Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta
Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta
Assalamu'alaikum. Salam Ramadhan. Carta di atas adalah Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta minggu ini bermula dari 21/6/2016 sehingga 28/6/2016. Nampaknya sudah tentulah dari negara Malaysia menduduki senarai teramai. Terima kasih semua pembaca dari Malaysia. Juga Terima kasih buat pembaca-pembaca dari negara Russia, United States, Indonesia, Ukraine, Singapore, Germany, Brunei, Namibia dan China yang sudi singgah ke Blog Kisah Cikgu ieta ni.

Sebenarnya saya hairan dan rasa seriau juga melihatkan negara lain ke blog ini tau. Apa yang dicari... Tertanya-tanya pula saya. Singgah atau tersinggah agaknya. Kan?

RASA GIAN MENULIS YANG TERTAHAN.
Dalam hati ada taman saya ni kan, serius! Hari-hari nak menulis dalam blog kesayangan saya yang sudah banyak berjasa kepada saya ni. Namun, tanggungjawab hakiki sebagai Isteri, Ibu kepada 5 orang anak dan Guru perlu saya utamakan. Memandangkan saya merupakan Penjawat Awam 24 jam, maka kerjaya Blogger dan berniaga hanya kerjaya sambilan saya sahaja. Ni dah gian sangatlah ni... Siap satu entri. Dalam masa tidak sampai 2 jam. Tetapi sentiasa dikemaskini. Idea datang mencurah-curah pula kali ini.
Jom melawat blog Kisah Cikgu ieta
Minggu ni siapkan Buku Rekod peperiksaan murid-murid. Pagi 12 orang murid. Petang 42 orang murid kelas saya. Setakat ini, sesi pagi dah siap. Sekarang masih menyiapkan baki sesi petang.
ARTIKEL DERAF DAN TIPS MENULIS.
Artikel dalam deraf saya setakat ini telah mencecah ke 602 artikel termasuk 2 artikel berbayar. Bukan mudah ya jika penulisan berbayar dan dibayar. Menulis perlu dari jiwa, suasana yang tenang dan saya perlu pastikan artikel itu akan berada di ruang muka hadapan enjin carian google.

Setakat ini saya hanya sempat re-post artikel lama yang saya edit dahulu dan saya siarkan bergantung pada masa singkat yang ada.

SEDEKAH DAN RAMADHAN.
Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit renungan berkaitan sedekah dan Ramadhan.
  1. Bersedekah tidak akan mengurangkan malah akan bertambah berganda dari yang disedekahkan. Maka bersedekahlah wahai peniaga dan manusia semua. Berzakatlah wahai yang mampu. ~ Dunia Niaga ieta Enterprise ~
  2. Jom hidupkan Ramadhan berbaki lagi beberapa hari sahaja lagi. Jom MeNgaji. Jom bertarawih. Jom berwitir. Jom³... Jom hidupkan malam ini dengan Qiamullail... Jom... Isi malam ini dengan ibadah... Jom...
  3. Moga Ramadhan kali ini anda dan saya beroleh keberkatan berpanjangan selain dari menahan lapar dan dahaga sahaja.

Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta ini saya rujuk dari dashboard Blog ini. Anda bagaimana pula? Ada tetamu yang hadir ke rumah atau blog anda? Mari kongsikan kegembiraan anda dengan saya...

Hingga berjumpa lagi di lain waktu. Salam sayang dari saya untuk anda, pembaca blog Kisah Cikgu ieta yang budiman. Terima kasih menyokong saya di mana sahaja ^__^

IKLAN
  1. Masalah slip disc, sakit pinggang, sakit lutut, arthritis @ kaki bermasalah? Medshoe, kasut kesihatan trendy masa kini mampu merawatnya.
  2. KOpi Malaysia sedap berkhasiat nyata lemak berkrim diisukai ramai...
  3. Jam Smart Cun ADA DI SINI

2 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN Sibuk kalutkan keturunan orang, tak sedar diri itu lebih dahsyat, penyebar tukang fitnah, g...