CARA MENAMBAHKAN PENDAPATAN
- Buat bisnes. Secara online atau directline. "9/10 rezeki adalah dari dunia perniagaan" Sabda Nabi S.A.W.
- Jangan malu dan jangan segan untuk bertanya apatah lagi mencuba. Usaha tangga kejayaan.
- Jangan malas... Malas, anda yang rugi. Rajin adalah kunci segala-galanya.
- Jujur dan amanah penting dalam kehidupan.
- Buang sikap suka berhutang untuk menambahkan pendapatan supaya tidak terbelenggu dengan hutang sepanjang hidup.
- Buang sikap suka lompat sana, lompat sini ke mana-mana bidang perniagaan dalam mengejar impian untuk menambahkan pendapatan.
- Ilmu dan modal perlu ada. Kalau ada ilmu tapi tak rajin dan tak ada modal dan tak suka nak mencari tak guna juga. Begitulah sebaliknya. Ada pelbagai cara untuk mendapatkan modal. Terserah kepada anda untuk mencarinya.
- Ingatlah rezeki itu kuasa Allah. Jangan tamak dan haloba dalam menambahkan pendapatan.
- Mulakan dengan membawa produk jualan kawan-kawan dahulu.
- Kemudian, rekacipta produk sendiri mengikut minat diri.
- Belajar dan terus belajar untuk menambahkan kewangan.
- Ketengahkan kebolehan, kemampuan dan minat anda melalui pelbagai cara. Contoh : Jadilah blogger...
- Bagi yang tidak minat bisnes, teruskan kerjaya anda dan tingkatkan prestasi. Usah harapkan sebarang pujian dari sesiapa tapi lakukanlah dengan ikhlas. Pasti Allah balas setimpal dengan hasil kerja anda.
Sekian, Wassalam.
Nota :
Tertarik dengan artikel blogger ni Kewangan/pendapatan hasil daripada sumber menulis blog halal ke?
M ni berbisnes kecil-kecilan ja..hu hu..
ReplyDeleteTakpe... ok lah tu... ada gak dpt tmbh pndptn... :)
ReplyDeleteThanks for this entry...Nice~~~
ReplyDeletetqvm :)
ReplyDeletesorry, i can't wear high heel. by the way, thanks for visiting my blog :)
ReplyDelete