Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta hasil dari perbualan di whatsapp group bberapa hari lalu. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya... Jadi saya ingin berkongsi dengan yang belum tahu lagi. Boleh kan? :D
Sebelum itu... nampak tak gambar di atas? Haa... itu adalah gambar mileage bar beserta resit pembelian minyak kereta yang saya beli bertarikh 7/10/2014 jam 8.11 pagi dan resit bertarikh 13/10/2014 di salah sebuah stesyen minyak di Kuala Lumpur, jam 5.59 petang sebelum pulang dari bekerja.
Pada 7/10/2014 tu, minyak hanya ada 2 bar sahaja. Cuma waktu ini saya isi di waktu petang. Di stesyen minyak yang sama. Dengan RM50.00 sahaja, tangki minyak kereta saya penuh.
Lepas hulur duit dan minta resit, saya ambil kembali kad MESRA saya dan terus isi minyak. Silap saya just beri duit dan terus isi. Tak pula nak argue. Nak balik cepat ke rumah... Malas gaduh-gaduh ni... Buruk reputasi, jatuh kredebiliti nanti.Semasa start enjin, saya nampak perbezaan ketara di dashboard mileage kurang 1 bar bermakna minyak tidak penuh seperti biasa sebelum harga minyak naik pada malam Jumaat lalu. Manalah tahu nak kena tipu... Silap saya lah juga agaknya ni kan... tidak pergi berjumpa pengurus pam minyak terus. Lagipun mahu segera pulang... dah lewat...
Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta seperti yang tertera di status kawan saya di atas, bermaksud jika anda mahu mengisi minyak, beritahu kepada cashier "saya nak isi 22 liter..." beritahu berapa liter ya, bukan just bayar duit dan cakap "saya nak isi RM50". memang ditipu hidup-hidup dan memang tak penuh-penuhlah tangki minyak anda. Lepas ni cuba try test Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta ini ya. Selamat mencuba... ^__^
Bagus rakan saya ni, Ustazah Nur Hazirah sudi berkongsi tips yang bermanfaat untuk semua. Terima kasih Zirah... ^__^ |
Update : Isi minyak 23/10/2014. Jam 11.42 malam. 2 bar sahaja yang tinggal. Sebut "Nak isi 26 liter". Harga RM56.76. Tetap tak penuh pun... Isi malam ni.... Bukan isi waktu tengahari pun... |
boleh guna pakai..
ReplyDeleteTernyata benar Mar. Sy dah cuba kelmarin :)
DeleteNampak tak gambar di atas? part perenggan kedua tu..
ReplyDeletetak Nampak lah..takde gambar pon
Akak dah betulkan. Trm kasih ya Akashah:)
Deletebetul....ramai yg byr RM46 untuk 20 liter.
ReplyDeleteBetul tu Ewan :)
DeleteIsi 20 ringgit dapat 8.656 liter.. tak tepat kalau gi isi plak tempat lain.. lepas ni mmg nak isi ikut liter..
ReplyDeleteSila cuba ya Amir :)
DeleteGambar kt blog kak ieta problem lagi yeh? sbb gambar yf first tu kluar.. kluar link je..
ReplyDeleteMungkin sbb guna size xtra large kot. Akak dah betulkan. Trm kasih ya Amir :)
Deletedah lama isi cara ni.
ReplyDeletetetapi kekadang..bayar gak rm59 terus. haha
Saya baru tau. hehe
DeletePerkongsian anda memang baik..ilmu baru buat saya..salam perkenalan
ReplyDeleteTerima kasih Norwina. Moga bermanfaat. Selamat berkenalan juga :)
DeleteBoleh diterima akal logik!
ReplyDeleteAssalammualaikum...ieta,
ReplyDeleteterima kasih ieta ... perkongsian nie... lepas cuba amalkan...
mselim3
pls: bagus kongsi 'general knowledge" macam nie..
Sama2 MSelim :)
DeleteTerima kasih.
ReplyDeleteBoleh diamalkan bila balik Malaysia nanti ^^
Sama2 Iqbal^__^
DeleteAlhamdulillah.. kami tak pernh kena la sbb isi kt stesen pam yg sama je... dan satu lagi, elakkan isi minyak ketika enjin panas, dan waktu tgh hari... sebabnya waktu tu byk karbon dan angin... sebb tu kdg2 isi 50 tapi tak penuh.. sekadar perkongsian pengalaman...
ReplyDeleteBetul tu Maria tp yg trbaru ni isi waktu mlm. Kat tpt yg sama. Isi by liter pun tak penuh gak. Tak pe lh, try tgk mcmna :)
Delete