28 August 2013

BILA NUFFNANG MERAJUK...

As salam. 

Sambil menyiapkan assignment, belek akaun Nuffnang. Rasanya saja-saja je baru 3 hari lepas saya letak iklan dari syarikat yang pernah offer iklannya ke dalam blog saya ni. Tup-tup, Nuffnang telah merajuk dan menyahkan status Glitterati saya. Duit elok-elok dah masyuk... Tiba-tiba... Non-Glitterati... Haishla... Iklan dari Weeclicks tu tak terpapar pun... Sensitifnya Nuffnang ya?

27 August 2013

JOM RAIKAN MERDEKA BERSAMA RESTORAN HANNOON AL ARAB

As salam. Nak tahu... Saya sangat-sangat teruja. Kerana akan berpeluang mamam (tau ke mamam tu apa?). Hehe... Mamam tu, makan... Arwah emak saya dulu-dulu masa kami adik beradik kecil, selalu ajak kami mamam beramai-ramai.

24 August 2013

RESTORAN HANNOON AL-ARAB

As salam. Hari ini mungkin ada yang nak buat open house atau open table kan... Mungkin ada yang buntu untuk memilih menu. Jom Rasai kelainannya di RESTORAN HANNOON AL-ARAB

23 August 2013

22 August 2013

BERFIKIRLAH SEBELUM PUBLISH

Sekadar peringatan bersama. "Berfikirlah sebelum publish". Renung-renungkan....
Berfikir, Berfikir sebelum publish, minda, gunakan akal, Usahlah kerana nila yang setitik, merosakkan susu sebelanga, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, Tips Blogging
Berfikirlah sebelum publish
Berfikirlah sebelum publish. Tidak semua yang berlaku dalam kehidupan kita perlu dikongsi kepada umum. Lebih-lebih lagi hal ehwal rumahtangga dan perkara yang mengaibkan. 
Kadangkala, kita rasa kita benar. Kadangkala kita rasa kita hebat. Namun sebaliknya kita hanya diperlekehkan dan ditertawakan. Malahan ada yang mengeji dan mencaci. Tanpa ingin berbaik sangka dengan kita atau mengkaji sebab musabab apa yang distatus atau ditulis oleh kita..
Sama-sama kita muhasabah diri. 😊

Jadi, ingat ini
"Usahlah kerana nila yang setitik, merosakkan susu sebelanga.  Berfikirlah sebelum menaip dan publishkan sesuatu yang terulit di dalam minda."
"Kesilapan yang sedikit, pasti meninggalkan ingatan dan kesan yang berpanjangan lagi berkekalan".
Gunakan akal tanpa menurut hawa nafsu melulu. Berhati-hatilah berkongsi apa sahaja dilaman sosial yang ada... 
"Hati-hati juga bila buat status atau berkata-kata. Jangan sampai memperlekehkan hukum agama pula... Tak tahu, lebih baik diam sahaja".  
Hati-hatilah pada status yang semua orang membaca. Jangan sampai nanti menimbulkan fitnah pula.  Jangan sampai orang berkata-kata.  Dan membuat pelbagai telahan dan tohmahan pula.
Ingat pesanan ini...
"Yang membaca ada yang suka mengadu domba. Tak fikir dosa dan pahala. Tak fikir sebenarnya kita semua sama sahaja. Tak lepas dari salah dan alpa".
Berfikirlah sebelum publish. Berfikirlah sebelum mengeluarkan kata² agar tidak mengaibkan sesiapa dan sampai hilang hormat orang kepada kita juga tidak mengguris hati sesiapa... Dan tidak menimbulkan sengketa... Dan tak dikatakan hilang akal pula... Jumpa berdepan bukan hentam mengaibkan di khalayak ramai mahupun dalam kumpulan.
"Berhati² sebelum publish, share sesuatu. Kaji dan selidik dahulu susur galurnya betul ke tidak. Hadithnya, soheh ke tidak. Ejaan ayat Al-Quran / hadith, betul ke tidak. Jangan pakai share je buta tuli. Nak² lg perkara berkaitan aqidah, hukum & fatwa. Takut kita terviral benda yg salah. Tak pasal mendapat saham dosa atas kesilap fahaman pembaca yg menerima berita atau info".
Berfikirlah sebelum paparkan tulisan kita dan berkata² bukan mengikut hasutan atau perasaan. Berfikirlah! 


Silakan
KOMEN || LIKE || SHARE √

Salam sayang 😍
Cikgu iEta
Whatsapp : +60192586141
Blogger Motivator Minda Niaga
FB : Cikgu iEta
FbPage : Kisah Cikgu iEta
IG : Cikgu iEta
Twitter : Cikgu iEta
Minisite : Cikgu iEta
You Tube : Cikgu iEta
Formula Sihat Wanita

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....