Resipi Ayam Goreng Halia Cili Benggala.
 |
Sedap juga. Bolehlah... Asal jadi lauk sudah... Anak sulung tidak sabar nak makan. Dicedoknya sendiri, bersepah tepi... ^__^ |
Sebenarnya hari ini saya ingin memasak Ayam goreng halia tetapi, disebabkan terkisar sekali cili benggala merah maka jadilah hari ini masak Ayam goreng Halia Cili Benggala. Apa pun, asal ada lauk maka sudah cukup bersyukur rasanya.
Tanpa membuang masa mari kita lihat bahan-bahan Ayam Goreng Halia Cili Benggala resepi sempoi saya.
Bahan-bahan Ayam Goreng Halia Cili Benggala :
- Bawang besar 7 biji.
- Bawang putih 10 ulas.
- Cili Benggala separuh.
- Halia 2 inci.
- Ubi kentang potong ikut suka hati.
- Garam secukup rasa.
- Gula secubit.
- Air asam jawa.
- 2 mangkuk air.
 |
Air asam jawa memang wajib masuk ya jika masak goreng halia apa sahaja. |
Cara memasak Ayam Goreng Halia Cili Benggala :
- Kisar separuh halus bahan 1 sehingga 4.
- Racik suku halia.
- Mayang 2 labu bawang besar.
- Goreng dan toskan ubi kentang.
- Gorengkan ayam separuh masak dan toskan.
- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga masak.
- Masukkan ayam dan kentang, kacau sebatikan dalam beberapa minit.
- Akhir sekali, masukkan bawang yang telah dimayang, air asam jawa, garam dan gula.
- Kacau sebentar.
- Tutup api, Siap.
 |
Tumis hingga agak garing ya. |
 |
Masukkan ayam. |
 |
Masukkan kentang dan kacau sebatikan ya. |
Haaa.... Di bawah ini, lauk kami sekeluarga tengahari tadi. Ayam goreng Halia Cili Benggala, Kailan tumis air telur dan Telur dadar. Alhamdulillah... Sempoi tapi puas hati.
 |
Ayam goreng Halia Cili Benggala |
 |
Kailan tumis air telur |
 |
Telur dadar |
Resepi Ayam Goreng Halia Cili Benggala ini m
udah sahajakan? Disebabkan saya saja suka-suka sahaja berkongsi resepi ini maka harap maaflah ya jika paparan gambar kurang memuaskan. Bukan pakar masakan saya ni. Bila-bila cubalah ya Resepi Ayam Goreng Halia Cili Benggala ini ^___^