MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG

MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG

Sentiasa kembali kepada matlamat asal menulis blog.


Beberapa hari lalu, terbaca status di timeline facebook seseorang minta rakan-rakan bercerita tentang matlamat menulis blog. Jadi untuk hari ini, saya nak berkongsi apa Matlamat saya menulis blog.


Sebenarnya dahulu saya tidak tahu apa matlamat saya menulis blog. Dulu-dulu buat blog saja suka-suka. Ingatkan macam diari sahaja. Tidak tahu langsung sebenarnya blog boleh buat duit dan boleh dibaca oleh orang ramai sampai ke dunia Antarabangsa.


Pembaca dari Israel, Rusia, China, Indonesia dan pelbagai negara lagi sudah membaca blog saya. Sungguh tidakku sangka. Hanya dari follower cuma 11 orang sahaja. Kini sudah seribu lebih. Itu pun ada yang sudah tidak aktif menulis blog jadi Blognya sudah dilupuskan. Sayang.



Sebenarnya, bukan follower yang saya kejarkan. Sememangnya saya minat menulis dari dahulu lagi. Hendak pula, dari blog saya sudah dapat jana pendapatan. Apa lagi? Alang-alang menulis blog sudah dapat pendapatan, baik saya teruskan. Even tulis tu, kadang-kadang entah apa-apa entahlah saya merapukan. 😁



Menulis, hilang entri tu, sudah memang berkali-kali. Sampai naik fed up jugalah. Tapi, hati hendak juga menulis. Jadi, tulis sahajalah. Kadang-kadang ilmiah, kadang-kadang mengarut. Bukan mencarut ya. Kadang-kadang ada tazkirah, kadang-kadang tulisan KE LAUT.


Seperti kata Red Mummy semasa program Sehari Bersama Blogger pada tahun 2014, "tulis aje... janji anda tulis...". Pada saya, usah biarkan blog kosong tanpa pengisian kerana saya yakin tulisan dalam blog saya ramai yang baca.



Pada saya, pembaca membaca tanpa komen tidak menjadi masalah. Yang penting tulisan saya dibaca dan matlamat penulisan saya tercapai. Jika pembaca komen lebih bagus. Boleh saya singgah semula laman sosial pembaca.




Bagaimana saya tahu ramai yang baca Blog saya? Itu rahsialah. Saya lihat dan memang saya tahu. Walaupun kurang pembaca yang tinggalkan komen, namun saya dapat lihat penambahan pembaca blog saya semakin meningkat dari hari ke hari. Kadangkala mencecah hampir kepada puluhan ribu pembaca sehari. Sayangnya mereka adalah silent reader. Mungkin tiada gossip dan cerita panas membuatkan kurang komen saya terima. Mungkin juga tulisan saya tidak kena selera pembaca. Hehe


Niche saya lifestyle. Jadi saya bebas menulis apa sahaja. Termasuklah pembongkaran kumpulan ajaran sesat. Saya anti ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat). Pengamal, pendakyah dan penyebarnya tidak kiralah pangkat dan jawatan apa jika saya nampak dan tahu, saya pangkah terus. Tidak ada lemah lembut dah. Cara saya pangkah banyak. Termasuklah menulis. Nasiblahkan, kacau aqidah saya, saya ambush habis-habisan. Hahaha 🤣


Sebenarnya bukan peduli makhluk yang kita mahukan, redha Allah pada kita yang kita impi dan hajatkan. Makhluk tidak memberi kesan sedikit pun kepada kita. Mereka yang biadap, samseng mafia militan, adalah makhluk syaithon bertopengkan manusia. Mereka itu sisi negatif kita yang tidak kita lakukan dan pentingnya sentiasa muhasabah diri. Apapun terima kasih pada semua. Sayang anda semua. Tanpa pembaca berkuburlah Blog saya ini.


Kerana

Matlamat saya menulis blog adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Mungkin bermanfaat pula buat orang lain. Bila meninggal dunia nanti, sekurang-kurangnya ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan mati." Inilah matlamat saya menulis blog. Anda bagaimana?Apa matlamat anda menulis blog? Mari kongsikan dengan saya. Oh ya, alang-alang menulis, biar dapat duit kan? 

Blog dan media sosial yang ada bukanlah tempat umpat-mengumpat, keji-mengeji, gosip-menggosip, kutuk-mengutuk, carut-mencarut mahupun buat spekulasi sebar fitnah seperti telah berlaku berulang-kali terhadap saya. Lama-kelamaan sudah lali. Abaikan sahaja semua toksid tu. Maka marilah kita sama-sama menjadi pengguna media sosial yang bijak dan beradab. Jaga nama dan kerjaya lebih-lebih lagi sebagai blogger. Usah jadi blogger atau ghost writer, influencer sampah  ya. 


MEMBELA AKIDAH, NYAWA DAN KELUARGA KETURUNAN TUNTUTAN ISLAM

Sebagai contoh, kita berhak menyebarkan cover laporan polis komplot fitnah, jenayah cyberbully body shaming, cyberwar, cyber attack ke atas akidah, nyawa dan keluarga keturunan beta kepada awam untuk 
  1. Membersihkan nama baik dan keluarga keturunan, 
  2. Membela diri, mempertahankan aqidah, nyawa dan keluarga keturunan, 
  3. Menafikan tuduhan, tohmahan dan fitnah. [tarikh kongsi 14/2/2023] seterusnya menjawab persoalan berkaitan tuduhan, tohmahan dan fitnah dilakukan oleh puak penyebar ajaran amalan sesat seperti dalam artikel blog INI dan INI, di laman-laman sosial  adalah menjadi perkara utama yang dituntut dalam maslahah syariah Islam.
Sekian. 

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...