APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?

APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?

Setiap hari balik dari ambil anak-anak dari Taska, anak saya yang ke 5 mesti masukkan CD 'BILA ADA AYAH DAN IBU' ke ruangan CD dalam kereta dan biarkan berulang-kali didengar oleh kami suami isteri. Dia marah jika dipasang siaran radio yang lain
Pic Of The Day, Top Post, ieta Mat Saad, Writer, Motivator, Consultant, Editor, Poet, Entrepreneur, Cikgu Blogger, Blogger, Top Blogger, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta Dot Com, ieta info line, Port Blogger, Travel Blogger, Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Media Influencer, Social Media Influencer, Blogger Malaysia, Blogger Kuala Lumpur, Malaysian Blogger, Islamic Blogger Community, Malaysians Blogging Community, Cikgu, Bila ada ayah dan ibu, ayah, ibu, ibu bapa, emak, abah, APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?, bagaimana menghargai ayah dan ibu?
Perkongsian ringkas, di instagram Kisah Cikgu ieta.
Petang tadi, saya dengar lagi dan lagi dan lagi. Satu yang saya terkesan tadi dan masih terngiang-ngiang di telinga saya, kata Ustaz Kazim...

3 orang yang tak akan masuk syurga iaitu :
1) Anak yang derhaka kepada ibu-bapanya.
2) Mereka yang meminum arak.
3) Mereka yang memutuskan silaturrahim.

Saya tak nak sentuh yang lain. 1 sahaja yang saya nak kongsi, Ustaz Kazim kata...

Derhaka itu bagaimana?
Seorang anak dikira sebagai derhaka jika ada rasa benci, ada rasa marah, ada keinginan ibu dan ayah segera mati, berjahat sangka kepada ibu bapa, mengecilkan pandangan mata, menjeling, menengking, mengherdik, menyepak, menerajang ibu bapa apatah lagi, menghambakan ibu bapa.

Anak juga dikira derhaka jika melebihkan kehendak suami atau isteri melebihi kehendak ibu dan ayah.

Bersegeralah mohon keampunan.
Maka jika anda masih ada lagi ibu-bapa, gembirakanlah hati kedua mereka. Bawalah ke mana dikehendaki mereka. Hiburkanlah hati mereka. Bersegeralah meminta ampun andai pernah mengguris hati dan perasaan mereka dan berbaktilah sepuasnya.

Jangan esok emak atau ayah dah koma tak boleh berkata-kata baru nak minta ampun. Masa tu, tak berguna dah! Menangislah air mata darah sekali pun.

Hargailah ibu dan bapa kita selagi mereka bernyawa.... Ayah dan ibu itulah permata berharga untuk kita, tiada penggantinya.

Bagaimana jika ibu dan ayah telah tiada?
Andai ibu atau ayah sudah meninggal, buatlah apa sahaja perkara kebaikan. Niatkanlah pahalanya untuk kedua ibu bapa. Bacakanlah ayat Al-Quran untuk mereka dan doakanlah mereka damai di sana.
Pic Of The Day, Top Post, ieta Mat Saad, Writer, Motivator, Consultant, Editor, Poet, Entrepreneur, Cikgu Blogger, Blogger, Top Blogger, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta Dot Com, ieta info line, Port Blogger, Travel Blogger, Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Media Influencer, Social Media Influencer, Blogger Malaysia, Blogger Kuala Lumpur, Malaysian Blogger, Islamic Blogger Community, Malaysians Blogging Community, Cikgu, Bila ada ayah dan ibu, ayah, ibu, ibu bapa, emak, abah, APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?, bagaimana menghargai ayah dan ibu?
Kesimpulannya :
Tanggungjawab kita buat apa yang kita perlu buat jika masih ada ayah dan ibu kita. Sudahkah anda menghubungi ibu bapa anda? Dalam kesibukan kita mengejar dunia, mencari rezeki... Masihkah kedua ibu bapa kita, kita hargai? Sudahkah anda menggembirakan hati kedua mereka? Jika belum, bersegeralah!

Ucapan Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan CD Bila ada ayah dan ibu. CD ini amat berharga buat saya. Silakan share untuk manfaat bersama.

ARTIKEL BERKAITAN :


12 comments:

  1. Huhu.. tak sabar nak balik kg.. sedang menghitung hari jr ni..

    ReplyDelete
  2. Selagi mereka masih ada, bahagiakanlah mereka.
    Hidup kita sentiasa diberkati dengan restu daripada ibu bapa.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah masih punya kedua ibu bapa. hai cg ieta komen blog kita laa. bukan calang2 org nii cg ieta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... bila ada kelapangan Cikgu singgah dan komen. Kebetulan search apa entah hari rltu. Artikel Cik Aswaleyla yang ada di 1st page. Terusla komen hehe BTW, Thanks tau sudi membalas kunjungan. Cik Aswaleyla memang blogger hebat. Hehe

      Delete
  4. semoga dipermudahkan urusan kita dalam berbakti kepada dua orang insan yang tiada gantinya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mak ayah masih ada. Masa yang ada haruslah digunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka..

    ReplyDelete
  6. Tazabarnya nk blk kg 😢😢😢

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...