APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?

APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?

Tahukah anda, 11 September 2016 Masihi iaitu hari Ahad, bersamaan 9 Zulhijjah 1437 Hijriah adalah hari disunatkan berpuasa 'Arafah?

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?, Kelebihan puasa 'Asyura, KELEBIHAN PUASA 'ARAFAH, Puasa 'Arafah, Puasa 'Asyura, Sunat puasa Asyura, Sunat Puasa 'Arafah, APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?, HADITH PUASA 'ASYURA, Hadith puasa 'Arafah, 3 KELEBIHAN HARI 'ARAFAH, HADITH BERKAITAN HARI 'ARAFAH, GANJARAN BERPUASA DI HARI 'ARAFAH, HARI DOA PALING MUSTAJAB, APA ITU SUNNAH NABI?,
Kelebihan puasa 'Arafah

HADITH PUASA 'ARAFAH DAN PUASA 'ASYURA

Bertepatan dengan Hadith Riwayat Muslim seperti berikut :

“Puasa 'Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa 'Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadith Riwayat Muslim no. 1162). 

3 KELEBIHAN HARI 'ARAFAH.

Hari 'Arafah merupakan hari yang penuh dengan keutamaan kerana hari Arafah adalah :
  1. Hari Allah membuka pintu Maghfirah (keampunan) seluas-luasnya.
  2. Hari bagi para jama’ah haji melaksanakan wukuf yang merupakan inti kepada haji.
  3. Hari penyempurnaan agama  dan nikmat yang agung kepada ummat Islam.

HADITH BERKAITAN HARI 'ARAFAH.

📓 Ummul Mukminin Saidatina 'Aisyah pernah menuturkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيْهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُوْ ثُمَّ يُبَاهِيْ بِهِمْ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُوْلُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ ؟

Yang bermaksud : 
"Tidak ada suatu hari yang Allah lebih banyak membebaskan seorang hamba dari api neraka melainkan hari 'Arafah. Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga di hadapan para malaikatnya seraya berkata : Apa yang mereka inginkan?."

Imam An-Nawawi berkata: “Hadith ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari Arafah”.

📓 Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda :

إِنَّ اللهَ لَيُبَاهِيْ الْمَلاَئِكَةَ بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ يَقُوْلُ: اُنْظُرُوْا إِلىَ عِبَادِيْ شَعْثًا غَبْرًا

Yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah membanggakan orang-orang yang wukuf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka, Lihatlah para hambaKu, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?

Sebaik-baik amalan yang perlu dilakukan pada hari 'Arafah ialah berpuasa dan banyakkan berdo'a.

Info dari Mekah
Waktu WUKUF......kalau di Malaysia ialah  pukul 5.18 minit petang hari Ahad hingga 11.00 malam... So waktu tersebut langit terbuka.....Tolong berdoa dalam waktu tersebut kerana ianya waktu  paling mustajab untuk berdoa apa saja!" Encik Ali, Whatsapp Group Pembekal Nur Cocoa S & D.

GANJARAN BERPUASA DI HARI 'ARAFAH.
Sebagaimana telah dinyatakan dalam hadith dari Abu Qotadah bahwasanya Rasulullah ditanya tentang puasa 'Arafah, beliau menjawab :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Yang bermaksud,
Puasa 'Arafah menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.

HARI DOA PALING MUSTAJAB.

Diantara amalan yang ditekankan juga adalah memperbanyakkan doa di hari 'Arafah, Kerana doa saat itu adalah mustajab. Dan ini merupakan keadilan Allah. Jika para jemaah haji yang sedang wukuf doanya mustajab, demikian juga yang tidak dapat atau tidak berkesempatan untuk menunaikan haji disyariatkannya berpuasa karena doa orang yang berpuasa juga mustajab sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Yang bermaksud,
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi no. 3585)

APA ITU SUNNAH NABI?

Tahukah anda, apa sahaja yang nabi sabdakan adalah disebut sebagai hadith? Bilamana disebut sebagai hadith, maka ia telah menjadi sunnah Nabi. Berbahagialah jika kita tergolong dalam golongan orang-orang yang menghidupkan sunnahRasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Nabi junjungan mulia kita.

KESIMPULAN.

Nampakkan? Betapa Allah S.W.T Maha Pemurah dan Maha Pengasih kepada kita hamba-hambaNya. Dengan amalan yang sederhana ini, Allah S.W.T masih kurniakan pahala buat kita walaupun kita hambaNya yang hina-dina ini telah melakukan banyak dosa. Kita semua Pendosa...

Maka, berbahagialah orang yang menghidupkan hari 'Arafah dan hari 'Asyura dengan amalan berpuasa dan berdoa sepanjang hari dan sungguh rugi orang yang mengabaikannya jika tanpa keuzuran yang syari'ie.

Bagi yang tidak berkesempatan atau bermasalah untuk menunaikan haji dan berpuasa, banyakkanlah berdoa pada hari 'Arafah, 9 Zulhijjah dan hari 'Asyura keesokan harinya. Sesungguhnya, Allah maha Pengasih dan Penyayang dan maha mengetahui hamba-hambaNya. Silakan kongsi artikel Apa perlu dilakukan pada hari 'Arafah? Ada lagi? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Terima kasih sudi baca dan sama-sama kita amalkan. Tidak tahun ini, tahun hadapan In Syaa Allah...

SUMBER :
  1. Gambar : Page Kisah Zakat Malaysia.
  2. Maklumat Hadith : Ustazah Nur Hazirah, ieta Info Line.
  3. Info dari Mekah : Encik Ali, Pembekal Nur Cocoa S & D.

ARTIKEL BERKAITAN :
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Pelbagai  maklumat pantas ada di sini. Jemput follow. Terima kasih ^__^
FANPAGE : Kisah Cikgu ieta.
INSTAGRAM : Kisah Cikgu ieta.
TWITTER : Kisah Cikgu ieta.
 

4 comments:

  1. Selamat berpuasa Arafah
    Salam Aidiladha

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah pertama kali dapat menghayati hari arafah dengan berpuasa dan banyak berdoa

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya, masih belum ada peluang lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...