Rotan anak bakal kesalahan jenayah
Gambar sekadar hiasan yang wajar dijadikan renungan. |
"Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka".
"Letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh orang yang khidmat bagimu".
"Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.
Rotan anak bakal kesalahan jenayah : Terpulang kepada ibu bapalah bagaimana mahu mendidik anak-anak mereka |
Tentang merotan dan memukul anak, saya amat-amat bersyukur dahulu saya dipukul oleh abah dan arwah emak saya kerana kini saya menjadi manusia yang berkhidmat untuk anak dan bangsa saya. Walaupun anak-anak murid saya ramai yang manja, mereka tetap hormatkan saya. Nak tahu? Saya di sekolah bawa kayu pembaris tebal... bukan nak merotan tapi nak ketuk meja bila mereka bising. Sakit tekak kan menjerit suruh diam. Rotan bukan penyelesai masalah kebisingan ^__^
Usah nanti anak menjadi seperti gambar di kanan ya nanti... Kredit gambar kepada Jakpo. |
Pengalaman saya dipukul dengan besi lembut yang berpintal oleh abah saya disebabkan kenakalan saya membeli-belah sewaktu darjah tiga dengan membelanjakan wang RM100.00 yang abah saya beri untuk membeli buku menjadikan saya seorang yang berhati-hati ketika berbelanja. Dahsyat tak? Pukul anak dengan besi tu... hehe
Lagi satu kan, abah saya memang garang giler dulu-dulu... Pantang buat salah sikit, kena libaslah dengan tali pinggang. Haaa... hamek ko... Mana-mana anak yang mengadu cikgu marah atau denda... siaplah kena marah balik kami ni. Silap haribulan, ditambahnya dengan libasan tali pinggang. Saya tak pernah kena. Selalu kena bebel sahaja. Yang selalu kena adik saya yang lelaki nombor tiga tu. Apa tidaknya... Kuat menyakat adik-adik yang lain... Di sekolah buat perangai pula tak mahu masuk kelas. Takut dengan cikgu ke apa entah masalah beliau waktu itu. Tidak ingat saya. Macam-macam... Berbiratlah badan... (Arwah sudah adik lelaki saya ni). Tapi kami tak pernah pun buat report polis. Sebab kami hormat abah dan arwah emak kami. Kami sayang abah dan arwah emak kami. Tak pernah pun saya mengadu kepada orang awam kami dilibas... Berkat kena libas, kami menjadi manusia yang berjaya. Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat.
"Had angkat tangan ketika merotan
Jangan melebihi paras ketiak. Umpama kepit buku di ketiak.. Jangan jatuh buku tu masa angkat tangan.. Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jangan sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka." Sumber
Anak-anak, hormatilah ibu bapa dan sayangilah kedua mereka. Patuhilah nasihat ibu ayah kalian demi masa hadapan.
Utusan Malaysia 3/2/2015 |
Nasihat saya : "Buat mereka yang gemar membuat kenyataan, gemar menulis dan menyebarkan perkara-perkara yang mudah menjadi isu, berhati-hatilah dalam membuat sebarang kenyataan lebih-lebih lagi perkara berkaitan amalan sunnah mahupun berkaitan aqidah. Tulisan dan kenyataan anda juga boleh menjerumus kepada jatuhnya aqidah. Tolong jangan sekali-kali perlekeh, pertikai dan mempersendakan perkara yang sudah menjadi sunnah atau amalan berpaksikan aqidah. Wa imma anda siapa pun. Berhati-hati ya..." :)
Saya setuju dengan kata-kata blogger jiwarosak dot com ini. |
Rotan anak bakal kesalahan jenayah. Undang-undang manusia tidak kekal dan sentiasa berubah-ubah. Sewajarnya dalam menangani perkara ini, rujuklah Al-Quran dan Hadis peninggalan Nabi Muhammad S.A.W yang memang menggalakkan memukul dan merotan mengikut tertib yang saya telah nyatakan. Rotan anak bakal kesalahan jenayah jika merotan dan memukul bagai dirasuk syaitan tak ingatkan tuhan. Ini pendapat saya. Apa pula pendapat anda?
Rotan tiada, hanger pun berguna kan? |
Ea lah.. Rotan dgn amarah mmg satu jenayah... Jika rotan secara mendidik itulah sunnah...
ReplyDeletebenar tu Maria :)
DeleteIKUT JE APA AGAMA AJAR :D
ReplyDeleteBenar tu Syira :)
DeleteNiat rotan bukan nak menghukum tpi untuk mendidik.. tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu perlahan..
ReplyDeleteHensem mamat kat atas tuh hahaha
ha ah memang pun. hehe...
Deletesetuju, tujuan mendidik... bila dh akhir zaman ni, yg bijak jadi bodoh, yg bodoh jadi bijak..
ReplyDeleteNilh namanya Islam Jahil
Ups sabar2... Usah salahkan Islam... :)
Deleteemmmm undang2 yg nak dikenalkan ni kenapa yer? apa reason dia? sebab ikut undang2 Sweden tu ker? takleh rotan anak... kami adik beradik ada 8 orang... walau bapa kami merokok tak seorang pun anak2nya yang mengikut sebab didikan berotan oleh ibu saya... kalau sikit2 ibu bapa dipenjarakan... siapakah yang akan memelihara anak2 tersebut? Jabatan Kebajikan ker? mampu ker?
ReplyDeleteSalam kenal dan salam singgah
Baru nak di bawa ke parlimen. Harapan saya, mereka yg berkaitan kaji dgn lebih teliti agar tidak mencampuri urusan parents mendidik anak2. Terlalu mengikut telunjuk Barat memang membawa kepada kehancuran. Gejala sosial sekarang ni pun dah makin teruk. Ditambah dgn isu ni, makin buruk nantinya.
Deletehak ibubapa semacam nak disekat
ReplyDeleteBegitulah kiranya :)
Deletetak faham kenapa sampai jadi kesalahan jenayah.
ReplyDeleteRotan yg mencederakan dan melukakan hingga maut. Itulah yg dikatakan jenayah. Back to Islam, Sunnah dan quran kan mudah... mcm2... :)
DeleteBetul kak ieta Rotan secara mendidik itu kan perkara baik cuma harus ikut sunnah dan jangan di pukul ikut hati kan kak ieta hehe
ReplyDeleteyeap betul tu Eyfa :)
DeleteMacam2 ... Suka buat ikut suka dia orang jer ...
ReplyDeleteGitulah kira2nya :)
DeleteDalam Islam pun ada tatacara merotan. Idak la dengar lagi sampai koma kalau kena.
ReplyDeleteItu didikan yang diajar kepada kita...cuma jgn manja sangat dan jgn over sgt merotan sudah la.
Fokus utama ialah mendidik.