Perlukah kita ambil tahu fitnah?

Perlukah kita ambil tahu fitnah?

Benda fitnah ni samalah serupa cerita dan berita sampah. Sebab itu saya marah sangat jika dalam satu-satu kumpulan berkaitan sekolah dan laman sosial menjadi port cerita dan berita SAMPAH. Cakap macai nanti marah. 😆 

Bersongkok, berserban, bertudung labuh dan nampak educated molek sangat. Tetapi suka sangat bawa hal sampah? Insoflah. Nak kiamat dah ni, bila hendak berubah? 🤦


Hidup jangan relakan diri jadi Macai. Kedengaran seorang kawan menasihati kawannya yang lain.

Perlukah kita jadi macai tukang sebar fitnah? Perlukah menjaja keburukan orang? 

Tidak perlu pun sebenarnya.
Tidak perlulah kita hebah-hebahkan benda yang sebenarnya bahan sampah. Ingat semua orang sukakah? Bahkan ramai yang jijik melihatkan aib disebar tanpa rasa malu dan takutkan Allah. 😣

Tidak perlulah jadi orang pertama hebah viralkan fitnah. Sama naik jatuhkan kredibiliti dan sama mengaibkan orang lain.

Tabayyun (Semak) sebelum sebar. Pastikan soheh dan ori dan sumbernya asli.

Ini posting positif. Cikgu iEta suka posting menasihat macamni. 😍
Posting positive macamnilah bagus. 😍👍🏻

Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
Tabayyun
Tabayyun
Tabayyun

Bermaksud
Semak
Semak
Semak

Semak sebelum sebar. Jangan berperang kerana harta, TAKHTA dan wanita. Semua tu merosakkan kredibiliti diri dan negara. 🤦🏻

Macai perbuatan dan kerja terkutuk.


Bukan apa, teringat masa di UTM dahulu. Pensyarah selalu pesan kepada kami studentnya,
Tabayyun maksudnya semak sebelum sebar.
Apa-apa kita hendak sebar (share / kongsi) tu, semak dahulu asal usul sumbernya. Semak dahulu kesahihannya. Kalau hendak ambil share biar dari orang yang betul. Jangan share benda apa pun dari Macai terutama dari facebook.

Macai ni bermaksud orang yang diupah atau pun memang kerjanya buat provokasi (huru-harakan) keadaan. Macai ni disebut juga sebagai keyboard warrior. Kerjanya melagakan orang atau pertubuhan. Nampak macam smart tapi hati busuk.

Zaman fitnah banyak cyberbully cybertrooper ni fitnah sangat banyak. Sebarkan yang betul. Gambar dan video semuakan boleh edit dan super impose. Ayat pun boleh diputar-belitkan. 2021 terjadi kepada saya SENDIRI.

Kenapa kena Tabayyun? Supaya tak sebarkan fitnah sebab Fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh. Cikgu iEta

Bayangkan jika kita atau keluarga kita, tak pun keturunan kita di umpat dihina dikeji dan diaib satu dunia. Walhal kita dah tahu itu semuanya fitnah menjatuhkan seseorang yang dibenci sesetengah orang lain. Bayangkan.

Tapi ramai yang sibuk dengan harta dan takhta. 😢 Kerananya manusia sanggup buat apa sahaja. Bagi mereka hidup hanya sekali.

Cikgu iEta Blogger dulu kini selamanya anti provokasi, anti macai pemecah belah organisasi dan negara. Artikel Perlukah kita ambil tahu fitnah ini Cikgu iEta kongsikan kerana sedih melihatkan laman sosial sudah jadi port perang dan fitnah. Shame to non Muslim tau melihatkan sikap machai dan keyboard warrior di laman sosial. Hentikanlah. Mati nanti tak cium bau syurga sebar fitnah-fitnah tu semua.

Melampau.

Sesat cuba menyesatkan rakyat jelata masuk ke lamam sosial saya, saya block terus. 

Antaranya Imam Mahdi palsu. Fata At-Tamimi mengaku Imam Mahdi.

Kerana perkara ini juga jenayah cyberbully dan body shaming aqidah dan niqab saya dilakukan oleh gang psikik scammer mempergunakan agama mengganggu saya. 

Saya Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta anti semua dakyah ajaran sesat, amalan syirik dan khurafat. 🙄

NOTA :

Artikel ini disiapkan pada tarikh 6/12/2019 jam 23:15 dan disunting semula pada 13/3/2020 jam 2:00 petang. Tahun ini negara dilanda wabak Covid 19. Seminar dirangka menjadi Coaching Online semula. Kemaskini lagi 12:31 hari ini 23/12/2021. 8:44 am 23/12/2021 kemaskini lagi.

JEMPUT SERTAI 

SEMINAR DAN COACHING

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Ada pelbagai masa...