Posts

Showing posts from 2019

KENAPA ADA GAY DAN LESBIAN DI TAHFIZ?

Image
KENAPA ADA GAY DAN LESBIAN DI TAHFIZ? Didik Anak-Anak Dari kecil supaya takutkan Allah  Subhanallah. Soalan cepumas Cikgu iEta dapat hari ini. Cikgu iEta bukanlah ikut sangat filem dan drama Melayu ni. Panggung wayang pun dah lama tak masuk. 😅 Cikgu iEta bukanlah pakar dan layak untuk bercakap hal ini. Tetapi dari pengalaman dan pemerhatian Cikgu iEta, ada 7 PUNCA PERBUATAN SONGSANG GAY/LESBIAN . Pembatasan pergaulan antara berlainan jantina tanpa penjelasan kenapa Muslim tak boleh percampuran bebas? Tidak ada pendedahan ilmu kejantinaan (seksual) dengan betul. Adat manusia bila dilarang itulah nak dibuatnya sangat. Semua orang ada naluri ada perasaan. Naluri songsang ni berpunca dari nafsu lah. Nafsu jika tak terkawal, maaf cakap serban meninggi bertutup litup berjubah berfurdah pun memang terjebak. Kan namanya pun manusia. Manusia asalnya Nisyan bermaksud pelupa. Manusia memang mudah lupa dan alpa. Kurangnya Tadabbur ayat-ayat Al-Quran terus ke dalam hati sanubari

CARA HADAPI PUTUS CINTA

Image
Assalamu'alaikum. Anda pernah bercinta? Pernah   putus cinta ? Bagaimana rasanya putus cinta? Memang perit jika cinta putus dipertengahan hubungan. Kita semua sama, pasti pernah dan akan merasainya. Jadi, bagaimana   " CARA HADAPI PUTUS CINTA "? Ehsan dari pakcik google... Usah biarkan diri terbelenggu dek kecewa putus cinta... Apa yang perlu dilakukan di saat begitu lemah dan hari-hari bergenang air mata? Bangkit semula membina kekuatan. Teruskan juga kehidupan.  Putus cinta memang sakit bukan?  Apakah ikutkan perasaan?  Atau mengamuk sakan?  Atau kembali kepada TUHAN? ~ Cikgu ieta ~ Ini antara 8 CARA HADAPI PUTUS CINTA   yang berkesan. 1) Lakukan  solat hajat   setiap hari.  2)  Menangislah ... menangis itu normal... berserah diri pada Allah semasa solat itu lebih baik dari berterusan mengingati dan meratapi cinta yang putus di pertengahan. 3)   Sambung belajar . Waktu belajar, kita akan jumpa ramai lagi kawan-kawan yang macam-macam ragam. Syok

Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?

Image
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan? Timbunan buku latihan murid-murid saya sesi pagi dan petang. Ni sikit je ni. Sebahagiannya dah siap dah sebelum Ujian dan cuti hari tu. Mata tak boleh tidur teringat kerja . Malam tadi, mata nak tidur tapi tak boleh nak tidur. Teringat pula ke timbunan buku-buku latihan murid sesi pagi dan petang yang belum sempat disemak tinggal di atas meja saya di sekolah. Di sekolah tidak duduk sahaja ya, banyak kerja perlu disiapkan tau... Subjek Jawi dan Khat 360 orang murid punya buku darab beberapa subjek. Boleh tahan jugalah nak menandanya. Tapi, alah tegal dek biasa, saya menanda sedikit demi sedikit. Subjek Jawi ni subjek ejaan. Jadi perlu teliti. Bukan boleh sesuka-suka hati tanda tau... Gambar di atas tu, buku latihan subjek Jawi darjah 3, 4 dan 5. Darjah 6 sempat saya tanda sebelum Ujian Prestasi 1 bermula. Sebahagian buku latihan juga sempat saya semak dan tanda sebelum cuti bermula. Itu sahajalah yang tinggal. Yang atas sekali tu sub