12 October 2011

Berfikiran positif menjernihkan keadaan

Salam semua pembaca yg dihormati....Moga anda sentiasa ceria walau apa jua situasi anda.

Walauapa pun yg berlaku sehingga ke hari ini, sentiasalah berusaha untuk mempositifkan pemikiran anda. Sesungguhnya semua itu merupakan pengalaman yg amat berharga di dalam sebuah kehidupan. Cubalah fikirkan yg positif. Insyaallah,pasti anda akan happy....sentiasa.

Dh lm xupdate, idea pown dh berkurangan... kalo tgh mlm buta n pagi sep'ie mgkin mencurah2 idea ni...

Rasanya inilah sahaja coretan saya kali ini kerana sy dh kekurangan idea & nak sambung study. Babai....have a nice day.... :) :)

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

12 July 2011

YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT

Salam semua pembaca...

hari ini saya ingin berceloteh tentang tajuk di atas. Rentetan daripada panggilan sahabat lama saya yang kini telah bergelar Sri....

Sesungguhnya, kita perlu memahami apakah yang tersirat di sebalik yang tersurat.... Kadangkala, lain yang kita dengar, lain yang kita faham. Kadangkala juga, lain yang kita nampak tetapi lain sebenarnya yang telah berlaku....

Oleh itu, jangan suka membuat sebarang tanggapan atau berfikiran negatif terhadap apa sahaja yang anda lihat,baca& dengar...Kaji selidik dahulu apa sebenarnya,usah percaya semberono sahaja...

Usah menilai seseorang itu dari luarannya, kerana apa yang dilihat tidak mencerminkan perkara yang sebenar....

Jadi, kajilah segala yang tersirat, disebalik yang tersurat. Nobody is perfect & Don't judge book by its cover...

Sekian, والسلام, مع السلامة, الى اللقاء في مرة أخرى.....

30 June 2011

just sharing

ni laman web blog MASYARAKAT WASATIYAH http://fauwazfadzil.blogspot.com

20 June 2011

REZQI

Tiba2 malam ini, rasa nak menjengah blog yang dah agak lama tak ku jengah....So, rerasanya, nak menulislah sikit...sikit je....xpanjang...

Malam ni, nak cerita bab rezqi. Rezqi datang & pergi tanpa disangka & tanpa diundang. Ada yang dapat cepat,ada yang dapat lambat....Rezqi ni sebenarnya, diberikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk&suasana....Kadangkala dalam bentuk wang ringgit,harta benda,kemewahan,anak2,pangkat,makanan dan sebagainyalah lagi....Sebagai contoh la kan....(ambil contoh diri sendirilah,xkan nak ambil contoh org lain...:)) sepanjang hidup aku....banyak impian yg ku impikan....tetapi, semakin meningkatnya umurku, semakin kuranglah impianku...sebab,ku impikan suami yang mengikut citarasaku, dh dapat..(he3....Alhamdulillah....)impikan anak2 yg comel2,pun dh dapat...bersyukur kepada Allah yg memberikan rezqi...

Dalam diam xdiam, sudah hampir 5 tahun ak bekerja dengan JAWI... pada tahun inilah baru ak mendapat 2 rezqi yg xkusangka-sangka sekali. Korang nk tahu apa? Xnak tahu pown, ak nak kasitau gak...sbb,blog ini,aku yg punya....bukan Ahmad Albab yang punya...(he3....,wat lawak lak ak ni...)

Rezqi itu ialah:
Pertama, kereta....me...mg ak xsgka samasekali ak dapat memiliki sebuah kereta....walaupun hanya MYVI sahaja....xpelah....at least,dapat gak aku berbakti kepada anak2 & suamiku bawa ke sn cni&memudahkan urusan kerjaku.
Kedua, dapat masuk Universiti....hah, yg ni pown,la....gi ak xsangka....tapi,suatu yg amat mengujakan aku. Universiti yg ku idam2kan,akhirnya dapat juga aku melangkah kaki ke dalamnya utk belajar walaupun diusia yg sebegini.

Mungkin bagi pembaca, perkara ini biasa2 je,tapi bagi aku, inilah kejayaan luarbiasa aku selain dari anugerah RPH cemerlang 3tahun berturut2 yang diberikan oleh sekolahku sepanjang anugerah itu di wujudkan. Bukan nak berbangga, cuma berkongsi rasa gembira semata-mata....

Inilah yang kukatakan rezqi....tapi bagiku, semua itu adalah rezqi anak-anak....aku hanya menumpang semata, hanya utk membahagiakan mereka...Namun demikian,keperitan tetap dirasai...almaklumlakan,dgn nk bayar pengasuh,bayar kereta lagi dan lain2 kos sara hidup yg semakin meningkat,xpernah-pernah turun. Aku rasa,keperitan ini,dirasai oleh semua org....bukan aku sorang sahaja....Jadi...Kesimpulannya,kesabaran itu perlu walau siapa&di mana pun kita berada. Hanya kesabaran sahajalah yg dapat membuahkan hasil yang amat manis dipenghujungnya...."Bukan senang nak senang,tapi tidak susah nak susah kerana kesenangan itu tidak datang bergolek tanpa usaha yang tidak mengenal erti jemu....".

Akhir kata,"Ambillah i'tibar dari apa yang disampaikan,bukan melihat siapakah si penyampai"

Wassalam...Adios Amigos,مع السلامة jumpa lagi di lain waktu&ketika....

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....