21 August 2025

KES WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN

KES WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN (2013)

Beta akan kongsikan satu persatu kes jenayah buli dan bunuh di Malaysia yang tular menurut pandangan dan pengalaman peribadi beta sendiri mangsa jenayah sihir tradisional, self help spiritual NLP dan hipnosis (pukau), jenayah cyberbully, body shaming, cyberwar, cyber attack kepada awam. 


KES WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN (2013), bukti kerajaan madani gagal!, kementerian dan polis juga hampeh! Buli bunuh! Justiceforwanahmadfaris, huru-hara di malaysia

KES BUNUH WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN (Sumber : Sinar Harian Online diakses pada 17/8/2025 Jam 8:20 PM dan edit, Berita Harian online diakses pada 22/8/2025 jam 9:42 AM dan edit ).


Pada 9 Disember 2013, seorang pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman berunsur 15 tahun, menjadi mangsa pembunuhan kejam. Bukan kemalangan. Bukan kecuaian diri sendiri. Tetapi jenayah bunuh.

Lebih memilukan, selepas kematiannya pada 12 Disember 2013 jam 9:30 pagi, ibu bapanya hanya dimaklumkan pada petang hari yang sama. Tiga hari penderitaan, kemudian berita kematian pun disampaikan lewat.

Jadual Kronologi Ringkas Kes Wan Ahmad Faris (E-Bantuan info diakses pada 22/8/2025 jam 9:50 AM tanpa edit).


Tarikh/TahunPeristiwa Penting
Disember 2013Wan Ahmad Faris ditemui meninggal dunia di tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas. Siasatan awal mengklasifikasikan kematiannya sebagai “Kematian Mengejut” (SDR).
Jun 2016Mahkamah Koroner Kota Bharu mengadakan inkues untuk menentukan punca kematian. Mahkamah menolak kemungkinan bunuh diri dan memutuskan kematiannya disebabkan oleh “tindakan individu tidak dikenali”.
2020Kes diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ (NFA) oleh pihak berkuasa.
Mac 2025Peguam keluarga menghantar surat rasmi kepada Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara, mendesak siasatan semula dibuka.
April 2025Keluarga mengumumkan hasrat untuk memfailkan saman sivil terhadap pihak berkuasa.
Julai 2025Keluarga Wan Ahmad Faris memfailkan saman sivil terhadap Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
23 Julai 2025Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa polis telah membuka semula siasatan. Kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Kelantan.
15 Ogos 2025Perhimpunan solidariti “Keadilan untuk Faris” diadakan di Kota Bharu, Kelantan, menuntut keadilan.
26 Ogos 2025Sebutan pertama kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dijadualkan.


SIAPA BERTANGGUNGJAWAB?

Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia ialah Najib Razak.
Ketua Polis Negara baru dilantik, Tan Sri Khalid Abu Bakar (17 Mei 2013).

Ya, kes ini berlaku dalam zaman Najib. Tetapi mari kita jelas : PM tidak turun siasat jenayah. Tanggungjawab penuh terletak pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM? Gagal.
Pegawai penyiasat? Cuai.
Polis daerah? Lemah.

Sampai hari ini, pembunuh Wan Ahmad Faris bebas berkeliaran. 


POLIS CUAI 

Sama seperti kes jenayah berat terhadap beta, sendiri buat laporan polis berkali-kali terhadap penjenayah sihir, pengikut ajaran sesat, scammer agama, motivator NLP, cyberbully — tetapi polis cuai, lambat dan bersikap sambil lewa. Jabatan agama Islam JAIS, JAWI dan kakitangan kontrak Pejabat Mufti Wilayah Persekutua pun lembam faham apa ajaran sesat.

Kes Wan Ahmad Faris bukti nyata : Polis tidak pernah serius membela mangsa rakyat biasa!

Banding Dengan Kes Lain : Zara Qairina Mahathir, pelajar SMKA berusia 13 tahun, dibuli dan dibunuh, bukti sistem pendidikan gagal!

Perunding motivasi, motivator, konsultan, coach kononnya “mendidik” motivasi pelajar dari sekolah rendah dengan aplikasi ilmu sihir pseudoscience Neuro Linguistic Programming (NLP) dan hipnosis (pukau). 

Tetapi realitinya, mereka hanya menjual ilmu sihir pseudoscience, bukannya mendidik jiwa malahan pelajar-pelajar semakin tidak berakhlaq hingga jadi kronik pembunuh membunuh!

Sama sahaja bila sistem pendidikan gagal, polis gagal, kerajaan gagal!

Mangsa? Tetap anak-anak yang tidak berdosa. Keadilan tertangguh dan dinafikan!

22/8/2025 beta baru sedar kes Allahyarham Wan Ahmad Faris di Kelantan. 

Atas alasan apa selepas hampir 12 tahun bukti forensik diabaikanselama 12 tahun ibu bapa Wan Ahmad Faris  menunggu, akhirnya mereka sendiri terpaksa saman kerajaan, ketua polis negara dan yang berkaitan, barulah kes dibuka semula! Itu pun disebabkan tekanan masyarakat dan keluarganya! 

Barulah maaf cakap, selepas keluarkan kenyataan media "60 saksi", balaci PM madani Menteri Dalam Negeri sekarang (yang hanya pandai umum depan media) kononnya arah siasatan dibuka semula. Padahal sejak awal bukti DNA, selipar, cap jari, semua sudah ada. Kenapa tunggu sampai rakyat bangkit, keluarga saman kerajaan, baru dia hendak tunjuk muka? Ini bukan keikhlasan, ini sekadar cuci tangan. 

Bila melibatkan VIP, cepat. Bila melibatkan anak rakyat biasa kerajaan senyap! 


AMARAN "JANGAN POLITIKKAN KES". 

Atas alasan apa main ugut-ugut rakyat pula? Ewah-ewah, menteri KPM mempolitikkan dan ahli-ahli politik terlibat arah senyap apabila kami rakyat bersuara berkaitan kes jenayah buli dan bunuh tidak pula sibuk beri amaran?!


APA MAKNANYA INI?

Maknanya, sistem Pendidikan dan perindangan Malaysia sudah lumpuh! 

Maknanya PDRM tidak lagi boleh dipercayai untuk melindungi rakyat.

Maknanya, keadilan di Malaysia hanya untuk golongan berkepentingan.



KES BULI DAN BUNUH DI MALAYSIA :

Daripada kronologi dan wajah-wajah yang terpahat dalam hati kita rakyat Malaysia di mana-mana media sosial yang tular, 

  1. Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman : 15 tahun pelajar Tahfiz, Meninggal dunia pada 9 Disember 2013. Pihak Tahfiz hanya maklumkan pada 12/12/2013 disebelah petang. 
  2. Zulfarhan Osman Zulkarnain: Jenayah buli bunuh. Meninggal dunia pada 1 Jun 2017.
  3. Allahyarham Mohamad Adib (anggota Bomba), mangsa kuil India, arwah di tarik dari kenderaan bomba, kekejaman perebutan mereka yang gila tanah dan kuasa. Meninggal dunia 17 Disember 2018.
  4. Amirul Nashriq Othman: Meninggal dunia pada 24 Mac 2018.
  5. Zayn Rayyan Abdul Matiin: Kanak-kanak autisme. Meninggal dunia pada 6 Disember 2023 hingga saat ini perbicaraan berlangsung membuang masa ramai beralih pula kepada kes-kes bunuh yang lain.
  6. Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.​ Meninggal dunia pada 15 Disember 2023 berhampiran sekolahnya akibat anggota polis. Keputusan bicara masih belum diketahui sebab pembunuhnya polis!
  7. ​Kes pertama beta bongkar, kes buli bunuh almarhumah anakanda Zara Qairina Binti Mahathir (Sila tekan untuk baca). 
  8. Syamsul Haris Shamsudin: Meninggal dunia pada 28 Julai 2025.

SIAPA YANG DIBUNUH?

Yang dibunuh ini semuanya anak-anak orang Islam! 
  1. Semua di bawah tajuk 'Huru-hara di Malaysia' kerana ini bukan jenayah biasa-biasa boleh main cakap ikut sedap sesuka rasa hati tanpa fakta. Berani cakap, berani tanggung. Jangan biadap manipulasi kes. 
  2. Kebiadaban-kebiadaban yang berlaku membuktikan SISTEM pendidikan, keselamatan dan undang-undang kerajaan Malaysia GAGAL, mereka tidak bertanggungjawab dan hanya ambil berat kes VVIP sahaja. Kes kita rakyat marhaen diambil sambil lewa!
  3. Huru-hara di Malaysia menzahirkan tidak berakalnya pihak berkuasa menangani kes jenayah di Malaysia terutamanya kes melibatkan anak-anak rakyat marhaen.
  4. Hati-hatilah yang komen "Allah tak pernah tidur". Jatuh syirik menyamakan Allah SWT seperti manusia. 
  5. Atas alasan apakah SISTEM yang gagal ini rakyat Malaysia masih sokong?
  6. Atas alasan apa polis-polis pemalas di Kelantan, pengusaha tahfiz dan pekerja Tahfiz yang sudah gila isim barangkali, buat kepada anak ini hingga sedemikian zalim kurang ajar dilakukan terhadapnya?!
  7. Atas alasan apa daripada tahun 2013 sampai sekarang tahun 2025 kes jenayah buli dan pembunuhan ini tidak selesai-selesai lagi?!
  8. Atas alasan apa memandai-mandai kurang ajar pula fitnah pelajar Tahfiz ini berhalusinasi dan kerasukan jin!  
  9. Polis dan menteri, semua yang terlibat pada tahun 2013 sehingga 2024 makan gaji butakah hingga tidak tahu siasat betul-betul?!
  10. Punyalah lama! Daripada 9/12/2013 sehingga 12/12/2013 jam 9:30 pagi takkan seorang pun warga Tahfiz tidak tahu keadaan mangsa ni bagaimana, petang baru pihak Tahfiz maklumkan kepada Ibu bapa mangsa. Sorok pembulian dan pembunuhan?
  11. Atas alasan apa polis cuai tidak semak rekod panggilan, simkad dihilangkan di Tahfiz lagi tetapi polis tidak berusaha langsung menyiasat!
  12. Atas alasan apa bodohnya polis Kelantan tidak siasat pengurus Tahfiz dan orang-orang di dalam Tahfiz?!!
  13. Atas alasan apa polis Kelantan tiada tindakan siasatan lengkap sudah bertahun-tahun DNA yang terdapat di kain pelikat?! 
  14. Atas alasan apa rekod panggilan, pengetua Tahfiz dan pakcik asrama Tahfiz tidak disiasat?!
  15. Atas alasan apa lembap sungguh polis pun! Ini pun beta hendak ajar?! Beta bukan polis tetapi nampaknya seperti beta lebih cerdik daripada polis dan menteri KPM. Apa hendak jadi ni?


KES JENAYAH BERAT KE ATAS BETA 

  1. Di Malaysia, ramai dari Kelantan dan Johor yang musnah akhlaqnya. Bukti boleh lihat laporan polis beta pin post di facebook majoriti dari dua negeri utama itu. Selebihnya daripada Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka. Negeri lain pun ada. Bukan tiada. Yang ramai adalah daripada dua negeri itu.
  2. Tentang polis, di Kuala Lumpur dan Selangor pun ramai polis pemalas, lembap bertindak dan terima aduan sambil lewa. 
  3. Tidak, kes beta lama sudah selesai. Asbab polis-polis tidak beretika termasuk special branch (SB) mengganggu kes, kes beta tidak selesai-selesai. 
  4. Termasuk polis daerah Kubang Kerian, MAIK bahagian receptionist dan JAHAEIK penguatkuasa bahagian siasatan, mereka buat kerja sambil lewa! 
  5. Jelas sungguh kebodohan penguatkuasa bahagian siasatan JAHAEIK, receptionist MAIK hinggalah ke balai polis daerah Kubang Kerian Kelantan, dan Selangor. 
  6. Bukit Aman sendiri maklumkan, SB dan yang kontak Puan tu semuanya scammer. Tidak, takkan sampai sekarang kes Puan tidak selesai-selesai lagi?
  7. Jadi atas saranan polis di Bukit Aman dan suami beta, beta pin post laporan polis di fb, TikTok dan IG. 


KESIMPULAN

Kes bunuh Wan Ahmad Faris bukan sekadar satu kes terpencil. Ia cermin rosaknya sistem penguatkuasaan undang-undang kita.

Mangsa mati. Keluarga merana. Pembunuh bebas.
Polis cuai. Kerajaan lepas tangan.

Keadilan yang tertangguh, keadilan yang dinafikan.

Dan kita semua wajib ingat, sistem manusia boleh menipu, tetapi Allah Maha Mengetahui. Hari Pembalasan itu pasti.

KES WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN (2013), bukti jentera kerajaan terutamanya polis dan menteri KPM, pimpinan kerajaan Malaysia, perunding-perunding motivasi, peguambela peguamcara, penceramah bebas, pengacara bebas, motivator, konsultan, fasilitator Malaysia yang telah jenayah siber beta gagal!

NAMA PENA :
Puteri Nur Cahaya | Cikgu ieta | YM Tuanku Nur Inayah Deraoh Remaniyyah Thoyyibiyyah Uhudiyyah Mursyidiyyah Mu'tashim Billah Alwaniyyah.

WARIS & KETURUNAN :
- Deraoh @ Lebei Tayal (moyang ayahanda keturunan Abasiyyah)
- Taib (moyang bonda keturunan Rasulullah ﷺ, Hadhramaut, Yemen).
- Nasab Ahlul Bayt — generasi ke-57, jalur Sayyidina Hassan & Hussain.
- Cicit Merong Mahawangsa • Cicit Raja Jembal • Cicit Mahsuri (Gen-7) • Majapahit • Pagaruyung • Bugis Sulawesi • Johor - Lingga -Riau • Kesultanan Kedah • Nusantara.
- Rujukan penuh salasilah & bukti disimpan dalam dokumen rasmi.

KERJAYA  :
- Mantan Guru JAIS, Penolong guru besar SRIP, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JAWI.
- Mantan Motivator & Social Media Speaker, Digital Marketing Coach.
- Penulis Lifestyle Blogger & suri rumah sepenuh masa (1/3/2022).

PERJUANGAN :
- Mangsa ritual sihir, hipnosis pukau & ajaran sesat 24 tahun.
- Mangsa kezaliman JMB, admin, dan ahli komuniti di residensi.
- Saksi hidup ajaran sesat tradisional & moden, gangster (samseng, mafia, militan) di Malaysia & 
- Saksi hidup kezaliman JMB, admin, dan ahli komuniti di residensi.
- Dedah sejarah moyang dipalsukan.
- Repot polis di pinned post FB & laman sosial lain.

PEMULIHAN & KESAN :
Alhamdulillah dengan izin Allah, setiap ujian ada hikmahnya.
Beta terus gerak, kembali menjalani kehidupan seperti biasa, dengan sokongan suami tercinta.








#JusticeForPuteriNurCahaya 
#cicitmerongmahawangsa 
#cicitrajajembal 
#cicitmahsurigen7 
#ahlulbaytgen57



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex motivator, Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 29/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....