![]() |
| Gambar bilik bersalin ehsan google |
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts
08 January 2015
24 February 2013
Petua menghilangkan rasa marah
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Biasalah kan saya ni... suka sangat share dari dinding muka buku saya... Manalah tahu... kot-kot le ada yang tak pernah jumpa kat tempat lain... Jadi, saya dengan rendah dirinya suka hati sangat-sangat nak share dari group facebook saya HIDUP MESTI HAPPY WALAU SEDANG DIUJI yang dipost oleh rakan group saya Salmiah Saad tentang Petua menghilangkan rasa marah. Manalah tahu kan... entah-entahnya esok lusa saya meninggal, sekurang-kurangnya... ada jugalah sedikit kebaikan yang boleh saya bawa sebagai bekalan di akhirat nanti walau saya ni bukanlah baik sesangat. Jangan marah ha...
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
| marah le... nanti keluar asap kat telinga macam kartun ni. hehe |
TAJUK : Petua menghilangkan rasa marah
1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.
1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.
2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan jikalau anda dlm keadaan marah (tak caya cuba tengok cermin).
6.Apabila datang marah, banyakkan membawa Ta'awwuz (أَعُوذُ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah.
7.Ini cara yang agak efektif, TIDUR. Kalau anda rasa nak marah, marah lepas bangun dari tidur. Mesti tak jadi nak marah.
8.Apabila marah sedang memuncak (yang ni confirm tak boleh bawak tidur), ambil wudhuk kerana wudhuk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
9.Yang paling penting, tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lembut dan kasih sayang.
10.Akhir sekali, banyakkan bersedekah. Kita mulakan pada hari ini. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, memadailah dengan memberi salam dan melemparkan senyuman. InsyaAllah wajah akan berseri, kita akan lebih disayangi dan dipermudahkan segala urusan.
:: SEMOGA MEMBERI MANFAAT ::
by: Rindu menjemputku kembali ya allah
Note : Membiarkan kuasa Allah menentukan segalanya :)
Note : Membiarkan kuasa Allah menentukan segalanya :)
20 November 2012
BSP OH BSP...
Tahukah anda apakah itu BSP? Ia adalah singkatan daripada ayat Blood Sugar Pressure. Hari ini daku nak berceloteh tentang BSP. Hari ini adalah kali yang ke lima BSPku di check oleh Nurse di Klinik Kesihatan yang selalu daku membuat monthly / weekly medical checkup... Klinik Kerajaan je... Memang penat... Penat menunggu bilamana orang ramai. Tapi masa nak cucuk dijari untuk darah diambil tu, sekejap je... Menunggunya je yang lama....
Sebenarnya, belum pernah dalam sejarah hidupku kena diabeties. Kali ni pula daku disyaki ada diabetis. Faktornya ialah parents daku adalah pengidap diabeties. Faktor keturunanlah tu kan... Nak buat camana... Kontrol kabohidrat & kurangkanlah gula dalam makanan dan minuman. Ini pesanan Nurse dan doktor yang merawatku.
Nak tahu macamana BSP diambil?
Mula-mula salah satu jari disapu antiseptic, kemudian alat seperti di bawah ni ditekan ke jari.
ataupun sebegini
(Nurse di klinik tak pakai sarung tangan pun...).
Maka terhasillah keputusannya seperti di bawah ini
ataupun sebegini >> 
Walaupun nurse yang incharge kes diabeties dah ajar aku diet bagi pesakit ini namun, hari ini barulah kutahu bahawasanya, pengidap diabetis boleh je makan nasi. Cumanya dalam kuantiti yang sedikit iaitu sesenduk atau suku pinggan sahaja nasinya. Lebihkan sayuran. Kertas diet yang nurse beri ntah ke mana letak tak tahulah daku.... Kawan-kawan pun bagitau masa nak check BSP, JANGAN MAKAN NASI... Sampai takut daku nak makan nasi... huhuhu....
Sebab apa daku menulis sebegini? Kerana pagi tadi, daku tak makan apa pun kecuali biskut Jacob yang original tu 6 keping dengan air masak semata. Tapi.... pukul 10.00 pagi BSPku naik... 8.2 tuh.... sedangkan pada jam 8.00 pagi tadi 5.1 je... Than oleh kerna kelaparan menggila yang melanda diriku, daku makanlah nasi... sesuku pinggan, ulam raja 3 tangkai dengan ikan cencaru belah belakang (ingat nak makan sup tulang tapi kedai tu tak masak lagi, so hantam sajalah... asalkan perut terisi makanan...) airnya? air limau suam kurang gula. Nak tau keputusan BSPku jam 2 petang hari ni? Haha... Syukur 4.8 sahaja. Lega hatiku nih.... Nurse pun seronok lihat keputusanku tu tadi katanya "Bagus2... makan nasi, jangan tak makan. Makan nasi sesenduk ja, jangan lebih-lebih... Lainkali, bukan hari nak check BSP sahaja kontrol makan. Sebelum2 tu lagi dah sepatutnya kontrol makan". Ya tak ya jugak ya.... malam tadi daku makan pop corn melambak2 dengan cup corn manalahnya tak naik BSPku.... dahtu pagi tadi ada sesuatu yang merunsingkan kepala otakku, tulah yang lagi tinggi giler BSP ku tu... Pukul 8.00 malam nanti, kena check buat kali ke 4 hari ini.
So, amalkan diet yang sihat untuk BSP yang sihat. Jika boleh, amalkan pemakanan berpandukan pyramid pemakanan bagi pesakit diabeties di bawah ini
Ni untuk makan tengahari
ataupun macamni...
ataupun macamni...
ataupun semangkuk salad...yummi...sedapnya....
Yang ni pun boleh tapi, rebus2 je tau...
Ku mendambakan yang ni... kalau dapat hari-hari makan yang ni pun takpe....hehe...
Kalau takmo BSP meningkat, silalah usah amalkan yang ni...
& yang ni semua...
Boleh nak makan...tapi usahlah over2...
huhuhu...icecream kegemaranku.... Sobar je lah...
Kerana risiko diabeties ialah, selanjutnya boleh baca di laman sesawang
ini >> http://www.izieherb.net/kencingmanis.htm
yang ni >> http://female.kompas.com/read/2011/11/05/06532348/Diabetes.Kehamilan.dan.Risikonya.pada.Bayi
ini >> http://www.izieherb.net/kencingmanis.htm
dan yang ni >> http://bayi-ibu.com/kencing-manis-semasa-hamil/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
Atas permintaan, saya nak postkan entri tentang "Panduan Solat Sunat Istikharah" Cara Nabi S.A.W yang saya ambil dari blog Enc...
-
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali ...
-
SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Permintaan rakan blogger untuk say...
