KENAPA AKU TIDAK MINAT POLITIK?

KENAPA AKU TIDAK MINAT POLITIK?

Hah kenapa? Mestilah ada sebabnya. Takkan senghaja aku nak create cerita jika aku tidak mengalaminya. Mohon maaf. Sekadar perkongsian realiti politik yang ada.

Allah SWT telah berfirman mafhumnya,

Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". Surah Al 'Imran ayat 26.

Pelik pula rasa bila hari ini 1/2/2024 bila aku terbaca berita ini dari laman maya. Malas habiskan membaca, baik aku kongsikan pengalaman aku sendiri dengan dunia politik. 
TIDAK senang dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sewenang-wenangnya melabelkan orang lain tidak beriman, Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia". Akhbar online Majoriti. Jumaat, 16 Sep 2022, 4:07 PM MYT.


TANDA TANYA AKU
Dak, masalahnya bila dan ada buktikah pelabelan itu? Kalau ayat "Siapa sokong Barisan Nasional kafir" kenyataan itu memang ada dalam buku Aqidah Muslim Hadi tulis aku pernah baca. Buku itu Almarhum Abah aku yang punya. 
Parti Amanah Negara (Amanah) pun serpihan PAS. CUBA FIKIR logiklah, ADAKAH MASIH BERIMAN JIKA SANGGUP WALAK BERSETUJU dan BERSEKONGKOL DENGAN KOMUNIS DAP? KOMUNIS itu sudah jelas terang lagi bersuluh anti Islam. Betul Hadi pernah bersekongkol dengan DAP tapi itu dulu. 
Aku dari zaman TGNA memang tidak pernah bersetuju kolaborasi itu. Berkaitan rasuah aku tak mahu ulas sebab aku tidak nampak bukti. Alah, pemimpin politik, siapa yang tidak makan rasuah? Habaq mai kat aku. Cuma jika tiada bukti, jangan memandai-mandai cakap dan menebak sini sana." Ini pendapat aku mantan politik PAS. 

Aku masih ahli PAS tapi tidak mengundi sudah dua kali sebab kesihatan tidak mengizinkan. Suami pun tidak mengizinkan. Iyalah, hendak mengundi kena balik Ampang, parking melampau gila jauh. Kemudian akan bertembung dengan makcik-makcik bawang mulut puaka macam p*****k (tak sanggup nak carutkan). Eh, tak payahlah jumpa toksid tu semua. Serabut kepala. Mulut semuanya macam ci**i minta cili api rasa hendakku berikan kaki. Hahaha. 

Ok. Aku mengaku aku niqabis brutal hasil bertahun lamanya aku difitnah gang gila isim di laman maya. Pautan artikel berkaitan di bawah perkongsian aku kali ini. Jangan marah ha. 


UPDATED 2/2/2023. 
Selepas mengetahui kebenaran InShaaAllah aku akan keluar dari Parti PAS jika pimpinan PAS masih berpegang kepada selain Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Aku memang sudah keluar dari PAS cawangan bila dalaman yang segelintir ahli muslimat asalnya SERPIHAN dari Umno dan Semangat 46, hasil Tun M asyik berkelahi dengan pemimpin-pemimpin yang tidak beliau serasi. Setiausaha aku sendiri cuba gulingkan aku sebagai Ketua Muslimat PAS Cawangan. Aku memang tidak laparkan jawatan. Jadi, aku senyap-senyap, malas banyak cakap, aku letak jawatan. Masa tu aku memang tidak suka fight. Aku lebih banyak mengalah. Almarhum Abah aku didik aku jangan berbalah. Aku sayang amat Almarhum Abah dan Almarhumah Emak aku. Dua-dua menitik-beratkan solat. Solat berjemaah menjadi keutamaan aku sekeluarga saban hari.
Biaq oghang buat kita Long, jangan kita buat orang". Almarhumah emak aku pula selalu pesan sedemikian 

Lagipun masa tu aku masih belum ada kereta. Belum bekerja. Susah amat dari segi kewangan dan kenderaan nak ke sana ke sini dengan suami aku berulang dari AU3 ke lokasi mesyuarat bulanan cawangan. Ya. Aku bukan orang berada. Kehidupan aku bermula dari bawah. Aku tidak suka melobi sesiapa untuk kepentingan kehidupan aku mahupun keluarga walaupun Almarhum Abah aku kenal mereka yang berjawatan dalam negara dan moyang aku Raja Banjar Arab. Aku tidak suka guna itu semua dalam apa sahaja melibatkan kerja dan kerjaya aku.

Dalam parti, jawatan apa aku tidak pegang? Semua jawatan dari peringkat cawangan, kawasan hingga ke Negeri semua aku sudah pegang kecuali presiden parti. 🤣


ITU SAHAJA SEBABNYA?

Eh tak.... Banyak lagi sebabnya. Antaranya,
  1. Aku tidak dibayar claim dan elaun kerja aku oleh perempuan berniqab ahli PAS, kakaknya Ketua Muslimat cawangan Lembah Jaya Selatan pada masa itu. Aku minta claim aku yang boleh buat bayar sebiji Myvi cash, beliau herdik aku, 
    • Suami tak bagi duit ke?" Sedangkan aku ni bekerja dengan dia.
    • Sakit, demam pun dipaksanya aku bekerja. Staff bernama Jaafar cakap, "aku rasa engkau ni dah kena mandrem. Aku tengok engkau bukan main lagi makan sepinggan siap dia gaul". iewww jijik geli pula bila aku ingatkan semula. Lambat baru aku dapat buat keputusan meletakkan jawatan tinggalkan terus Al-Ikhwan Holdings scammer tu. Ingat lagi nama perempuan tu. Dengarnya sudah gila. Eh, biarlah dia. Duit tu pun aku takkan ambil kalau dapat. Jijiklah.
  2. Aku lihat sendiri perebutan kuasa atasan Dewan Muslimat Pas Ampang Jaya (DMPAJ) kakak yang berniqab tu melobi aku dan ramai jangan undi orang itu orang ini. Jahat perangai mereka ni tau hendakkan jawatan, memburukkan sesama sendiri. Mereka ada team. Berpuak sebenarnya. Aku hendak dijadikan batu loncatan, memang aku malaslah sikap tikam belakang munafiquun ni.  
  3. Aku dengar sendiri calon PAS Hulu Kelang kutuk keji calon Parti Amanah Negara (Amanah) semasa PRU sebelum tahun 2022. Walhal dahulunya mereka ini saling bekerjasama. Berkopiah tetapi memburukkan lawan sebab sudah tidak bersefahaman.
  4. Isteri YB DUN Pandan sendiri bersama Ketua Dewan Muslimat Pas Pandan (DMPP) menghina dan sinis aku kerana mereka lebih percayakan fitnah bekas emak tiri aku (serpihan ahli Umno) dari dengar cakap aku dan percayakan aku yang pernah bertungkus-lumus bersama mereka dahulu setiap kali PRU sebelum aku berkahwin dengan suamiku. Saat aku sebagai anak sulung berjuang menuntut hak wang khairat kematian Almarhum Abah aku yang disalah-gunakan oleh bekas emak tiri aku untuk MAKAN-MAKAN di PTP, mana mereka membantu aku. Mereka herdik aku. Mereka lebih rela makan duit harom dan percayakan fitnah dari membantu aku.  Halal harom mereka tidak fikirkan langsung. Hingga aku cakap, Aku haramkan setiap sen dari duit itu seluruh warga DMPP makan. Hah, barulah dengan segera duit itu dikembalikan. Hendak duit sedekah, aku boleh beri tapi bukan cara HAROM begitu. Harap pakai sahaja tudung labuh, digelar Ustazah tetapi tidak beradab dengan aku anak Almarhum Abah aku yang kami sama-sama dari bawah menaikkan parti satu masa lalu.
    1. Bagaimana mereka ini boleh menjadi pimpinan? Sebab ahli PAS memang kebanyakannya dari dulu lagi pentaksub. 
    2. Sama seperti aku dahululah taksub dan walak amat. Kelakarkan? Akhirnya Allah tunjukkan kepada aku nampak satu persatu kejahilan dan kelemahan, eh memang tak lah aku minat lagi dengan politik. Aku malaslah hendak kongsikan perbualan whatsapp isteri YB Dun Pandan dan ketua DMPP yang biadap belaka dengan aku. Ketua DMPP cabar aku viralkan. Aku sudah buat semasa sebelum PRU 2022. Jijiklah sikap munafiq kebulur duit hingga sanggup pecah amanah dan percayakan fitnah. 
    3. Emak tiri setan memang wujud di zaman moden ni. Usahlah anggap bertudung labuh, kuat solat, pergi surau tidak tahu guna mandrem ya. Aku jumpa kemiyan dalam tong air di rumah Almarhum Abah aku. Jadi, ussahlah taksub dengan parti.
    4. Parti Amanah Negara (Amanah) juga serpihan PAS. Aku kenal beberapa pimpinan baik. Kebanyakan aku terjumpa adalah jahat belaka. Oleh sebab itu semasa Ketua Wanita Amanah Gombak, ahli JKP MPAJ Zon 3, tidak perlu sebut nama lah. Aku jijik dengan mereka semua ni. Bertudung labuh, ada juga yang berniqab tetapi perangai kalahkan orang tidak bergama. Kadangkala, aku rasakan orang tidak bertudung labuh pun lebih baik dari mereka semua dalam artkel aku tahu? Oh lupa, itu sikap. Usah kaitkan dengan pemakaian. Itulah selalu hujjah orang-orang beriman yakin ahli syurga bila aku nyatakan penunggang agama ni buat apa. Aku pun berniqab tetapi aku tidak sakai tidak kebulur duit orang. Memang aku anti scammer, anti ajaran sesat dan anti korupsi dalam parti. Aku pernah menjadi Naib Setiausahanya satu waktu dahulu di dalam Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) hingga dibuli setiausahanya, berniqab juga. Dengki sebab aku dibayar elaun. Dapat elaun aku letak jawatan lagi. Malas aku hendak mengadu-domba.
  5. Ketua Amanah Hulu Kelang beberapa kali invite aku menyertai Amanah. Aku senyap tidak bersuara. 
    1. Aku hadir kerana dijemput bekerja dengannya. Tetapi paling kelakarnya hendak tunjuk dirinya hebat, beliau fitnah aku ni follower tegar beliau di hadapan AJKnya semasa mesyurarat di Pejabat Amanah Taman Melawati. Aku diam sahaja. Masa ni aku memang malas lagi nak fight atau berdebat. Walhalnya, Ketua Wanita Amanah Hulu Kelang ini invite aku bekerja dengannya sebagai PA (Pembantu Am ya bukan Personal Assistant) beliau, selepas itu sebagai pengurus tadikanya pula. Kerja macam kuli batak, kerja bagai hendak mati tetapi tidak pernah dihargai kudrat aku bekerja. 
    2. Bukanlah aku ni mengharapkan karpet merah. Tetapi sikap. Sikap janji tidak ditepati, sikap lebih percayakan cakap busuk hati dua anak-anaknya yang tidak mahu terima pembaharuan pengurusan penyelengaraan tadika taska mereka dan anaknya seorang lagi yang berlagak ingat aku ni sampah dan hamba mereka. Anaknya aku nasihatkan tentang aurat tidak menerima tu yang buat perangai mengadu-domba. 
    3. Inilah antara perkara buat aku malas tidak berminat bekerja dengan mereka. Hanya disebabkan suami aku minta aku bersabar aku bersabar. Mereka hanya tahu kerah tenaga pengurus tadikanya ini tetapi duit minyak asalnya dijanjikan boleh claimakhirnya bila minta, katanya tidak boleh claim. Munafiq berbohong.
    4. Anak beranak munafik peras tenaga pekerja. Pekerja guru tadika bersilih ganti kerap bertukar. Makanan untuk anak-anak taska pun, lebih sedap Almarhumah emak aku masak. 
    5. Tukang masak pun entah apa masalahlah, pengadu-domba juga. Ketua Wanita Amanah itu lebih percayakan tukang masak Indonesia itu dari aku yang lama sudah dikenalinya dan pernah berjuang bersama-sama semasa di dalam PAS di Gombak.
    6. Ada kejadian aneh berlaku pada seorang pelajar yang baru masuk ke Taskanya. Pada hari pertama masuk, anak itu mengamuk seperti kerasukan tanpa sebab hingga gigit, kejar, pukul pelajar lain dan guru-guru tadika. Depan mata aku dan aku keluar cuba tenangkan keadaan. Waktu pelajar makan memang aku  diminta siapkan dalam pejabat kerja pejabat rekod wang keluar masuk dan banyak lagilah kerja aku siapkan. Guru-guru handle pelajar makan takkan aku juga perlu sibukkan diri? Itu tugasan mereka. Aku pantau sahaja.
    7. Jadi aku ni tergamamlah. Guru-guru mengadu perkara pelik ni. Sebagai Pengurus baru, apalah yang mampu aku buat melainkan maklumkan melalui call dan whatsapp kepada Ketua Wanita Amanah dan anaknya, mereka buat bodoh pada hari pertama dan lambat reply. Jadi aku terus menghubungi emak anak itu. Emaknya tidak percaya dan minta aku rakam. Aku minta guru rakam dan aku buat tindakan sendirilah kongsikan kepada emak pelajar itu. Uish, aku dimarah dan dibenci seumur hidup Ketua Wanita Amanah Hulu Kelang ni. Kahkahkah!
    8. Kali ke tiga dia tuduh aku nak menjahanamkan tadikanya. Kali pertama, aku minta staff isi borang sekadar tick sahaja di ruang aku sediakan apa sudah disiapkan oleh staff
    9. Kali ke dua berkaitan makanan di tadika. Sudah aku maklumkan kepada engkau, engkau selaku majikan lambat ambil tindakan, aku buatlah tindakan aku sendiri. 
    10. Emak tidak percaya anaknya mengamuk hingga mata melingas seperti kerasukan, guru-guru dan anak-anak lain ketakutan, takkan aku diam sahaja? Esok pagi emak budak tu jumpa aku dan barulah dia beritahu aku rupanya anaknya memang bermasalah gangguan makhluk halus dari kecil lagi. Aduhlah. Sepatutnya perkara ini usah dibuat remeh. Kena maklumkan kepada pengurusan supaya tidak berlaku masalah dia mengamuk kerasukan.
    11. Ketua wanita Amanah kerap minta aku deal dengan parents. Dia sendiri penakut, mengelak dan menyorok dari bertemu parents anak bermasalah. Akulah jadi mangsa dipersalahkan.
    12. Semasa majlis graduasi tadikanya, banyak perkara biadap ketua wanita Amanah bertudung labuh ni buat kepada aku. 
      1. Biasanya bergambar dia tarik aku bergambar disebelahnya. Hari ini, dia tarik pengurus lain bergambar sebelahnya. Dia buat perangai kebudak-budakannya, tunjuk sungguh kononnya salah besar sangatlah aku dah buat. Tidak beritahu apa salah aku pun. Ok fine. Aku faham.
      2. Tidak sebut langsung nama aku sebagai Pengurus cawangan aku BANTU uruskan tetapi dua pengurus lain disebut dihighlight dibanggakan banyak berjasa kepada tadikanya. Ok fine, aku dah semakin faham.
      3. Tidak maklumkan terus kepada aku pengurusan Tadika diserahkan kepada anaknya. 
      4. Hingga ibu bapa pelajar dan Pengurus lain bertanya kepada aku kenapa begitu? Aku cakap biarlah. Dia rasa dia hebat. Itukan tadika dia. Biarlah dia nak buat apa pun. GILA ISIM SAKIT JIWA rupanya Ketua Wanita Amanah ini yang dahulunya pernah berfurdah. 
      5. Dewan milik rakyat digunakan untuk kepentingan peribadi discuss kenduri anaknya. PECAH AMANAH!
  6. Ada yang sekeluarga memang semuanya ahli PAS. Seorang guru agama JAIS, mestilah bertudung labuh. Tahun 2023 baru aku tahu suaminya bomoh, patutlah semasa Almarhum Abah aku meninggal dunia dia tidak mandikan seperti menantu yang lainnya. Malahan menghadap seolahnya memuja sesuatu. Patutlah alamat kematian dikuburkan di sekitar rumah mereka. Alamat bukan alamat rumah Almarhum Abah aku. BOMOH SESAT menyesatkan si guru agama JAIS yang sudah buta mata hatinya tidak dapat menilai baik buruk darah dagingnya sendiri. Mereka ini ahli politik Parti Amanah. Jenuh aku didakyah masuk Amanah. Aku memang tidak berminat. 
    1. Dasar jantan bangsat suaminya itu, pemalas bertanggungjawab. Nikah sudah lama. Tidak tahulah aku penganut fahaman apa entahlah jantan ketua Amanah di sebuah daerah Selangor jurubekam, juru akupunktur bomoh sesat ini. Tidak didaftarkan pernikahan itu ke Jabatan Agama Islam Negeri. 
    2. Bangsat sungguh perbuatannya, difitnahnya aku, sakit dan kematian almarhum bapa si guru JAIS itu aku penyebabnya. Sedangkan beberapa kali ke sana hendak menziarah, dihalau serupa kucing kurap. Pelanggan mereka datang waktu bapa si guru JAIS sakit, dialu-alukan naik ke rumah mereka asalnya tanah perkuburan. Dalam salah satu bilik di rumah itu ada makhluk halus sering ternampakkan dan mengganggu aku. Macam mana aku nampak dan dengar? Masa itu aku masih lagi terperangkap antara dua alam hasil kerja sesat (sihir, syirik dan khurafat) guru-guru kumpulan ajaran sesat akhir zaman teori konspirasi pelampau. 
    3. Mereka fitnah aku dari sebelum hinggalah selepas bapa si guru agama JAIS meninggal dunia. Menipu sahaja seumur hidupnya kepada bapa mertuanya. Penghujung tahun 2022, dapat surat dari mahkamah, tuduhan bersyubahat berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama. Guru agama itu menipu seumur hidupnya rupanya. 
    4. Hari-hari aku minta dengan Allah tunjukkan aku jalan kebenaran dan jalan yang lurus diredhai Allah. Nah, Allah maha berkuasa. Tidak lama selepas itu, aku terjumpa gambar sijil nikah palsu dari Naratiwat Thailand bertarikh 7/3/2014 entah bagaimanalah termasuk ke dalam galeri handphone aku. Mengucap beristighfar panjang urut dada aku yang asma waktu itu. Alhamdulillah aku dipanjangkan usia, tidak meninggal terus pada waktu itu.
    5. Punyalah kurang ajarnya menipu keluarga menyatakan madunya yang meminangnya. Tergamak sungguh bomoh sesat jantan bangsat itu menipu mahkamah, menipu mertuanya dan seisi keluarganya keluarganya dengan memalsukan sijil pernikahan mereka yang dinikahkan di surau rumah orang tua Guru Agama JAIS itu. Ya Allah. Syiahkah atau apakah jantan bangsat bomoh lahanat penipu ini entahlah. 
    6. Tapi, aku tetap diam. Suami aku cakap, biarkan je. Tak guna bercakap dengan orang fah tak ada pegangan agama ni asyik berbohong seumur hidup mereka. Malahan aku ini difitnah TUNJUK TARING selepas bapa si Guru JAIS meninggal. Eh, memanglah tunjuk taring. Takkan nak tunjuk KEMALUAN AKU kot? 
    7. Aku anak sulung. Mestilah aku bela MAK BAPAK AKU, diri aku dan adik-beradik aku bila diburukkan perempuan gila meroyan hidup-hidup sudah diceraikan. Takkan aku diamkan? Kenang budi jauh sekali, berlagak sombongnya hingga tidak sedarkan diri ditipu si suami pengamal ajaran sesat menyimpang akidah bomoh ilmu hitam menyamar perawat Islam.
    8. Takkan semua bakti aku pada mak abah aku kena kongsikan? Aku bukan jenis acah-acah suci di facebook. Pukul canang semuanya apa aku buat seolahnya aku seoranglah anak yang berbakti. Walhal dalaman mereka berkarat penuh kesumat dengki iri busuk hati. Semua adik-beradik perempuan percaya hasutan Guru Jais kuat berbohong dan suaminya bomoh itu. 
    9. Mereka fitnah aku nak bolot semua. BAGUS! Semua buat perangai kurang ajar. Hanya sebab percaya hasutan fitnah bomoh berhati iblis sudah gila isim sakit jiwa berbohong seumur hidupnya. Guru JAIS itu kami suami isteri nampak sudah diperbodohkan mindanya sudah tidak boleh berfikir. Dirinya sudah ditipu bomoh menyamar perawat Islam.  Pernah mengadu, sakit demam pun dipaksa berkursus dan merawat orang. Jantan bangsat kerah duit bini seumur hidup. Bila aku nasihat tidak mahu dengar. Ah, lantak hangpalah. 
    10. Kini aku kongsikan. Mereka pun fitnah aibkan aku. Hantar amaran kepada suami aku. Kelakar sengal perangai serupa budak tidak cukup akal ugut aku diamkan daripada membongkarkan ajaran sesat di laman maya kononnya aku ni buat fitnah. Patutlah Parti Amanah DAP komunis rupanya. 🤭🤣Suami aku tidak baca. Suami aku cakap,
      Malas baca. Buat apa baca fitnah dan orang yang fitnah isteri abang?
      Apa mereka membengkeng fitnah aku pun aku tidak baca. Hanya lalu di atas fhone sekali imbas sahaja aku TERlihat. Bukti tu. Bukti ugutan santau. Tapi aku malas hendak pedulikan sikap bengap sombong, berlagak bijak tetapi bab adab, bab akidah dan hukum nikah cerai kahwin langsung tidak dicakna. Mak Abah keluarkan duit hantar mengaji tinggi-tinggi, akhirnya jadi pengkhianat agama dan bangsa. Sudah serupa orang tidak bergama. Ish, jikalau aku nak tulis keaiban banyak sangat kalau aku nak tulis. Suami aku memerhati sahaja perilaku mereka berpura-pura bersandiwara sahaja. 
    11. Abang ipar suami dan bapa saudara suami aku pun BOMOH! Pendakyah ajaran amalan sesat. Keduanya totok UMngok. Bersongkok, ahli silat belaka tapi bab adab tiada.  Berperangai serupa gangster psikik scammer penunggang agama berlambak khodam jin dijasad mereka, berbohong seumur hidup mereka fitnah aku sahaja ada jin ada saka  walhalnya hanya hendak sakau duit kami suami isteri sahaja. 
    12. Sama sahajalah dengan mereka semua yang gila isim sakit jiwa fitnah jenayah cyberbully body shaming akidah aku. Jadi, apa hendakku kisah? Jika dalam keluarga sendiri pun fitnah aku, orang lain pun apa lagilah. Maka, lantak hangpalah haih. Nak jadi apa pun jadilah apa hangpa terpaling ahli syurga belaka hendak jadi pun. Inilah kisah aku. 
    13. Wallahi, Demi Allah Maha berkuasa, Senghaja aku hendak berkongsi. Pada 11/1/2023, Alhamdulillah Ustaz sendiri buktikan tiada jin tiada saka seperti puak pendakyah ajaran bomoh-bomoh sesat taksub leluhur jin gila isim sakit jiwa fitnah saya kepada awam. Kerap pengsan tanpa sebab, sakit kronik slipped disc yang berulang kali ketiga, injured di lutut, tangan auto gerak silat dan tari terus hilang dari diri ini. Sudah tidak perlu bertongkat lagi. Fuhh lega. Akhirnya jumpa juga Ustaz betul-betul perawat Islam. 
    14. Jadi, setakat fitnah, jenayah manupulasi perbualan soal-jawab dengan saya, saya sudah kongsikan sedikit demi sedikit perbualan sebenarnya di fb dan blog saya. Saya sudah tidak hairankan apa tanggapan makhluk terhadap saya. Yang penting, suami dan anak-anak percaya dan sayang saya. Elok bahagia sahaja ha saya dengan suami kesayangan dan anak-anak saya. 🥰
  7. Pendek dan panjang ceritanya, memang aku tidak berminatlah dengan individu, parti politik dan pimpinan-pimpinan korupsi cakap tidak serupa buat tidak serupa bikin ini. Jika aku keluarkan habis buruk nama mereka semua. Biarlah aku buruk pada mata mereka dan sesiapa pun yang memburukkan aku. Usah mereka buruk pada mata orang awam PENTAKSUB yang sudah buta mata hati mereka.

guru latih, Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya, fitnah Puteri Nur Cahaya Cikgu ieta, tin kosong, gila isim
Eh, eh, samalah seperti guru latih Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya fitnah aku. Orang PAS juga tu. Antaranya dia fitnah aku ni awek dia dan follower tegarnya semata-mata hendak tunjuk dirinya hebat. Walhalnya lembik kot*nya. Khodam jin iblisnya sahaja datang sentiasa melakukan jenayah seksual ke atas aku. Tetapi sembunyikan kebenaran aku menentang beliau disebabkan dakyah ajaran sesatnya. Semuanya tin kosong belaka. 

Eh kiranya Ketua wanita Amanah Hulu Kelang dan Guru JAIS itu pun mendakyah aku kesesatan jugalah. Ajak aku join Amanah yang bersekongkol dengan DAP Komunis. Tudung labuh tidak semestinya Islam. Yang gurulatih silat megah bertanjak tetapi dakyah aku memberontak negara, zikir sirr guna kaedah amalan kerohanian kebatinan meditasi sesat Gerakan New Age. Ah, sama sahajalah mereka ni. Pendakyah ajaran sesat penunggang agama penyembah kafir munafiq DAP komunis yang sememangnya anti Islam.
 
Sifat munafik, pemimpin neraka, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama, adab di laman sosial
Ingat wahai semua yang pernah menzalimi sesiapa sahaja termasuklah diri ini, nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta hati-hati dengan doa dan air mata kami yang kamu sudah zalimi.

Sifat munafik, pemimpin neraka, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama, adab di laman sosial
Kelebihan orang ada rupa (good looking), disukai dan digilai ramai. Hilang semuanya bila tidak berADAB sesama makhluk di dunia ghaib dan nyata.Tidak lawa, bodoh tidak mengapa asalkan berADAB. Ingatlah, walau di mana pun kita, jagalah ADAB, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan mencarut. Jangan marah aku bila aku sekolahkan adab pakej maki percuma jika biadap itu engkau yang mula. ~ Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta~


KENAPA PAS SUKAR MENANG MAJORITI?

Jangan taksub kepada PAS sangat. Kalian ni terlampau taksub kepada orang yang mengkafirkan orang. Itulah antara puncanya PAS tak menang-menang. Bila kami dan ramai lagi bercerita, kata tu cerita lama. Ilmu tin kosong ramai dalam PAS ni. Pastu dok hentam sana sini. Kalianlah sebenarnya penunggang agama. Bawa nama PAS Parti Islam tapi tunggang agama secukup rasa. 

Sebab tu tahun ni terbongkar semuanya. Anda taksub pada Hadi Awang sampai buta mata hati tak nampak apa dia punya temberang.  

Andalah yang tidak betul sebenarnya. JAHIL MUROKKAB. Tidak boleh terima dalam PASlah memang ramai syiah, ramai penunggang agama dan ramai pakar sebar fitnah. Ya. Memang PAS susah menang majoriti bila sikap anda taksub tak boleh terima Hadi Awang buat silap. Mesti tak belajar taksub tu lah antara dosa besar syirik menduakan Allah. Sebab tu cerita lama tu anda tak boleh terima. Walak entah apa-apa entahlah. Kahkahkahkah! ðŸ¤­ðŸ¤£
Hidup jangan tersesat menggelabah tak boleh accept salah atasan. PENTAKSUB". 14/12/2022 jam 10:32 am aku whatsapp ayat ini kepada seorang Ustaz PAS yang menuduh aku tidak betul bila aku menyuarakan perkara berkaitan ajaran sesat kepada beliau, aku tanyakan berkaitan Hadi dan akhirnya aku maklumkan kenapa PAS susah menang majoriti.  Eh, dia meroyan rupanya bila aku sebutkan taksub antara dosa besar syirik menduakan Allah. 

Masa inilah baru aku tahu Pengerusi Perkid penaung madrasah Darul-Solihin bukan lagi ahli PAS. Ramai sungguh ahli-ahli bawahan dalam PAS tidak beradab sebenarnya. Bila jadi serpihan PAS lebih-lebih lagilah dahsyatnya tidak berADAB. Aku pun dimakinya pengikut setan wartawan Ibu Yati yang membongkarkan salah-laku jenayah di Madrasah.

Sifat munafik, pemimpin neraka, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama, adab di laman sosial
Pemimpin begini pun dianggap munafik, peras duit tenaga rakyat tanpa sedar menipu seumur hidup mereka. Hidup senang dan mewah di atas jerih-perih kepayahan rakyat negara.


KENAPA AKU TIDAK BERMINAT DENGAN POLITIK?

Alhamdulillah. Eloklah Kak sudah tidak aktif.  
PRU tahun lepas baru parti amanah ini bersepakat dengan Dap komunis.  
Demi Allah, jika dari awal lagi saya tahu, saya tidak akan terima offer bekerja dengan Ketua Wanita PAN sebagai P.Anya, sebagai pengurus di tadikanya tu, buat marketing untuk tadikanya dan beri kursus di dewan serbaguna AU5 haritu. 
Patutlah perangainya lebih teruk dari perangai iblis. Hati hitam pekat tertutup rapat terima kebenaran. Terima bulat² hasutan iblis anak-anaknya. Itulah akibatnya bila bersekongkol dengan DAP komunis dan makan duit haram berlambak-lambak seumur hiduplah berperangai iblis sama dengan DAP komunis sanggup dia khianat  sesama bangsa Melayu dia sendiri. 
Umur dah tua tapi tak pernah insaf. Patutlah saya meletakkan jawatan sebagai naib setiausaha dia semasa dia di DMP Gombak haritu. Patutlah Allah tak izin saya berterusan dengan dia. Patutlah saya tengok PBW bab aurat pun langsung tak jaga. Patutlah. 
Semua under Parti Amanah Negara (PAN) inilah pengkhianat agama, bangsa dan negara bertopengkan Islam rupa-rupanya. Keturunan saya takkan pernah bersyubahat dengan komunis dan bangsat-bangsat yang bersepakat dengan mereka yang anti Islam. Mereka seperti Ketua Amanah Hulu Kelang itulah perosak agama Islam. 
Patutlah PAS susah menang majoriti. Orang-orang serpihan PAS seperti kalianlah yang merosakkan nama Islam. Sanggup bersyubahat dalam Harapan yang jelas ada DAP komunis. 
Kak tu yang kena mengucap banyak. Dah tak tahu bab akidah. Sanggup gadai akidah bersekongkol dengan kafir komunis umpama talibarut negara dan Islam. Kutuk? Eh yang mulut celupar dok body shaming pertikai badan saya depan nenek jual kerepek (pemegang tangkal azimat sebeban dalam handbagnya) di giant tu bagus sangat? 
Kak oi, kalau dah tua, tak jaga adab, mulut tak tahu nak jaga, Imam Al-Ghazali pesan dah, tak jaga adab nescaya tak dapat jaga agama. Sebab tu dah tua pun tudung je labuh tapi masih subahat dengan harapan DAP Komunis. Sebab tu lah taksub sangat dengan amanah. Walak tak tentu arah. Adab barai akidah pun rakai kalian semua ni. 
Haritu kak yang tanya saya, korek rahsia saya kenapa ada problem ke Ketua Amanah Gombak tu? tapi bila dijelaskan kata kutuk pula? 
Kak tahu tak apa masalah akak? Gila isim sakit jiwa teruk dah tu sampai dah tak boleh beza langsung dah halal haram, syubahah dan perkara memesongkan akidah. Punca? Mulut tu. Mulut celupar dan kurang ajar. Buta sungguh mata hati tu sebab mulut biadap kurang ajar dan bersekongkol bersubahat dengan pemesong akidah jadilah TALIBARUT DAP KOMUNIS SAMPAI MATI pun tak sedar diri lagi. Jahil murokkab sungguh puak² serpihan PAS ni rupanya. Failed adab dan akidah. Macam mana Ketua ADUN Hulu Kelang, macamtu lah kalian semua pentaksub penjilat DAP komunis. 
Sebab tu lah orang sesat semakin sesat dan orang murtad bertambah murtad. Sebab orangorang macam kak dan gang Ketua Amanah Hulu Kelang. Penunggang agama makan duit haram seumur hidup semuanya. Mulai saat ini, putus semuanya Ka****h orang tua harap je tudung labuh tapi kurang ajar gila isim sakit jiwa ni dengan saya. Dunia akhirat takde kena-mengena sebab sanggup gadai maruah dan akidah bersekongkol dengan pengkhianat negara". 22/01/2023, jam 3:03 pm whatsapp terakhir saya kepada PA ketua Amanah Hulu Kelang. Kemudian saya block terus 
PAS parti korupsi, Umno sakau duit rakyat, Sifat munafik, pemimpin neraka, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama, adab di laman sosial
"Hadi penganut Syiah? Dalam PAS ramai aliran Syiah, itu aku tahulah. Takkan kot Hadi ni Syiah? 😳" Persoalan bermain di mindaku tatkala aku terbaca cerita ini.

Oh. Baru aku faham. Iran negara berfahaman Syiah. Sebab itu beliau ditentang persatuan Ulamak. Aku pun penentang Syiah. Ya aku akui memang dalam PAS ramai penganut Syiah. Aku pernah satu rumah sewa dengan penganut Syiah JIM dan aku pernah bekerja di bawah majikan Syiah. Sebab itu aku anti PAS yang berpegangan Syiah. Syiah itu bukan ahli sunnah waljamaah. Sebab itu aku anti Hadi. Aku tidak berminat politik korupsi walau seinci sebesar kuman pun kesilapan dibuat dibawa hingga menjadi barah dalam perjuangan Islam. Hanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dan Tuan Guru Haji Fadhil Noor (TGFN) aku hormat sampai mati. Mereka benar-benar pejuang Islam.


KESIMPULANNYA

  1. Begitulah jadinya bila adab, akhlak dan syariat tidak seiring dijaga. Hancur lebur semuanya. Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta lebih suka taat perintah Allah dan suami dari berkawan, bekerja dan berkompromi dengan munafik penunggang agama.
  2.  Manusia diberi amanah mentadbir negara. Tetapi yang Maha Berkuasa itu hanyalah Allah SWT. Allah pemilik alam. Bukan makhluk ghaib atau nyata. 
  3. Kita duduk di alam dunia nyata ini, usahlah terlalu memikirkan perkara di luar kawalan kita. 
  4. Rujuk ayat Al-Quran di atas. Walau apa pun parti yang memerintah, jika wujud salah-laku jenayah apa sekali pun, ingatlah, semuanya berpunca dari diri kita juga. Rakyat yang memilih. Mereka tidak bermula dari diri kita sendiri beramal mengamalkan Islam sebaiknya. 
  5. Kita hendaklah redho dengan semua qodak dan qodar Allah SWT telah tetapkan untuk kita. Jika kita tidak pernah mengalami apa dialami rang lain, usah memandai-mandai tuduh, fitnah, tohmah, menjatuhkan dan menghukumnya. Pasti akhirnya terbalik kepada diri sendiri belaka. 
  6. Alhamdulillah Allah SWT telah memelihara saya. 2023 saya dapat kesemua buktinya dan terjawab sudah semua persoalan di minda saya.
  7. Semoga bermanfaat perkongsian Kenapa aku tidak minat politik kepada pembaca dan generasi masa hadapan. Jadilah ahli politik dan pimpinan berjiwa rakyat. Sekian. Wassalam.
  1. Penulis Blog KISAH Cikgu iEtaFreelance Blogger bermula tahun 2006 dan Social Media Marketing Coach bermula tahun 2015. Memiliki silibus sendiri berkaitan Blog dan laman sosial.
  2. Kemahiran, Content creator, Marketing dan berpidato. Naib johan syarahan bahasa arab antara ferqah di pondok dan naib johan syair antara kumpulan Dewan Muslimat PAS Ampang Jaya. 
  3. Penulis mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan. Subjek teras, Khat dan Sirah. 
  4. Penulis juga mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 10 tahun. Subjek teras Tauhid, Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Meletakkan jawatan selepas kerap pengsan akibat sakit kronik slipped disc L4 hingga L5.
  5. Penulis merupakan penerima Anurgerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2015 wakil Ketua Setiausaha Negara (KSU) Dato' Asyraf Wajdi.
  6. Penulis adalah nekas pesakit kronik Slipped Disc selama 10 bulan. Alhamdulillah dengan izin Allah sudah sembuh dengan sendiri pada 13/9/2020. Sembuh tanpa ubat. Tidak perlu suntikan dadah steroid, tidak perlu suntikan Voltaren dan tidak sempat pun masuk dalam kolong cek tulang belakang. Berulang kali ke tiga (3) sekali lagi dan sembuh pada 11/1/2023. 
  7. Selepas meletakkan jawatan dari JAWI, Penulis meneruskan personal dan group coaching, seminar, kursus berkaitan blog, bisnes melalui laman sosial sehinggalah tahun 2021 meneruskan pula Personal Life Coaching. 
  8. Penulis berehat dari semua aktiviti sambilan isi masa lapang yang ada dan perniagaan untuk fokus urusan rumahtangga, hantar ambil anak-anak bersekolah dan suami bekerja sahaja bermula 1/3/2022 atas saranan suami, 
  9. Penulis abaikan toksid pembenci iri hati pendengki. Mulut dan jari-jemari penulis memang berbisa pada gangster kurang ajar gila isim sakit jiwa.
  10. Penulis anti guru silat guru latih silat bomoh sihir menyamar perawat Islam, scammer kumpulan ajaran sesat, sihir, syirik, khurafat dan anti munafiq play victim pemesong akidah gila isim sakit jiwa kesemuanya. 
  11. Penulis bukan perawat, bukan guru silat dan bukan guru ilmu kebatinan. Tiada kaitan dengan sesiapa pun yang viral diumpatkan beramai-ramai netizen macai, cybertrooper, keyboard warrior gila isim sakit jiwa seMalaysia alam maya sedunia. 
  12. Penulis bukan ahli kumpulan akhir zaman atau gang teori konspirasi. Tidak ada kaitan langsung dengan kumpulan ajaran sesat merepek kuat berhalusinasi paranoid hal akhir zaman teori konspirasi. 
  13. Penulis telah terjebak, didakyah, mangsa kezaliman, dianiaya, disihir, dibuat ritual dijadikan perantara anak cucu Azazil bertopengkan manusia berkomunikasi dengan leluhur jin, difitnah, jenayah cyberbully body shaming AQIDAH, NIQAB, MINDA, RUH, JIWA, NYAWA DAN SEMANGAT oleh kumpulan dan individu ramai pengikut paranoid alam ghaib, akhir zaman teori konspirasi pelampau pemberontak negara, Psikik SCAMMER penunggang agama pendakyah ajaran sesat Gerakan New Age, ESQ165, Ilmu Karuuhun (leluhur jin) dan Gerakan Misionary Kristian. Diugut bunuh, sihir santau jurus hingga muntah darah, PDRM, JAIS, MAIS dan JABATAN AGAMA akan menyerbu angkut penulis.


MUNAFIK

Sifat munafik, munafiq ciri-ciri munafiq, penunggang agama

Sifat munafik, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama

Sifat munafik, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama

Sifat munafik, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama

Sifat munafik, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama, adab di laman sosial

Sifat munafik, pemimpin neraka, munafiq ciri-ciri munafiq, penyakit hati, penunggang agama, adab di laman sosial











BERKAITAN
ARTIKEL BLOG (Sentiasa kemaskini).

Comments

Popular Post