PENGALAMAN SUAMI MASUK HOSPITAL
As salam. Rupa-rupanya sudah 2 hari saya tidak update blog. Pengalaman menjaga 5 orang anak termasuk baby yang baru 8 bulan ketika ketiadaan suami tercinta amat berharga buat saya.
Sabtu lalu, suami saya masuk hospital Kuala Lumpur di sebelah petang kerana mengalami sakit dada yang teruk. Klinik berhampiran rumah terus meminta beliau ke Hospital Kuala Lumpur. Saya yang ketika itu sedang menyusukan anak ke 5 terkedu dan air mata berlinangan. Lantaran itu, terbitlah SAJAK (sila klik) ini. Tak terluah bagaimana perasaan ketika itu dan cuba memendam rasa pilu yang amat sangat.
Port paling sesuai untuk saya melelehkan air mata ialah toilet. Pada ketika dan saat suami berada di hospital, doa sentiasa di dalam hati agar suami saya tidak terkena penyakit minor sakit jantung seperti yang doktor di klinik swasta khabarkan. Presentation kuliah subjek Mantiq pun tidak dapat saya hadiri. Alhamdulillah pensyarah amat memahami. Ujian sepatutnya telah di e-melkan kepada saya. Terima kasih cikgu Ali.
Petang Sabtu, hati meruntun-runtun ingin ke hospital melihat suami tetapi... bayangkanlahkan... bagaimana nak drive dengan anak-anak yang masih kecil dan baby yang berusia 8 bulan? Alhamdulillah juga kakak ipar yang amat saya hormati dan kasihi datang mengambil beg untuk suami saya di hospital. Sebelum maghrib, kakak ipar saya datang ke rumah memberitahu perkhabaran suami saya bukan menghidap minor sakit jantung seperti yang doktor di klinik swasta khabarkan. Sebaliknya hanya sakit muscle (otot) di dada yang terhimpit menyebabkan dadanya menjadi sakit bersangatan. Lega sedikit hati saya mendengarnya. Terima kasih kakak iparku sayang...
Malam, Alhamdulillah anak-anak tidak meragam. Mereka tidur seperti biasa walaupun anak ke 3 yang sememangnya amat manja dengan ayahnya merengek bertanya "Ibu... Bila ayah nak balik...?" Sedih hati ni. Tapi tabah... Walhalnya, sebelum tu dah laju je air mata menangis... Saya memang penyedih dan mudah mengeluarkan air mata.... Hehe... Sejak anak dah 5 ni, inilah pertama kali suami berjauhan... Sebab tu sedih giler...
Ahad 22/9/2013 perkhabaran gembira, suami boleh pulang setelah doktor pakar membuat pengesahan suami bukan menghidapi penyakit minor sakit jantung. Abah saya yang memang sudah bersedia untuk membantu saya memegang baby comel saya sewaktu saya drive datang ke rumah. Terima kasih abah.
Jam 3 petang, dengan gembiranya kami berhimpun semula... Alhamdulillah... Sesungguhnya, segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. PENGALAMAN SUAMI MASUK HOSPITAL ni membuktikan Allah itu maha Perancang kerana ketika kejadian, bukanlah hari bekerja. Tidak... susahkan nak ulang alik hantar dan ambil anak-anak ke rumah pengasuh... dan mereka pun memang tidak mahu ke rumah pengasuh jika hari cuti. Alhamdulillah segalanya telah selesai dengan mudahnya.
Terima kasih semua yang prihatin :)
Jam 3 petang, dengan gembiranya kami berhimpun semula... Alhamdulillah... Sesungguhnya, segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. PENGALAMAN SUAMI MASUK HOSPITAL ni membuktikan Allah itu maha Perancang kerana ketika kejadian, bukanlah hari bekerja. Tidak... susahkan nak ulang alik hantar dan ambil anak-anak ke rumah pengasuh... dan mereka pun memang tidak mahu ke rumah pengasuh jika hari cuti. Alhamdulillah segalanya telah selesai dengan mudahnya.
Terima kasih semua yang prihatin :)
Comments
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.
Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com