MENEGUR BIAR BERHIKMAH

MENEGUR BIAR BERHIKMAH

Berfikirlah sebelum publish, mini Giveaway, Menegur biar berhikmah, adab menegur, Cara menegur, contoh perkara mengaibkan
Menegur biar berhikmah tajuk yang ingin saya sentuh hari ini. Walaupun ini kisah lama semasa saya baru² belajar blogging namun ia tetap saya jadikan pengajaran.

Baiklah untuk hari ini, saya ingin berkongsi satu perkara iaitu menegur biar berhikmah

Bagaimana tu ya? Okay, saya ambil satu CONTOH. Saya pernah buat satu mini Giveaway pada beberapa bulan dahulu dan mini Giveaway itu telah ditaja oleh beberapa orang blogger. Salah seorang adalah pemilik Restoran Arab yang terkenal. Seorang pemilik sebuah syarikat, seorang pekerja syarikat swasta, seorang pelajar dan seorang lagi suri rumah sepenuh masa. Kesemua mereka bukanlah blogger full time dan ada yang tidak pernah menaja mana-mana segmen ataupun Giveaway termasuklah saya... Kami semua naif dalam bab-bab menjadi penaja yang diminati dan disukai ramai. Saya buat mini Giveaway tu pun, sekadar suka-suka sahaja... sempena birthday saya. So dah ada yang sudi menaja, pada saya, itu pun dah amat saya rasa bersyukur sangat-sangat. Saya tak ada masalah pun samada mereka nak promote atau tidak di dalam blog mereka mini Giveaway saya tu. Sebab saya tahu antara mereka, ada yang kurang mahir dalam berblogging mahupun menjadi penaja. Hampir ke semua penaja saya tu blogger part time. Termasuklah saya. Saya tak kisah pun.

Al-kisahnya, ada seorang blogger yang tak pernah saya kenali telah membuat sebuah entri yang kononnya menegur penaja mini Giveaway saya melalui blognya yang mengkritik penaja-penaja mini Giveaway saya. Untuk mengelakkan salah faham dan sebarang tanggapan buruk, kesemua komen beliau di dalam entri mini Giveaway saya tu. Blogger ini tidak pernah sekalipun menyatakan beliau mahu sponsor blog saya. Tetapi yang maha peliknya, beliau telah mempromosi di dalam entri blognya dan mengkritik penaja-penaja mini Giveaway saya tanpa memaklumkan atau menghubungi saya terlebih dahulu, di mana semua orang boleh baca dan dalam entrinya itu, beliau telah linkkan terus ke entri mini Giveaway saya.

Kali pertama beliau mengkritik telah saya ingatkan dalam entri beliau, apa-apa hal, maklumkan dahulu atau private message saya dahulu. Malangnya beliau tidak berbuat sedemikian. Saya tertunggu-tunggu juga private message dari beliau. Semalam, saya baru terjumpa private messagenya di dalam facebook saya dalam bahagian lain-lain. Itupun entri ke dua beliau mengkritik saya dan penaja-penaja mini Giveaway saya telahpun dipaparkan dan terdapat 5 komen di dalam entri tersebut. Saya cuba untuk komen di dalam entri itu tetapi ruang komen telah diblock. Dalam entrinya yang ke dua itu juga mempertikaikan kenapa saya tidak memilih salah sorang peserta yang tidak mengikut syarat meletakkan coding seperti yang saya arahkan untuk memudahkan peserta agar tidak perlu bersusah payah memikirkan ayat. Beliau tidak bertanya kepada saya direct tetapi sebaliknya publish terus dalam entri beliau. 

Inilah sejenis perkara negatif dan toksid di kalangan Blogger. Gemar memburukkan saya. Perkara boleh selesai cara baik hendak diperbesar-besarkan. Gila isim Blogger sengal ni rupanya.

Saya ada alasan tersendiri kenapa saya tidak memilih mereka yang menyertai giveaway saya sebagai peserta. Ramai yang tidak ikut syarat-syarat mini Giveaway tu. Sungguh tidak adil jika saya meluluskan peserta-peserta yang tidak mematuhi arahan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sedangkan ramai lagi yang telah tersenarai mampu dan sanggup akur pada arahan saya yang simple, hanya tepek coding. Tak susah manapun... Even dipautkan kepada entri mini Giveaway saya sekalipun, tetapi tidak ikut syarat... kan tak adil jika terpilih sebagai peserta sedangkan seramai 35 orang peserta lain boleh pun buat. Saya juga pernah memyertai pelbagai segmen dan Giveaway masa baru-baru berblogging dulu. Tak jadi masalah pun untuk tepek coding dan ikut arahan. Kalau tidak mahu sertai, tidak perlu buat. Mudah sahaja. Tidaklah susah payah nak add atau follow blog saya selaku penganjur dan penaja mini Giveaway saya tu.

Sejujurnya, saya tidak suka sikap masuk campur, kritik tanpa bertanya dan publish dalam laman sosial atau laman web / blog perkara yang menginggung perasaan ramai pihak yang lain dengan menyebut terang-terangan apatah lagi, linkkan terus ke blog saya. Saya tidak perlukan publisiti murahan, saya tidak perlukan sebarang entri memburuk-burukkan sesiapa untuk dilinkkan ke dalam blog saya. Saya guru agama, saya cuba ikut hukum dan yang dibenarkan oleh agama Islam. Walaupun saya guru agama, saya pun manusia biasa. Tidak lepas dari salah dan silap. Saya bukannya malaikat. Saya tidak kisah orang nak kata saya apapun, nak keji saya apa pun sebab saya tahu saya tak hebat mana. Tapi, bila orang kritik oranglain yang berkaitan dengan saya, memang saya TIDAK SUKA! Tapi baguslah tu. Fikir positif sebenarnya beliau menegur.

Berfikirlah sebelum publish, mini Giveaway, Menegur biar berhikmah, adab menegur, Cara menegur, contoh perkara mengaibkan
Begitulah sepatutnya.


Saya memang pernah beberapa kali berkunjung ke blog blogger ni, tapi semata-mata membalas kunjungan beliau ke blog naif saya ni dan mengintai jawapan kenapa beliau berbuat sedemikian. Tetapi tak jumpa pun. Sehinggalah semalam 12/11/2013 baru saya terjumpa. Itupun mengkritik penaja-penaja mini Giveaway saya dan cara saya membuat pemilihan peserta. Saya tidak pasti apa tujuan beliau berbuat demikian? Adakah berniat memburuk-burukkan saya ataupun memburuk-burukkan penaja-penaja mini Giveaway saya? 

Memang benar beliau kata menegur... Tetapi wajarkah beliau masuk campur urusan saya dan memprovokasi orang lain melalui entrinya? Nak menegur, biarlah secara privacy. Bukankah lebih baik menegur secara berhikmah? Tanyalah dahulu, selidiklah dahulu. Baru nak buat apa-apapun. Kan? Bayangkan jika anda dibuat sebegini, apa perasaan anda?



ENTRI BERKAITAN : BERFIKIRLAH SEBELUM PUBLISH

16 comments:

  1. Assalam
    Salam Wasatiyyah.
    Selamat maju jaya di dalam karier dan sebagai seorang blogger.

    ReplyDelete
  2. kadang2 bile kite menegur cara baik,ade tanggapan negatif plak..padahal niat baik..ssh sebenarnye nk fhm ati org ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menegur perlu berhikmah, tegur personally dgn cara yg bijaksana. Inshaa Allah tak susah pun... Yg tak bijaknya, tegur dalam blog atau laman sosial yg lain tanpa beritahu tuan pnya bdn yg ditegur dan publish kat awam. Terima kasih sudi berkunjung

      Delete
  3. Kita mmg x dpt nk puaskan ati semua org kan?

    ReplyDelete
  4. Panjang sungguh luahan hati... Sabarlah, be positive ya!
    Hati manusia lain2...tak dapat kita memenuhi segalanya. Buat yang terbaik dan termampu. Selebihnya berserahlah... doa dan tawakal.

    ReplyDelete
  5. moga solusi antara kedua2 pihak selesai nanti
    sokong pd BM

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah jika ruang komen blognya tidak diblock dan beliau tidak membuat lg entri ttg blog akak seperti yg telah dia buat dlm 3 entri diblognya. Terima kasih sudi berkunjung :)

      Delete
  6. Salam, terima kasih berkongsi cerita. Saya mohon agar komen saya kali ini dpt dikongsi bersama pembaca blog ieta. Semoga kita semua dapat iktibar melalui cerita di atas serta penjelasan saya. Maaf kerana ambil masa sama ada nak jawab atau tidak. Saya pilih utk jawab

    1. Saya promosikan GA ieta dari 2/9 hingga 28/9 & harap dpt buka hati sponsor utk turut sumbang 1 entri yg sama dlm blog mereka. Kenapa saya tulis begitu kerana mereka banyak promot ga/segmen lain tapi utk GA ieta; kod sudah sedia ada tinggal copy paste dan jadilah 1 entri tp tiada.
    2. Bila ieta minta saya pm pd 5/9, saya drafkan penjelasan saya pd 7/9 & pm ke fb ieta mat sa'at. Saya tunggu respon dr ieta kerana saya fikir ada baiknya jika saya dapat berkongsi dgn bakal pengendali segmen/GA serta bakal sponsor utk masa akan datang. Saya tulis di situ yg saya bercadang jdkan entri selepas tutup GA, 28/9
    3. Saya gembira bila Mommy As Blog turut promosikan GA ieta. Saya turut promot blog Mommy As dlm entri saya pd 11/9
    4. Masih tiada respon dr ieta, saya highlightkan di G+ pd 25/9. Seminggu sebelumnya saya juga ada highlightkan di komen blog tapi semua komen saya kena padam.
    5. Pd 1/11 setelah saya berkongsi tentang perlunya menukar Win XP; saya upgrade sendiri pc. Belum siap sepenuhnya kerana saya bekerja. Menaip pun hingga sekarang guna on-screen keyboard. Saya ada maklumkan pd entri 18/11 tentang masalah kotak komen yang hilang.
    6. Saya tak dpt bayangkan; saya pm penjelasan 7/9, selepas hari Malaysia saya highlightkan di komen blog, 25/9 saya highlightkan lg di G+, saya jdkan entri pd 29/9; blog/pc saya bermasalah dr 2/11 hingga 18/11; ieta baru baca draf saya pd 13/11. Tiap kali balas ieta; berulang-ulang permohonan maaf saya tulis hingga yang terakhir di shoutbox saya pd 18/11
    7. Selama ini saya hanya promot 4 segmen/GA & hanya GA ieta saja melibatkan sponsor. Draf tu saya pos sebagai entri pd 29/9 & apa yg saya tekankan ialah semangat kerjasama antara penganjur & sponsor; serta penelitian syarat bersegmen jika melibatkan sponsor. Saya tak dapat baca hati budi pembaca dalam mentafsirkan perkongsian cerita saya
    8. Saya tetap bersangka baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tak kisah... perkara ni telahpun berlaku, cumanya next time, please let me know first b4 papar entri kritik mereka yg berkaitan dgn sy. Entri EU yg 1st tu, mula2 sy baca, sy tak perasan ada unsur kritikan terhadap mereka yg terlibat. Setelah saya sedar baru sy padam semua komen EU demi menjaga hati semua pihak. Baiklah, Now, sy biarkan tulisan EU di sini, biar semua org boleh baca dan biar semua org sama2 menilai & ambil iktibar. Benda dah berlaku kan...?
      2. Buat pengetahuan EU, ke semua sponsor GA itu bukan blogger full time dan ada yg tak tahu kaedah sponsor. Terutamanya saya. Pada sy, org dah sudi sponsor tu dah syukur Alhamdulillah... nak buat entri promotion atau tidak, terpulang... Atas kebijaksanaan masing2. Sebab itu sy tak kisah bab promotion tu (dulu la...)
      3. Blogger Mommy memang dah buat entri GA tu sebelum EU buat entri promote merangkap kritik sponsor Mini GA sy scr online dlm blog EU... cuma beliau nak publish pd hr birthday beliau. So, bukan disebabkan EU beliau buat entri promotion.
      4. Sy tidak respon kerana sy tak suka buang masa fikir hal remeh temeh sebegitu. Dan buat makluman EU juga, sy bukan full time blogger dan 24 hours dapat mengadap PC utk respon perkara sebegini.Sebab itulah saya dah cakap, sila berurusan direct dgn sy, tak perlu EU nak komen sy dan mereka yg berkaitan dgn sy dlm blog EU. Itu sudah mengaibkan semua yg terlibat. Honestly, sy tak suka lah cara begini. Dan saya tak minta pun mini GA sy dipromote oleh EU. Itupun tanpa pengetahuan sy dari mula. Kan sy dah beritahu, dlm entri Mini GA tu, nak jadi sponsor, inform sy?
      SEBENARNYA, SAYA ADA PERANCANGAN LAIN UTK SPONSOR TAPI BILA JADI BEGINI, SY DAH JADI MALAS. Takpelah, perkara sudah pun berlaku.
      5. Ok, sy pun pernah mengalami kotak komen sy hilang. Itu perkara biasa. Baru sy perasan EU pun problem sama dgn sy juga.
      6. Buat pengetahuan EU, private mesej EU memang masuk ke dlm inbox saya TETAPI tidak diruang yg selalu sy mudah baca pm, masuk ke ruang OTHERS. Saya baru tahu ruang others tu wujud pada 12/11. Keesokan harinya baru sy tergerak hati buka ruang tersebut. Buat pengetahuan EU juga, sy MEMANG JARANG ONLINE. Diulangi, sy tak banyak masa duduk depan PC 24 hours. Buka fb by fon selalu problem. That's why sy jarang online.Sy guru, menyalahi etika on9 waktu bekerja. Ruang shoutbox telah saya padam sebab memang sy juga selalu terlepas pandang utk melihat ruang shoutbox. Maaf.
      7. Baiklah, sy dah faham niat suci murni EU tu, tapi...Sila jgn ulangi lagi perkara sebegini. Hormati hak org lain. Terima kasih atas keprihatinan EU.
      Ini semua pengajaran buat saya dan kita perlu sentiasa bersangka baik. Dah, 0-0 :)

      Delete
  7. Inilah realiti penulisan kak...ada yang terlajak laris...macam tu lah jadinya...apa pun...akak sabar....sebab yg berlaku...menjadi akak lebih bersemangat....dan mampu menjdikan kita kenal siapa kita sebenar...love u kak ieta...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...