PSIKOLOGI...PEGHHHHHH....

Salam, petang semalam saya telah selesai menjawab soalan final exam bagi sem 2, subjek Psikologi. Memang sgt2 psiko...Alhamdulillah tak migrain pala otak sy ni... Apa pun, saya amat2 bersyukur kerana , hati saya amat tenang & sentiasa tenang semasa menjawab semua soalan2 itu... Terima kasih kepada rakan saya di seksyen 3 & rakan saya di seksyen 2 yang tidak kedekut ilmu & sudi berkongsi semua ilmu yang mereka dapat..

Bacalah ye...
sejuk hati jika kita melihat sahabat2 saling bekerjasama dalam mendapat ilmu. tapi... adakah sahabat2 kita semua macam tu? ada yang tahu tapi menyembunyikan kerana mereka ini bersifat tidak mahu ada orang yang lebih pandai dari mereka, dan bersifat pentingkan diri sendiri asal lepas dia sahaja tanpa membantu kawan-kawan yang lain.

sabda Rasulullah SAW:
مَثَلُ الَّذِيْ يَتَعَّلَمُ الْعِلْمَ ثُمَّ لاَ يُحَدِّثُ بِهِ كَمَثَلِ الَّذِيْ يَكْنِزُ الْكَنْزَ فَلاَ يُنْفِقُ مِنْهُ

Perumpamaan orang yang belajar ilmu kemudian tidak menyampaikannya adalah seperti orang yang menyimpan kekayaan kemudian tidak membelanjakannya.

Jika kita menganalisa para ilmuan, akan didapati orang yang kedekut ilmu semakin hari semakin berkurang ilmu mereka. Ini kerana sikap kedekut itu bertahap-tahap merosakkan ilmu yang mereka miliki pada awalnya. Berbeza dengan orang yang bekerja keras mensedekahkan ilmu. Semakin hari ilmu mereka semakin bertambah kerana sikap bersedekah itu menggandakan ilmu mereka dengan gandaan yang besar.

wahai para sahabat, buanglah sifat pentingkan diri, kelak nanti tiada orang akan bantu kita nanti. jika kita bersifat sedemikian. wallahua'lam....
 Kata2 ni saya ambil dari rakan saya yg berlainan seksyen. Thanks a lot utk beliau...

Comments