NTAHAPATITLENAKLETAKNI...

As salam...

Hari ni, entri tanpa gambar sebab MOUSE PULAK PROBLEM... Nak blogwalking pun takde mood...

Banyak juga komen untuk entri semalam yang saya tak tahu nak publishkan guna keyboard ni ha... Jadi, tak dapatlah ia dipaparkan... Susah juga guna keyboard ni sebab dah selalu guna mouse. Dulu, tahu juga la mana key untuk function tertentu tapi bila dah selalu guna mouse, memang tak tau dah guna keyboard shortcut tu. Entri ni pun tak tersusun sebab tak tahu bagaimana nak justify tulisan guna keyboard. Huhu....

O ya, domain dot my saya masih berfungsi baik macam biasa berdasarkan komen-komen yang masuk dan sedang menanti untuk dipaparkan tapi tak boleh nak dipaparkan sebab saya tak tahu guna keyboard untuk memaparkannya seperti sebab tertera di atas (berapa kali mahu ulang da...) Itu bermakna, sesiapa pun masih boleh melihat blog saya ni. Itu sudah kira bagus... Cuma masih tak boleh adalah View page selepas edit blog atau edit widget blog. Tak kisahlah, janji orang boleh belek blog saya yang tak seberapanya ni.... kan3... hehe...

Sebenarnya, malam tadi sementara baby nyenyak tidur setelah disusukan, sempat jugalah saya menulis apakah yang saya nak buat untuk hari ini. Antaranya, nak buat banner blog guna Adobe Photoshop, kotakkan entri dan sidebar, buat Nuffnangs Add tergantung, ubah warna blog dan siapkan blog bisnes.

Kerja-kerja rumah pula, melipat kain baju yang tak habis-habis lagi dilipat dan kemas rumah yang dah kemas tapi disepahkan balik oleh anak-anak malam tadi maklumla kan... anak-anak ramai... buat je la setakat termampu... Tapi bila dah baby lena lepas susu, mesti nak buka blog juga. Gila blog sudah...

Ada juga terfikir nak buat segmen. Ada ke orang nak joint segmen blogger tak fofular macam saya ni ek? hehe... Rasa macam nak tukar background blog ke warna putih pula. Apa pendapat anda?





BER DOT MY SEMULA walau masih error...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Beberapa hari lalu....
Kini... walau agak slow... mungkin slow sebab blog ni berat kot...

Alhamdulillah... Thanks to 

Tapi, sentiasa macamni la pulak...
bila nak klik kat 'your changes have been save.View Blog' selepas save untuk edit blog/widget.

Update : Blog dah okay :) tapi... sekejap ok, sekejap tak... haish...

BLOGSPOT.COM semula...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Rententan daripada INI, terpaksa bertukar kepada blogspot.com semula.
Huhu... Janji dapat berblogging...
Joint GA bagai nak dapatkan domain dot my nih...tapi... servis?
hrmmm... ramai blogger cakap, macam hampeh.... happe da...

11/12/2012 joint GA untuk dapatkan domain .my ni.

13/12/2012 dapat domain .my. siap buat ENTRI lagi sebab rasa seronok giler...

22/1/2013 Asia Host cuma email ni kat aku
Aku siap like lagi Asia Host punya fb...

26/1/2013 domain .my mula problem sehingga ke hari ini.
Masa tu buat ENTRI ni.

Ada terbaca dalam blog blogger mana ntah tak ingat, mungkin tempoh 3 hari domain .my problem.
Ada la hikmahnya ni kot...
Apa pun, usah jemu untuk teruskan berblogging macam biasa walau tanpa domain .my yang sedang problem untuk sementara waktu :)

TOLONG2... BLOG PROBLEM

As salam. Blog sy http://www.ieta.my bermasalah tak boleh di View sbb google tak jumpa blog saya dan sbb Domain Name Server error, bagaimana nak perbetulkannya? Puas dah saya godek2 tapi tak boleh juga. Tolong saya... Tqvm

MAKANAN SEMASA BERPANTANG

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Atas permintaan, saya buat entri ini. Dari blog mohdapih, beliau menyenaraikan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Jenis makanan dalam berpantang ni sebenarnya terpulang kepada daya tahan diri setiap individu itu sendiri.  Tak semua sama. Berikut laukku semasa berpantang :
                                                                         
1. Ikan bilis – biasanya tumbuk dan goreng bersama bawang putih dan bawang merah yang juga telah ditumbuk. Jika anak dah takde sakit kuning, boleh tambah dengan lada hitam & halia.
2. Ikan merah – masak sup/ masak asam/ masak stim
3. Ikan jenahak – masak asam
4. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
5. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
6. Ikan senangin – goreng/ masak asam/ kari
7. Ikan siakap - masak stim
8. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang

SAYUR
1.    Sayur sawi – sup
2.    Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
3.    Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan dan awet muda disamping mengecutkan peranakan.

BUAH
1.    Limau Sunkist Prune (melawaskan buang air besar)
2.    Kurma (menambahkan tenaga)

MINUMAN
1.    Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang. Jangan minum milo waktu sembelit.
2. Kopi
2.    Air masak suam

UNTUK TAMBAHKAN SUSU
1.    Daun pegaga
2.    Lobak putih


TAK BOLEH MAKAN
Ikan yang tak boleh dimakan ialah semua ikan yang ada warna hitam dibadannya. Contoh : ikan cencaru, ikan bawal hitam, ikan tamban, ikan tongkol, ikan sembilang dan keli.

Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:
1.    Makanan laut – sotong/udang/ketam (takut gatal di tempat luka)
2.    Telur (luka lambat sembuh)
3.    Ayam (takut gatal di tempat luka)
4.    Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang (bisa badan)
5.    Tebu/ air kelapa/ buah anggur/ buah tembikai (kancing gigi)
6.    Makanan pedas/ berminyak/ keju/ marjerin/ susu (kembang peranakan)
7.    Aiskrim (bentan / demam)

Kalau luka dah sembuh, segala yang takut gatal tu, boleh makan... :)

Sekian. Wassalam...


Nota : Arghhhh... buruknya blogku... terlampau nak tachap... dah buruk dah jadinya... huwwwa.... tulah... ada orang offer nak tachapkan, nak gak tachap sendiri... sambil sebelah tangan pegang baby hah, nilah jadinya.... Dah serabai dah.... Dah lah tu, bila nak View blog keluar macamni pulak dah...





CINTAKAH KITA KEPADA BELIAU?

Cintakah kita kepada beliau?
Junjungan mulia yang akan memberi syafaat kepada kita. Di waktu tiada siapa yang pedulikan kita DI SANA..

Cintakah kita kepada beliau? Insan mulia yang tidak berharta. Lagi Ummi tetapi kaya jiwa. Kaya budi pekerti mulia...

Cintakah kita kepada beliau?
Andai sunnahnya tidak kita jaga
Andai hadisnya kita cerca
Andai fatwanya tidak kita guna
Andai amalannya kita persenda...

Cintakah kita kepada beliau?
Jika hukum Allah yang mengutuskannya kita buat-buat lupa. Jika kita terlalu alfa dengan dunia. Jika hukum Allah sering dipersenda...

Cintakah kita kepada beliau? Sedangkan di dunia kita bertelagah sesama kita. Dek pegangan kita yang tak serupa. Sedangkan bila Maulidur Rasul, kita sambut bersama?

Cintakah kita kepada beliau? Sebagaimana beliau kasihkan kita. Sedangkan beliau mengasihi kita ummatnya.

Ayuh, bersatulah wahai semua... Supaya aman dunia, selesa kita bersama. Dari segala ancaman manusia durjana. Yang mementingkan pangkat, harta dan kroni semata-mata




Sesungguhnya mati itu pasti. Oleh itu persiapkanlah bekalan diri. Menuju cinta yang hakiki. Cintalah kepada yang sewajarnya dicintai

Jom ke SINI. Terima kasih...

BILA BLOGKU DIREVIEW (PART 3)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Rasa nak buat entri tentang tajuk di atas pula hari ni. Sebelum ni dah pernah buat juga entri tentang review ni. Tak kisahlah kan... asalkan tak ciplak idea orang lain dan ada sesuatu untuk dikongsikan. Kan3...

1) Review pertama tentang blogku adalah dari blogger femes, Cik Didiey (blog-review-ieta-myblog). Sila klik link kalau nak tahu apakah reviewnya. Inilah kali pertama blogku direview. Masa ni tak berapa pandai nak update blog lagi. Header pun sangat-sangat sempoi. Entri tentang review dari Cik Didiey ni, DI SINI. Ada beberapa perkara menurut Didiey beliau tertarik dan beliau komen tentang blogku pada masa itu iaitu:-
1) Widget surah. Widget ni dah terhilang masa update-update blog. Huhu... Masih tercari-cari widget ni tapi belum terjumpa lagi.
2) Gambar anak-anak di Lilypie Sticker. Sekarang ni, gambar anak-anak just letak di page tab About Me sahaja. Mungkin satu hari nanti, nak buat Video gambar-gambar mereka. Bab Video ni, K.I.V dulu.
3) Slide Presentation pula, masih tercari-cari cara untuk masukkan di sidebar. Dah letak dalam page tab My Video Presentation tapi tak seperti yang diinginkan sebab belum pandai lagi. Masih mencari kaedah yang betul juga. Ada sesiapa mahu ajar? Amat dialu-alukan. Hehe...
Terima kasih Didiey :)

2) Review kali ke 2 ni dari blogger hebat Muja (blog-ieta). Siap ku buat entri khas lagi untuk review yang ni. Dari review Muja ini, banyak perkara yang kupelajari dan banyak benda dalam blog telah ku ubahsuai. Alhamdulillah... Tapi masih teruskan tachap blog sampi betul-betul puas hati. Nge... Bukan apakan, aku kan gila blog... walau apa jua keadaanku, blog akan ku belek bila ada kelapangan. Jangan marah ha....
Terima kasih Muja :)

3) Review kali ke 3 dari blogger Cikgu Nani.  Klik link untuk mengetahui lebih lanjut reviewnya tentang blogku. Antara reviewnya tentang blogku :
1) Header menggambarkan diriku yang sebenar. 
2) Suka dengan header dan doa di header.
3) Blog simple, tersusun kemas. Loading laju. Warna pink ceria, sidebar mengikut priority. (Sidebar nak cari apa telah diletakkan di bawah sidebar penaja).
4) Nak komen mudah, takde captcha yang menyusahkan.
5) Suka dengan ayat diruangan komen "Dah baca, moh le komen... Anda memang hebat, hensem & cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya... :)"
Terima kasih cikgu Nani :)

4) Review kali ke 4 ni pula dari blogger yang hebat juga, Irwan (review-blog-5-blogger-terpantas). Klik link  untuk ke blog beliau. Berikut adalah review beliau tentang blogku :

1) Blog sweet, susunan kemas, cuma perlu tukar header supaya bertambah kemas.
2) Irwan suka dengan tagline blogku di header.
3) Contohilah sikap suka joinkan diri dengan pelbagai contest dan segmen.
4) Font, jenis font dan reka letak blog kemas.
5) Jangan patah semangat untuk terus berubah, merujuk kepada entriku "Saya tak hebat"
Hehe... terkembang kempis hidung dan hatiku bila membacanya. Terharu juga membaca kata-kata semangat darinya. (Header, memang sedang cuba try test & error lagi membuatnya).
Terima kasih Irwan :)

Entri Saya tak hebat tu, kalau nak tengok, sila klik SINI
Bukan nak tunjuk hebat atau riak dan sebagainya lagi yang seangkatan dengannya tau buat entri ni... Cuma sekadar berkongsi apa sebenarnya kehendak blogger bila buka blog kita dan bagaimana jadi blogger yang hebat macam blogger-blogger yang dah review blogku ini. Tu je ya... :)

Akhir sekali, terimalah pantun dari saya yang tak hebat nih....


Kajang pak malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu;
Bila blogwalking dan balas komen saya tak sempat,
Tu bermakna saya sibuk ngan baby saya yang baru...

HELP ME : SSL CONNECTION ERROR

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

HELP ME : SSL CONNECTION ERROR. Tak perasan Setiap kali bertukar domain baru, blog pasti bermasaalah begini iaitu bila nak View Blog setiap kali diupdate layout atau layoutnya.

LUAHAN RASA, Masalah blog, TUTORIAL BLOG, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, HELP ME : SSL CONNECTION ERROR, Help me, SSL CONNECTION ERROR, masalah bertukar domain
HELP ME : SSL CONNECTION ERROR. Save boleh tetapi bila klik View Blog untuk lihat hasil setelah edit layout berlaku SDL CONNECTION ERROR.

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Teringin gak nak menang top up ni...


Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih.

Dah lama (tahun ni juga) follow blog Emas Putih :)
Kalo nak joint, sila klik banner di atas na... :)

Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam

SHORT SEGMENT BY NAA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Nak jointlah... Segmen kali pertama tahun 2013.


Sebab syarat-syaratnya mudah sahaja...
Maka saya pun joint segmen ini.

Saya dah lama dah follow blog NAA. 
Hari ni baru saya like fanpage NAA. 
Dah siap juga letak banner NAA yang kat atas tu.
Segmen ni akan tamat pada tengah malam ini.

Inilah gambar atau header blog saya (untuk cik NAA promote blog saya nanti).

Ini pula link fanpage fb saya. (Nak juga fanpage dipromote...).
Siap buat entry pasal segment ni.

Terima kasih Cik Nurul Ain Ahmad sudi buat segmen ini :)

InsyaAllah ke In Shaa Allah?


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Sekadar berkongsi ilmu...

BLOGWALKING SAMBIL EDIT BLOG

Harini, setelah selesai belek babyku, dia pun dah tidur lena... ku mencari-cari beberapa tutorial untuk mentachap (apa bahasa da...) blogku ini. Ada beberapa orang dah offer untuk tachap blog aku ni tapi... bila dah cuba-cuba try test edit, rasa seronok pula. Lagipun, rasanya, elok aku try and error baru ada thrill... kan3... Biarlah tak secantik apatahlagi sehebat blog blogger lain janji cuba...

Sambil-sambil blog walking, terjumpa kat blog INI Nak tau apa yang ku jumpa? Jeng3....
Kelakar... Tergelak-gelak aku tengok video dari You Tube ni. hehe...

Nota : Terlampau edit, terhilang widget surah pilihan.... huhu...

KISAH DALAM WAD N.I.C.U


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Sementara babyku Abdul Latiff sedang tidur, nak bercerita pengalaman duduk dalam wad NICU,  selama 3 hari disebabkan jaundice (demam kuning). Bukan tak pernah anak-anak lain kena jaundice tapi kali ini pengalaman lain dari yang lain. In Shaa Allah ada kesempatan, akan ada entri tentang berpantang kali ke 5 ni seperti permintaan beberapa orang rakan blogger. Nak tahu lebih lanjut tentang jaundice, boleh klik siniTerima kasih atas info berguna itu.

Memang amat tidak menyeronokkan walau layanan doktor dan nurse di sana baik. Kenapa tak seronok? Sebab-sebabnya :-

1. Makanan bukanlah makanan orang berpantang. Ye la, mereka masakkan overall untuk semua pesakit. Memang tak sempatla nak masak khususkan untuk orang baru bersalin. Ikan dan ayam, maaf cakap hanyir... aku memang dari dulu lagi, kalau terbau hanyir, terus hilang selera nak makan... Tapi... redha je la... yang mana boleh dimakan, makan... Motivasikan diri "Orang di Ghaza tu lagi kesian, nak makan pun susah..." maka lalulah sikit nak makan... Dalam masa yang sama, minta tolong encik hasben masakkan lauk. Hehe... Kesian encik hasben bersusah payah beliau untukku. Sayang suamiku. Pengorbanannya memang tidak terhingga untukku dan anak-anaknya.

2. Disebabkan anakku yang ke lima ini Jaundice nya tinggi... 312 (19.5) maka pada hari Jumaat 11/1/2013 selepas checkup darahnya di makmal, doktor arahkan kami segera dimasukkan ke NICU di Hospital. Di sana, dia terus diletakkan di bawah 3 lampu di ruang yang khusus bersama-sama baby lain-lain untuk diawasi oleh jururawat  bertugas. Jadi, berulang aliklah aku ke tempatnya untuk susukan. Letih wei.... Bayangkan dalam keadan baru lepas melahirkan... menggigil-gigil juga nak berulang alik tu. Demi kesembuhan anak, redah juga le.... 



12 tengahari, nurse datang rumah. Jadi, sebentar lagi, aku kena bawa anakku ke makmal untuk cek bacaan jaundicenya. Abahku tolong bawakan. Encik hasben kerja. Harap normal. Apapun, aku perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan di samping terus berdoa. Memang tersiksa melihat anakku dalam NICU minggu lepas tapi terpaksa kerana ini kaedah perubatan doktor yang berkesan bagi mereka. Dah baca info tentang jaundice tu pengalaman orang lain, lagi bertambah kesedaranku betapa bahayanya jaundice untuk baby dan tahulah aku kenapa nurse sentiasa arahkan ke makmal untuk cek darah baby tu. huhu...
3. Malamnya anakku dibawa ke bilikku sebab kuningnya dah turun 220/345 tapi bila doktor pantau darahnya jam 11.59 malam, keputusan darah tinggi pada jam 1 pagi... Nurse bawa semula anakku ke tempat mula-mula dimasukkan petang Jumaat tu. Saat itu, aku dikehendaki sentiasa perah susu untuk beri anakku minum melalui cawan. MINUM MELALUI CAWAN ni yang menyiksakan kerana aku terpaksa membongkok sambil memegang anakku yang diletakkan di bawah 3 cahaya lampu. Sakit bekas jatuh terhentak semasa usia kandungan 5 bulan berdenyut-denyut... siksanya, Allah sahaja yang tahu. Demi anakku, redah jugalah...

4. Semasa anakku di bawa semula ke tempat mula-mula dimasukkan, aku yang memang sakit kepala dari petang tertidur dalam menggigil dek kesejukan gila. Maklumla hospital ni aircondnya telah dicentrallised.  Terpaksa telan 2 biji panadol sebelum tidur sebab sakit kepala bagai nak pecah. Sedar-sedar, dah 6.15 pagi. YaAllah! susu perahku kehabisan! Sedih sebab mereka dah beri susu formula untuk anakku. Kalau dah warded, ibu pula tak berapa sihat, mustahil dapat fully BF... huhu... Terpaksa juga redha sebab tak sihat masa tu. 

Masa discaj hari Ahad 13/1/2013 tu, jaundicenya 285/345. Doktor pakar di Hospital mengarahkan pemantauan di klinik biasa checkup.

Di rumah, aku cuba juga pelbagai kaedah tradisional di samping berdoa dan berzikir. Antaranya jemur di cahaya matahari dari jam 8pagi hingga 9 pagi. Mandikan dengan daun belimbing. Berikan minum air zamzam. Mandikan dengan buah kuning dari kedai Sensei dan minum susu kambing je belum sempat lagi. Ada juga kawan yang cadangkan ubat homeopathy tapi belum rasa nak mencuba lagi. Menyusukan anak setiap jam juga antara penyebab jaundice boleh turun.

12 tengahari, nurse datang rumah. Jadi, sebentar lagi, aku kena bawa anakku ke makmal untuk cek bacaan jaundicenya. Abahku tolong bawakan. Encik hasben kerja. Harap normal. Apapun, aku perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan di samping terus berdoa. Memang tersiksa melihat anakku dalam NICU minggu lepas tapi terpaksa kerana ini kaedah perubatan doktor yang berkesan bagi mereka. Dah baca info tentang jaundice tu pengalaman orang lain, lagi bertambah kesedaranku betapa bahayanya jaundice untuk baby dan tahulah aku kenapa nurse sentiasa arahkan ke makmal untuk cek darah baby tu. huhu...

Anak-anak, Pengalaman, Pengalaman Bersalin, Pengalaman anak demam kuning, anak jaundice, jaundice, cara memulihkan jaundice, pengalaman di wad NICU, Pengalaman melahirkan anak
Gambar ni ehsan dari encik google sebab masa kat spital, memang takde mood nak snap gambar. Lebih kurang je ghope baby ni dengan babyku...
Kesimpulannya, melahirkan anak ke lima di Hospital Ampang pada tahun 2013 ni, 3 Doktor yang mengendalikan aku dan anakku amat memuaskan hati. Cuma bidan sahaja asyik bersembang, tertinggal uri di dalam perutku. Masa Doktor nak keluarkan tu... Huish... Sakit gila... Macam nak tercabut nyawa tu... Rasa nak ku tendang je Doktor tu. Alhamdulillah sabar. Tak de la nak tendang... hehe

Update : Rawatan terbaik untuk anak jaundice adalah SUSU IBU setiap setengah jam sekali.

TIDAK DAPAT BERBLOGGING BUAT SEMENTARA WAKTU


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Harap maaf, blog ini sedang dikemaskini....
& saya masuk hospital dengan baby ke 5 saya kerana jaundice baby tinggi (19.5). Doakan saya dan baby saya sihat. Terima kasih

Hari ini baru dapat buka komputer.

Ahad 13/1/2012 dah keluar dari NICU, Hospital Ampang. Tapi petang ni kena bawa anak ke makmal semula untuk cek jaundicenya tinggi atau tidak. Harap tidak tinggi. Amin. 

Terima kasih atas doa dan ingatan semua :)

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Malam-malam buta ni, lepas betulkan yang patut disini rajinlah pulak nak joint segmen...
Takmo cakap banyak, sesiapa yang nak joint, sila klik banner di bawah ya :)

Tarikh Berlangsungnya Segmen :
30/12/12 ---> 30/1/13

Nota : Masih mencari-cari sesuatu untuk perbaiki blog sebab bila tengok blog oranglain, rasa hebatnya... blog mereka. Hehe... 

LAHIRNYA MEMBAWA JUTAAN BAHAGIA


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

4/1/2013 - Abdul Latiff pada hari pertama dilahirkan. Anakku yang ke 5. Alhamdulillah... Penantian membuahkan kebahagiaan. Sebab tu lah  lama tak ber update blog ini... hehe... 
anak20533.jpg anak20534.jpg anak20535.jpg 
Hari ke dua... 
anak20536.jpg Anak20538.jpg
Hari seterusnya, tak payah lah gambar lagi ya... nanti sarat plak blog ni dengan gambar je....

Memandangkan hari ini adalah hari ke 4 cahayamataku ini dilahirkan, Abdul Latiff pun sedang lena... maka dengan penuh rindunya terhadap blogku ini, entri khas ku taipkan untuk pembaca dan pengikut setiaku yang baru mencecah ke 150 orang sehingga 1.52 petang ini.
Hari ni hari ke 4 Abdul Latiff dilahirkan. Dah 2 malam dia asyik meragam je. Dah 2 hari juga nurse dari klinik datang melawat. Dah 2 hari juga siap berurut. Semalam macam nak demam rasanya. Maklumla kan, lama tak berurut... Hari ni, ok sikit dah. Semalam, nurse cek temprature temprature Abdul Latiff 37.7 celcius. Suami bawa dia ke klinik dekat dengan rumah. Alhamdulillah demam dah tiada....
Kesian suami, makan pun tak lalu. Penat... Ye la, uruskan 3 org anak bersekolah, masak untukku lagi. Ambil anak yang 2 orang dari rumah pengasuh. Mana tak penat. Kalau tinggal kat rumah ni, alamat, meranalah badanku. Huhu... badan baru nak sihatlah katakan... (Arwah emak meninggal bulan 6 tahun lalu, tidak, balik kerja, arwah emak datang rumah masak. Huhu... rindu dengan masakan arwah emak. Al-Fatihah untuknya). Mungkin esok lusa, dah boleh perlahan-lahan masak sendiri kot... Sekarang pun, perlahan-lahan buat kerja rumah sikit-sikit yang termampu.
O ya, semalam, encik suami ke JPN uruskan pendaftaran dan surat beranak Abdul Latiff, kemudian beliau bergegas pula ke klinik maklumkan kelahiran pehtu hantar pula MC dan surat doktroku ke sekolah. Penatnya... Kesian suamiku. Memang suamiku amat bijak menguruskan segala-galanya bilakala isterinya ini tak berdaya. Sayang sangat-sangat dengan suamiku, cinta hatiku. Terima kasih suamiku tersayang. Kaulah segala-galanya bagiku. Anak-anak adalah kebahagiaan kita bersama. Moga kelahiran yang membawa jutaan kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat. Amin....
Pss... Lama tak berblogwalking ke blog blogger lain dek hal ehwal kelahiran. Kunjungan pun tak sempat nak berbalas. Maaf juga jika penulisan tak berapa berkualiti. Entri ini sekadar pembuka bicara setelah lama meninggalkan dunia blog. Dalam keadaan sebegini, tak berani nak duduk depan PC lama-lama :)

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...