IBU KENAPA TAK KERJA KAT RUMAH?

Ada satu hari tu, sebelum tidur anak saya yang ke tiga bertanya "Ibu, ibu kata nak kerja kat rumah. "Ibu kenapa tak kerja kat rumah?"" Hurm... puas gak saya memikir apalah jawapan nak ku beritahu dia ya? Nak tahu apa yang saya jawab?

Syukur Alhamdulillah...

As salam. "Syukur Alhamdulillah...". Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita dapat. Rezki ni datang dalam pelbagai bentuk... Kesihatan juga merupakan rezki selain nikmat iman dan Islam serta wang ringgit.

Tatu Tidak Wajib dihilangkan Jika Menyiksa Mayat

As salam. Beberapa hari lalu, ada rakan facebook yang tag saya berkenaan cara menghilangkan tatu. Saya tidak menjawabnya kerana saya tidak suka menjawab perkara yang di luar bidang saya tanpa dalil dan hukum yang jelas. "Tatu tidak wajib dihilangkan Jika Menyiksa Mayat". Inilah tajuk yang saya terbaca di dalam Iman, majalah keagamaan. 

Sijil 5S dan Sijil Penghargaan


As salam. Hari ni saya sibuk betul... Selepas selesai mengajar, saya bergegas menghantar anak ke dua saya balik ke rumah. Kemudian terus bergegas ke Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur untuk menghadiri Jemputan ke Perhimpunan dan Majlis Penghargaan JAWI bagi meraikan kakitangan dan guru-guru yang mendapat "Sijil 5S dan Sijil Penghargaan" di dalam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ayah marah guru kelas

Ayah marah guru kelas.

Teringat satu kisah tak berapa lama dahulu. Seorang ayah marah guru kelas anaknya disebabkan guru tersebut menampar anaknya atas sebab tak tahu diam dan bising sepanjang guru tu mengajar. Actually, anaknya tu pernah menjadi murid saya semasa dalam darjah satu.

Minyak sekarang dah mahal...

"Minyak sekarang dah mahal..." kata cashier di Stesen minyak Petronas bila saya kata padanya "Eh, rasanya baru je 5 haribulan hari tu saya isi minyak kat sini kan?".

Wordless Of Wednesday 34 : Agihan wajib bulanan

Wordless Of Wednesday 34 : Agihan wajib bulanan, Wordless Of Wednesday, Agihan gaji, Agihan bulanan, Cara menabung, Cara berjinat, Cara bijak berbelanja, Berhemmah dalam berbelanja, http://www.blogieta.com/2014/05/wordless-of-wednesday-34-agihan-wajib.html

Wordless Of Wednesday – Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.

Mencari rezki

Hanya mencari rezki yang halal,
Terpaksa mukaku menebal,
Walau pelbagai sangkaan yang meniti,
Terpaksa ku cekalkan hati...

Walau kesakitan yang melanda,
Tiap saat dan ketika,
Ku buat-buat gagah sahaja,
Tak siapa pun tersangka.

Sakit bukan ku sengaja,
Siang ku sakit malam ia reda,
Kini sakit kembali,
Bersabarlah wahai diri...

Apa ku buat diluar waktu kerja,
Untuk menambah pendapatan keluarga,
Tak ingin meminta-minta....

MC doktor yg bagi,
Sakit bukannya saja-saja dan dicari-cari...
Perlu marahkah?
Perlu juga dipertikaikah?

Aku hanya mencari rezki...

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...