26 August 2014

Manfaatkan medium sosial yang ada



As salam. "Manfaatkan medium sosial yang ada". Anda ada medium sosial?Manfaatkanlah medium sosial yang ada. Kenapa agaknya ya sedemikian tajuknya? Sebenarnya semalam baru saya on facebook saya seketika melalui PC. Terkejut saya diam tak diam, hingga 25/8/2014 jam 1.33 petang, ada 1,374 rakan-rakan yang sudi menjadi rakan alam maya saya di facebook berkongsi cerita, idea dan segalanya di situ. walaupun ramai stalker. Manakala followers blog pula baru ada seramai 1230 followers. Google + pula seramai 1,389 followers|1,355,029 views walaupun ramai silent reader. Taklah hebat mana... Ramai lagi blogger yang hebat-hebat dari saya. Tapi ia cukup memberi impak yang besar buat saya sebagai seorang guru, usahawan dan juga blogger.


Manfaatkan medium sosial yang ada, Advertorial, cara meningkatkan traffik blog, IKLAN JANA WANG ONLINE, PROMOTE BLOGGER, REVIEW BLOG BLOGGER, facebook, Google +, Blog ieta, Dunia Niaga ieta, Blogshop Dunia Niaga ieta merupakan medium niaga online, instagram, twitter, ummaland, media sosial, Linkedin
Manfaatkan medium sosial yang ada... Usah dicemari dengan perkara yang merosakkan jiwa dan bangsa.

Saya adalah seorang isteri, ibu, guru, student PJJ, blogger dan berniaga secara sambilan. Blog Kisah Cikgu ieta  merupakan medium untuk saya menulis apa sahaja. Samada berbentuk ilmiah mahupun yang santai-santai. Juga menyertai kontes dan segmen anjuran blogger. Manakala Blogshop Dunia Niaga ieta pula merupakan medium niaga online saya berniaga secara kecil-kecilan dan secara sambil-sambilan sahaja. Saya juga memperdagangkan produk-produk bisnes saya itu secara langsung dengan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang sukakan produk-produk niaga saya tu.

Instagram saya belum berapa mahir begitu juga dengan twitter. Apatah lagilah Ummaland yang masih sangat baru saya sertai. Sebab itulah saya galak sekali posting apa sahaja dilaman sosial facebook saya tu. Tapi bukanlah hari-hari dan setiap saat... 

Untuk tujuan perkongsian maklumat dan pembelajaran, boleh follow saya di Linkedin ataupun di slideshare saya.

Manfaatkan medium sosial yang ada. Sesiapa yang ada link2 seperti di atas, boleh letak link di ruangan komen ya. Bila berkelapangan, saya tambah ke dalam link saya. Banyak manfaatnya bila kita aktif di laman-laman sosial yang ada. Ini hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi sebenarnya... Jadi, mari sama-sama kita memanfaatkan medium sosial yang ada. 

Selamat datang kepada rakan2 yang baru... Terima kasih kerana sudi add atau accept saya sebagai rakan facebook, follower blog dan semua laman sosial yang ada. 


psss...

Sudahkah anda meletakkan blog ieta ke dalam bloglist anda?

Untuk beriklan, boleh pm saya di sini ->>Ieta Mat Sa'ad.
Atau boleh kemukakan sebarang pertanyaan di sini ->>Blog ieta.
Boleh membeli pelbagai barang niaga saya di Blogshop saya ini ->>Dunia Niaga ieta.
 di Twitter dan boleh  jika entri ini bermanfaat.

Entri berkaitan : Networked Blogs



23 August 2014

Cara Mengatasi Sakit Perut

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera semua. 

Baru-baru ini ada rakan blogger bertanya saya bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut? Puas saya memikirkan apakah yang saya buat ya?

Ha... Ingat dah, bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut yang sering saya lakukan.

Pada kebiasaannya, jika saya mengalami sakit perut, saya akan ambil botol mineral, saya masukkan air panas, balut dengan towel good morning dan tuamkan ke perut saya tu. 
Cara Mengatasi Sakit Perut, Codi Cafe enak, lazat, berkhasiat, memberi tenaga, mengurangkan sakit perut
Codi Cafe, kopi ini jika diminum waktu panas juga dapat mengurangkan sakit perut.
Kemudian saya tidur meniarap. Saya letakkan bantal di bawah perut saya. Ataupun saya sapu minyak Afiat ke atas perut. Akhir sekali saya minum air Yasin.

Kebiasaannya, sakit perut ini berlaku waktu saya akan period (datang bulan) dan mengalami cirit-birit seterusnya diikuti muntah yang teruk. Gastrik juga boleh mendatangkan penyakit sakit perut yang tahap kronik sehingga boleh pengsan dibuatnya.
"Pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengelakkan mengambil pil ponstan secara kerap kerana ia akan mengakibatkan kesan dan sakit lain dikemudian hari". kata rakan blogger saya Cik Pijaz, seorang jururawat.
Tapi jika sakit perut kerana tak makan disebabkan nak berdiet... baik jangan diamalkan ya... Silap-Silap haribulan  boleh dapat gastrik pula. Sarapan pagi dan makan tengahari jangan tinggal... Kerana ia memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. 
"Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi". Utusan Melayu (M) Bhd.
Beginilah cara mengatasi sakit perut yang selalu saya amalkan. Anda ada lagi cara mengatasi sakit perut yang boleh dikongsi dengan saya? Jangan malu jangan segan... Tinggalkan cadangan anda diruangan komen di bawah ya?  Terima kasih... ^__^



18 August 2014

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....