KONSEP MASLAHAH DALAM SYARIAT DAN PERLAKSANAANNYA DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

KONSEP MASLAHAH DALAM  SYARIAT DAN PERLAKSANAANNYA DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA. Kongsikan sebagai artikel blog pada 6/10/2012. Kemaskini pada 11/12/2023.


Semasa beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta belajar di UTM Space sambil bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), beta dikehendaki buat slide dan mencari bahan sedikit untuk dibentangkan secara berkumpulan berkaitan konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat Islam di Malaysia. Subjek ini amat menarik walau pun agak berat sebenarnya. Alhamdulillah berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan oleh pensyarah secara berkumpulan. Mungkin berguna untuk generasi akan datang, beta kongsikan untuk bahan bacaan awam. 

Untuk makluman pembaca, pada 3/8/2021, Emak saudara beta, adik kandung Almarhumah Bonda beta maklumkan datuk nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. Tahun 2023 beta terjumpa gambar rajah susur galur salasilah datuk nenek moyang beta sebelah Raja Majapahit pula. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT yang mempertemukan salasilah beta yang sebenar. Cukuplah untuk diketahui oleh kami sekeluarga, beta adalah keturunan pahlawan, bangsawan DiRaja. Selesa membahasakan kata ganti nama diri sebagai beta.


PENGENALAN

  1. Tabiat yang ada pada setiap manusia ialah menginginkan sesuatu yang baik dalam kehidupan mereka. 
  2. Syariat Islam dibina dengan asas untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan
  3. Syariat Islam sebagai suatu perundangan yang bersifat Rabbaniyyah dari segi sumber dan matlamatnya, kekal sehingga akhir dunia ini. 
  4. Peranannya adalah menyeluruh, sempurna, memenuhi semua keperluan, tuntutan hidup individu dan masyarakat dengan cara menjadikan hidup mereka di dunia ini lebih bernilai dan menjamin kehidupan Akhirat yang bahagia.


DEFINISI

  1. Perkataan maslahah adalah dalam bentuk mufrad (singular) dari kata jamak (plural) Al Masolih berdasarkan wazan Al Mafalah yang menunjukkan sesuatu yang banyak kebaikan. 
  2. Ahli bahasa bersepakat bahawa lawan perkataan Al Maslahah adalah Al Mafsadah iaitu yang bermaksud sesuatu yang banyak keburukannya.
  3. Manakala kamus Al Munjid, menjelaskan maksud Al Maslahah sebagai sesuatu yang menghasilkan kebaikan iaitu perbuatan-perbuatan yang diperjuangkan manusia bagi menghasilkan kebaikan bagi dirinya dan masyarakat. Oleh itu maslahah menyentuh secara lansung kebaikan dan kepentingan sesuatu perkara.
  4. Mengikut penjelasan imam al syatibi, maslahah dari segi istilah bermakna mengambil manfaat dan menolak kerosakan yang tidak hanya berdasarkan kepada akal yang waras semata-mata tetapi dalam kerangka memelihara hak hamba dan tidak berlawan dengan nas syarak.
  5. Menurut Imam Al Ghazali, maslahah ialah suatu gambaran untuk mengambil manfaat dan menghindarkan kemudaratan. Maslahah memelihara tujuan syarak dan terbahagi kepada dua bentuk iaitu 
    1. Maslahah menurut manusia iaitu  ukurannya adalah akal dan perasaan 
    2. Maslahah menurut syarak ukurannya adalah wahyu.


JENIS MASLAHAH

1) Maslahah muktabarah (yang diterima) adalah maslahah  yang sabit dengan syarak sama ada dengan nas yang jelas, ijmak atau qias. Allah swt berfirman terjemahannya

"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."  Surah al Maidah, 5:38

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hukum potong tangan kepada pencuri.Hukum potong tangan ini adalah sebagai balasan perbuatan mencuri dan sebagai langkah pencegahan dari Allah.Oleh itu ,jelas menunjukkan bahawa nas memaklumkan maslahah hukum potong tangan tersebut.

2) Maslahah mulghah (yang dibatalkan) adalah sesuatu maslahah yang tidak dibuktikan melalui nas syarak. Ia bertentangan dengan syarak. Contohnya menyamakan pembahagian harta pusaka sama ada lelaki atau perempuan kerana memenuhi deklerasi persamaan jantina dalam hak asasi manusia.Ini adalah kebaikan pada pandangan manusia tetapi ia berlawanan dengan nas syarak.

Allah swt menegaskan terjemahannya,
 
Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan [272]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[273], Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. [272] ahagian laki-laki dua kali bahagian perempuan adalah kerana kewajipan laki-laki lebih berat dari perempuan, seperti kewajipan membayar mas khawin dan memberi nafkah. (lihat surat An Nisaa ayat 34). [273]  lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan nabi"Surah an Nisaˈ,4:11
Begitu juga dengan perdagangan arak dan pelacuran. Walaupun ia boleh membantu seseorang mendapat pendapatan dan kerajaan mengutip cukai daripadanya tetapi ia bertentangan dengan nas syarak. Oleh itu maslahah ini dikategorikan sebagai maslahah mulghah yang ditolak oleh Allah.

3) Maslahah mursalah (yang dilepaskan)Menurut Imam Al Ghazali, maslahah mursalah adalah sesuatu maslahah yang tidak berlawanan dengan nas syarak. Kaedah qias digunakan bagi menentukan kesahihan sesuatu hukum yang lahir daripada kaedah maslahah mursalah. Diantara contoh maslahah mursalah di zaman sahabat ialah pemilihan saidina Abu Bakar sebagai khalifah selepas kewafatan rasulullah adalah qias kepada pesanan rasulullah supaya saidina Abu Bakar mengimamkan solat. Perlantikan ini bertujuan memelihara kepentingan Negara dan kesinambungan risalah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah.

Dihari ini, maslahah mursalah juga digunakan. Contohnya dalam urusan pernikahan yang melalui proses permohonan dan pendaftaran. Pernikahan yang berdasarkan undang-undang sahaja yang diterima untuk didaftarkan. Peraturan ini bertujuan  untuk memastikan pernikahan dilaksanakan mengikut hukum syarak. Hak suami dan isteri dapat dijamin oleh undang-undang.


CIRI-CIRI MASLAHAH

Maslahah yang diterima ialah maslahah yang bercirikan agama, tidak bercanggah dengan nas syarak sama ada dari Al Quran, sunnah, ijmak yang diyakini dan qias yang sahih. Maslahah yang berdasarkan pengalaman, adat atau kemahiran hendaklah tidak berlawanan dengan syarak. Nilai-nilai maslahah diambil dari nas syarak bukannya dari nilai kehendak nafsu dan peribadi semata-mata.

Para ulama telah membahagikan kemaslahatan ini berdasarkan kepada peranannya untuk keteguhan umat kepada tiga iaitu :

  1. Dharuriyyah (perkara asas/ utama),
  2. Hajiyyat (keperluan biasa) dan 
  3. Tahsiniyyat (keperluan tambahan).

1. ADH-DHARURIYYAH-الضرورية

Ia adalah sesuatu yang dikira wajib,utama dan asas dalam kehidpan manusia. Ketiadaannya akan mewujudkan kucar-kacir huru-hara dan kerosakan.

Al-Imam Asy-Syathibi rhm telah mendefinisikan seperti berikut :

“Ia adalah perkara yang sangat perlu dalam menjaga kemaslahatan agama dan dunia. Ketiadaannya akan menyebabkan hidup di dunia ini tidak berjalan dengan sempurna. Bahkan akan mewujudkan kucar-kacir, huru-hara dan kerosakan. Ia juga akan menyebabkan hilangnya nikmat dan kejayaan di akhirat serta akan membawa kerugian yang nyata.”

Perkara utama yang menjadi tujuan syariah Islam untuk menjaganya ada lima iaitu : 
  1. Agama,
  2. Nyawa, 
  3. Akal, 
  4. Harta dan 
  5. Keturunan. 

MEMBELA AKIDAH, NYAWA DAN KELUARGA KETURUNAN

Sebagai contoh, beta berhak menyebarkan cover laporan polis komplot fitnah, jenayah cyberbully body shaming, cyberwar, cyber attack ke atas akidah, nyawa dan keluarga keturunan beta kepada awam untuk 
  1. Membersihkan nama baik beta dan keluarga keturunan beta, 
  2. Membela diri, 
  3. Mempertahankan aqidah, nyawa, keluarga keturunan beta, 
  4. Menafikan tuduhan, tohmahan dan fitnah. [tarikh kongsi 14/2/2023] seterusnya 
  5. Menjawab persoalan berkaitan tuduhan, tohmahan dan fitnah dilakukan oleh puak penyebar ajaran amalan sesat seperti dalam artikel blog INI dan INI juga di laman-laman sosial beta adalah menjadi perkara utama yang dituntut dalam maslahah syariah Islam.



BAGAIMANA SYARIAH ISLAM MENJAGANYA?

Syariah Islam menjaganya melalui dua cara iaitu : 

  1. Dengan menetapkan peraturan dan mendirikan rukun-rukunya; iaitu melalui suatu perundangan yang manusia dituntut supaya mematuhinya. Ini semua ditetapkan dalam rukun Iman dan rukun Islam.Ia juga menjaganya daripada dicabuli dengan mengadakan undang-undang yang berkaitan dengan murtad dan kekufuran.
  2. Mengadakan satu kaedah untuk mengelakkan kerosakan daripada berlaku atau ciri-ciri yang membawa ke arahnya iaitu menjaga kesucian agama dengan jihad, menjaga nyawa atau tubuh badan dengan memberi hak-haknya seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. 
  3. Disamping itu juga memberi peringatan dan amaran tentang setiap perkara yang boleh mendedahkannya kepada kerosakan, serangan yang boleh membunuhnya dan semua keburukan yang lain.
  4. Islam juga menjaga akal fikiran dengan mengharamkan segala yang boleh melemahkannya seperti mabuk arak dan khayal dadah. Harta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia.Islam mewajibkan seseorang berusaha mencari rezeki yang halal bagi menyara hidupnya. Islam menegah umatnya mencari rezeki yang haram. Maruah atau keturunan adalah keperluan utama yang perlu dijaga. Bagi menjaga maruah dan keturunan, Islam mengenaka hukuman had ke atas pesalah zina dan pesalah yang membuat tuduhan zina.

2. AL-HAJIYYAH- الحاجية

Maslahah hajiyyah adalah sesuatu yang menjadi keperluan manusia bagi menyelesaikan masalah hidup seharian. Tanpanya akan menyukarkan  dan menyempitkan kehidupan tetapi tidaklah sampai memusnahkan kehidupan. Al-Imam Asy-Syathibi rhm  berkata:

“Hajiyyah ini ertinya, Perkara-perkara yang diperlukan secara umum untuk menyenangkan dan mengelakkan tekanan yang selalunya akan membawa kepada kesusahan dan kekecewaan kerana tidak berjaya mencapai sesuatu yang dihajati.”

Maslahah ini jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan menyebabkan orang Islam yang mukalaf secara umumnya akan mengalami kesukaran dan kesempitan. Contoh maslahah hajiyyah :

  1. Dalam hal ibadat seperti rukhsah (kelonggaran) yang diberikan kepada orang yang sakit untuk mengelakkan sakit yang lebih teruk
  2. Adat seperti mengharuskan berburu,menikmati sesuatu yang bagus dan baik selagi ia halal dari segi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.
  3. Urusan dan pergaulan (muamalat) seperti menharuskan al-Qiradh (mudharabah – sleeping partnership), pawah tanaman (al-musaqat) dan jual janji atau secara tempahan (baiˈsalam). Islam juga mengharamkan jual beli kepada hasil benda yang sudah dijual dan anak kepada hamba yang sudah dijual.
  4. Kes jenayah seperti membenarkan adanya tanda permusuhan sebagai bukti dalam hukum pembunuhan yang tidak diketahui pembunuhnya dan menetapkan bahagian bayaran denda (ad diyyah) kepada keluarga terdekat.



3. AT –TAHSINIYYAH- التحسينية

Maslahah tahsiniyyah ialah sesuatu yang menjadikan taraf kehidupan mempunyai nilai akhlak dan berpekerti mulia. Jika tiada perkara tahsiniyyah, kehidupan boleh diteruskan. Nilai kehidupan berada ditahap yang rendah. Al- Imam asy-Syathibi rhm berkata:

“Ia adalah beramal dengan adat,tabiat yang sesuai dan elok serta mengelakkan yang buruk. Manusia yang sempurna akal akan menolak. Ini semua terkumpul dalam akhlak mulia. 

Contoh maslahah tahsiniyyah untuk memperelokkan seperti :

  1. Ibadat seperti menghilangkan najis,mengamalkan kebersihan dalam semua perkara, menutup aurat, memakai perhiasan, mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat. membuat kebajikan, bersedekah dan sebagainya.
  2. Dari segi adat dan tabiat seperti adab ketika makan dan minum, menjauhkan diri dari makanan yang kotor, mengelakkan pembaziran dan kebakhilan.
  3. Melalui urusan dan pergaulan (muamalat), Islam menegah jual beli benda kotor dan menjual air yang lebih kerana ia suatu keperluan.
  4. Manakala dari segi jenayah, Islam tidak mengenakan balas bunuh terhadap orang merdeka yang telah membunuh hamba dan larangan membunuh wanita, kanak-kanak dan paderi dalam peperangan.


PERLAKSANAAN MASLAHAH SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

1) SISTEM KEWANGAN   (ucapan Dato Muhammad bin Ibrahim di majlis Muhadharah ILIM  ke – 9)

Industri kewangan Islam  di Malaysia telah mengalami transformasi yang pesat sejak kebelakangan ini. Sistem kewangan Malaysia menjadi salah satu pemacu kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi Negara. Malaysia mempunyai system kewangan yang disokong oleh perbankan Islam, takaful, pasaran wang dan ekuiti Islam berlandaskan sistem perundangan Islam. Sistem kewangan Islam dan kovensional beroperasi seiring. Al-Qardawi menfatwakan bahawa perbankan konvensional merupakan pemakan riba yang terbesar. Sesiapa yang inginkan perkara halal jauhilah dari bank-bank tersebut sebaliknya berurusanlah dengan bank-bank Islam.


2) POLIGAMI SUATU KEHARUSAN BERSYARAT

Islam membenarkan poligami.Maka harus bagi lelaki Islam mempunyai lebih dari seorang isteri pada satu-satu waktu dengan syarat-syarat tertentu :

2.1. Tidak melebihi bilangan isteri seramai empat orang.
2.2. Suami mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
2.3. Mestilah mampu untuk menunaikan tanggungjawab kewangan dan fizikal (mampu zahir dan batin).

Membenarkan poligami dengan peraturan dan undang-undang sebagaimana yang ditetapkan islam, adalah kebaikan dan rahmat yang besar terhadap umat manusia.Ini kerana, tidak ada sebuah masyarakat manusia kecuali terdapat dalamnya ramai lelaki dan wanita yang masalah keadaan dan kedudukan sosialnya tidak ada jalan penyelesaian lain kecuali dengan poligami.


3. JIHAD

Jihad adalah satu unsur perlembagaan yang bertujuan untuk menjaga agama daripada terhapus dan musnah selepas kewujudannya. Jihad dapat menghalang setiap percubaan untuk menghapuskan asas binaan agama Islam. Para ulama menjelaskan jihad perlu dilakukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam untuk mendapat pertolongan daripada Allah. Anasir yang merosakan kesucian agama islam seperti murtad,gurauan melampau, bid'ah,.dakyah dari bukan islam,.maksiat sebagainya hendaklah dicegah.


4. WARISAN PUSAKA

Pusaka ialah bahagian yang berhak diwarisi oleh waris daripada harta si mati selepas ditolak semua hak berkaitan lain yang wajib diselesaikan sebelum pembahagian pusaka. Undang-undang warisan pusaka yang digariskan dalam Islam memberikan hak kepada setiap pemiliknya. Melalui cara ini, Islam telah menghapuskan ketidakadilan besar yang dialami oleh kaum perempuan seperti yang diamalkan oleh kaum Yahudi dan orang orang Arab pada zaman jahiliah.


PENUTUP

Islam sebagai agama Allah, adalah agama yang adil dan seimbang.Undang-undangnya tulus dan tepat. Ia memenuhi kepentingan semua manusia dan memberikan haknya kepada setiap yang berhak. Maha suci Allah yang maha mengetahui lagi bijaksana.


Semoga artikel bertajuk KONSEP MASLAHAH DALAM  SYARIAT DAN PERLAKSANAANNYA DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA ini dapat menjadi panduan kepada para pelajar dan masyarakat Islam dalam kehidupan kelak.  


RUJUKAN

Kami banyak merujuk kepada buku bahan bacaan fizikal tidak hanya merujuk kepada google semata-mata 
  1. Website najahudin dot com
  2. Metod fatwa Al-Qardawi dalam menangani isu semasa, Prof Madya Dr Basni bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari,Al –Hidayah Publication, Selangor, 2011, m/s 200
  3. Keindahan Islam-hikmah-hikmah disebalik pensyariatan, Dr. Abdul Basit Abd.Rahman,Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2012, m/s 19,20,21 (Ad-Dharuriyyah, Al Hajiyyah, At Tahsiyyniyah) 99, 109 (jihad) 122,.123, 127 (poligami) 143, 146, 150 (pusaka)
  4. Maslahah dalam perundangan syarak, Selamat Hashim, UTM, Selangor, 2010, m/s 24, 25, 26, 27, 28, 56-62.

Comments

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Popular Posts