Teks khutbah Tuan Guru Nik Aziz pada 21/3/08 di Masjid Yayasan al-Bukhari.

"Kita baru meyambut kelahiran Nabi Muhammad kelmarin, dan suasana maulid masih lagi sampai hari ini, ada perkara yang saya nak sebut. Isti'adat menyambut maulud, baru timbul lepas daripada lebih kurang 300 tahun atau lepas 400 tahun lepas nabi kita wafat.

Zaman nabi tidak ada maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman tabi'in tidak ada maulud. Kita buat maulud ni pertamanya kerana kita nak tanding dengan orang kristian, waktu orang eropah, askar sabil menyerang Palestin, dia menduduki baitul maqdis depapun sambut perayaan jugok iaitu setiap 25 disember mereka merayakan krismas untuk meyambut kelahiran Nabi isa.

Bertahun-tahun mereka buat krismas, bertahun-tahun mereka tutup pejabat, bertahun-tahun... lumpuh habis segala kemunikasi, akhir sekali orang Islam berfikir, kalau orang kristian boleh tutup pejabat, boleh tutup segala perniagaan kerana menyambut Nabi Isa, eh.. kami pun perlu jugak buat perkara yang sama untuk sambut Nabi Muhammad s.a.w.

Maka mulalah maulid Nabi dibuat, buat daripada zaman malikussoleh sampai ke hari ini kita buat maulid, semata-mata kerana tiru orang lain. Betul ker banyak manfaat kita buat maulid sekarang ini? ker ada benda lain lagi yang lebih manfaat kalau kita buat.

Tapi saya kalau buat maulid, boleh teruskan, tapi kena reti, maulid maknanya beranak, nabi hanya beranak yang tidak ada hubung kait diantara dia, sejak dia beranak sampai dia berusia, melainkan pada 40 tahun kemudian. 40 tahun kemudian, lepas dia beranak barulah dia ada hubungkait dengan manusia kerana dia disebut rasul, disebut nabi, nabi orang yang ada berita, nabi-nabi ni orang yang ada berita dari langit.

Kita manusia walau bagaimana alim, bagaimana bijak, bagaimana pandai sekalipun, nasib kita ni... Allah taala tidak bagi wahyu kepada kita. Nabi Muhammad diberi wahyu, Nabi Muhammad bersabda: "aku dengan mu nie serupa sama-sama manusia, lebih aku daripada mu ialah, aku terima wahyu, nabi Isa terima wahyu maka dia lebih daripada orang lain, Nabi Musa terima wahyu, maka dia lebih daripada orang lain, Nabi Ibrahim terima wahyu Nabi Adam terima wahyu, maka Nabi Muhammad pada akhir zaman terima wahyu, maka jadi kewajipan orang yang terima wahyu bagi tahu kepada orang tak terima wahyu macam kita, dan menjadi kewajipan orang yang tidak terima wahyu macam kita ni taat dan dengar.

Ertinya 40 tahun kemudian daripada nabi kita lahir barulah ada hubungkait kita dengan dia. Sepatutnya kita besar-besarkan hari nuzul quran, dalam bulan ramadhan Allah taala bawak turun ayat, iqra', bismirabbikallazi khalaq..... Ini ayat pertama sebagai tali berjuntai turun daripada langit untuk menyelamatkan manusia di muka bumi, hari tu sepatutnya kita besarkan bersungguh-sungguh, hari nuzul quran kita panggil, dalam bulan ramadhan, tapi hari nabi beranak, nabi beranak tak da apa, dia ni macam budak kampung aja, tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga sampai ke tahun yang ke 40 barulah hubungkait dia dengan kita ada.. oleh yang demikian kalau kita nak besar-besarkan maulud jugak, besarkanlah tapi jangan lupa hakikat sebenar sambut nabi muhammad bukan kerana dia beranak, tapi kerana dia terima wahyu, dari wahyu tulah kita reti bendapa Allah, bendapa malaikat, bendaapa dosa pahala, bendaapa syurga, benda apa neraka dan benda apa nafsu.

Tak ada ahli sains di muka dunia boleh sebut benda apa nafsu, sedangkan nafsu bersama kita, tapi oleh kerana dia benda tak nampak nak tengak tak boleh, nak kecap dengan lidah tak boleh, nak dengar suara nafsu tak boleh, nak hidu bau nafsu tak boleh, nak jamah degan tangan tak boleh, mau tak mau kita kena bergantung dengan ajaran nabi Muhammad. Kalau mata kita ni kelabu tak boleh nak tengak jauh, kita guna alat cermin mata kita panggil , kita guna mikroskop, kita guna teropong, kalau kaki kita jalan jauh kita letih kita guna alat basikal, motosikal, motokar, kapal terbang, kalau telinga kita tak dengar sebab jauh sangat, kita guna radio, tv… kalau otak kita ni tak poleh pikir, kita guna alat, alat itu ialah Nabi, al-Nubuwwah menjadi alat bagi manusia yang cerdik, ilmu sains kita gunakan sepenuhnya untuk hidup kita, dan ilmu Nabi Muhammad kita gunakan untuk hidup kita menjadi bekal di akhirat, orang yang tak guna ilmu Nabi Muhammad, orang yang separuh jalan, masuk kubur selesai. Kalau kita pegi Mekah terpaksa bawak paspot bawak duit, melalui Tabung Haji. Nak pegi akhirat nak bawak apa ?

tak ada ahli sains yang boleh ajar kepada kita hanya Nabi Muhammad. Oleh yang demikian kelahiran Nabi muhammad bukan kerana dia lahir, tapi kerana Allah taala beri dia wahyu, 30 juzul al-quran Allah bagi kepadanya, satu per satu ayat jadi manfaat kepada kita, dalam hal akidah dia ajar kepada kita apa pegangan hidup di atas dunia , yang kita baca di dalam sembahyang “ﺇهدنا الصراط المستقيم”…(surah al-fatihah) yang wajib kita baca dalam sembahyang sunat dan fardhu hatta dalam sembahyang mayat yang tak ada rukuk, tak ada sujud, tak ada apapun, fatihah kita baca, kerana mengandungi banyak perkara termasuklah “wahai tuhan pimpinlah kami waktu hidup.”

Dalam ekonomi kami nak hat betul, betul macamana? Betul sebagaimana orang-orang yang engkau beri nikmat, nabi-nabi kamu buat ekonomi macamana, sosialnya macamana, budayanya macamana, kita laki-bini macamana, kita dengan jiran macamana, tolong ajar kepada aku (ya Allah) sebagaimana kamu ajar nabi-nabi kamu, al-siddiqin, al-syuhada dan al-solihin. Oleh yang demikian, kita nak sabut maulud boleh, tapi kita kena ingat benda yang lebih penting daripada kelahiran nabi Muhammad iaitu nuzul quran, turun quran, dalam bulan ramadhan, 17 ramadhan ataupun 7 ramadhan. Para hadirin semua insyaallah hat mana yang dah tahu dah tu, bertambah tahu lagi, hat tak tahu lagi dapat ilmu baru hari ni.

Sekian.

Comments

Popular Posts