POLIGAMI ITU HUKUM ALLAH

As salam.


Terkini, isu Ashraf Muslim Kahwin Dua hangat dibualkan dimerata tempat. Hinggakan, ditempat saya bekerja pun, perkara ini dibualkan juga. Walaupun isteri beliau Noor Dayana tidak redha dengan apa yang telah dilakukan oleh Ashraf Muslim yang telah bernikah buat kali kedua di Thailand, perkara itu telahpun berlaku dan beliau harus tabah dan meneruskan kehidupannya sebaik mungkin. Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang isu Ashraf Muslim Kahwin Dua tu. Cuma sekadar berkongsi pendapat dan realiti yang berlaku dihadapan mata saya sendiri.

Kebiasaannya, insan yang terpaksa berpoligami akan merana dan ada juga yang menyalahkan dirinya sendiri. Tak kurang juga yang memandang serong dengan pelbagai tanggapan negatif terhadap si isteri mahupun si suami yang berpoligami. Tetapi berlainan pula dengan jiran di kawasan rumah saya ni. Punya la ba.....ik sangat-sangat tau... Aku jaga anak hang, hang jaga anak aku. Selalu juga saya lihat, isteri muda lepak-lepak di rumah isteri pertama. Bahagia sangat lihat mereka ni. Di bulan Ramadhan ni, isteri muda menjual kuih-kuih tradisional dan air, anak isteri pertama pula tanpa segan silu membantu emak tirinya tu. Isteri pertamanya bekerja. Dalam hati saya "bagaimana ya? walhalnya, mereka bukan pun di kalangan golongan ugamawan dan tak pula bertudung labuh isteri-isterinya". Pasti ada rahsia di sebalik kerukunan rumahtangga mereka. Tiba-tiba rasa malu pula bila kenangkan ramai  yang marah sungguh bila isu poligami dibangkitkan.

Seorang kawan baik saya, kakaknya adalah isteri kedua. Memang baik sangat kakak dia tu dengan isteri pertama yang merupakan rakan sekerja yang juga isteri kepada suaminya (bos ditempatnya bekerja). Pernah saya tanya "macamana boleh jadi macamni?" Kawan saya bercerita "Kalau akak nak tahu, Kak A**, isteri abang A*** yang pinangkan. Tinggal pun serumah". Hah???? Terkejut dan terbeliak seketika saya mendengarnya. Biar betul.... Memang betul kawan-kawan.... Kalau nak tahu, mereka yang bermadu ni, memang harmoni sangat. Suka saya lihat kehidupan dan cara mereka tu. Sama seperti jiran saya tu.

Menjadi tugas seorang suami memberi kasih sayang dan membahagiakan isterinya. Tetapi jika tindakan suami itu menyebabkan isteri terluka, bagaimanakah suami nak katakan dia dah membahagiakan isterinya? Atas sebab itulah bila Saidina Ali meminta izin untuk berkahwin lagi, Nabi Muhammad S.A.W tidak benarkan. Bukan kerana Saidatina Fatimah itu anak nabi. Tetapi kerana Nabi Muhammad S.A.W tahu bahawa  Saidatina Fatimah tidak mampu menerimanya.... Janganlah pula suami memaksa isteri menerima apa yang tidak mampu si isteri menerimanya. Kerana isteri juga ada haknya tersendiri. Nabi Muhammad S.A.W kerana Allah... kita sekarang kahwin selalunya kerana cinta.

Benar ajal, maut dan jodoh itu ketentuan Allah. Cuma cara kita menerimanya adalah berbeza kerana setiap orang tidak memiliki kekuatan spiritual yang sama. Namun, kita sebagai hambanya perlu dan mesti belajar REDHA.

Dalam hal poligami ini, terdapat dua ayat al-Quran yang membincangkan isu poligami.

Di dalam surah Al-Nisa', ayat 3 menyatakan:

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (Antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja...Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.''

Kemudian dalam ayat 129 surah yang sama, Allah berfirman seterusnya;

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).''

Menurut dua ayat di atas, poligami lebih dilihat kepada satu tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap balu dan anak-anak yatim. Tetapi poligami yang berlaku sekarang kebanyakannya adalah tidak menurut asas ini.

Pada pendapat saya, lebih baik suami berkahwin daripada terus menerus berbuat ma'siat dan dosa tanpa pengetahuan isteri. Lagipun, poligami itu kan hukum Allah yang Allah telah izinkan di dalam Al-Quran dan telahpun termaktub di dalamnya tentang poligami ni. Sebenarnya, indahnya poligami andai saling mengerti dan memahami. Teapi suami perlu mengkaji terlebih dahulu, layakkah diri untuk berpoligami? Kaya dan mampu sangatkah untuk berpoligami? Seperkara lagi, kenapa bila time poligami, baru nak ikut sunnah nabi, tetapi dalam bab yang lain-lain takpun benar-benar mengikut sunnah nabi? Kata sayang isteri tapi kenapa nak menduakan isteri tanpa pengetahuan isteri terus berpoligami? Salahkah minta izin dari isteri terlebih dahulu? 

Update 8.39 malam : Dalam memperkatakan tentang adil, ia adalah satu sifat yang subjektif. Tiada seorang pun manusia dimuka bumi ini yang mampu berlaku adil kerana kita manusia tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan memang sukar untuk berlaku adil. Ada seorang pensyarah saya pernah berkata "Dalam berpoligami, adil itu bukanlah diukur melalui perasaan atau perlakuan tetapi ia dinilai dari pemberian jenis pakaian yang sama rupa, warna dan corak juga pemberian wang. Tetapi jika anak isteri pertama ramai, mana mungkin memberikan wang yang sedikit kepadanya. Begitu jugalah sebaliknya." Adil di sini bermaksud pembahagian yang sama rata. Manakala dari segi nafkah batin pula, ia bergantung pada keredhaan isteri-isteri. Menurut pensyarah saya lagi, "Kan lagi bagus berpoligami? senang isteri nak beramal 'ibadah tanpa sebarang gangguan. Hidup kita ini bukan hanya untuk bersenang lenang dan untuk memenuhi tuntutan nafsu dan jiwa semata-mata. Hidup ini jauh perjalannya untuk mencari bekal menuju akhirat sana".

Menurut sumber yang saya baca dari soal jawab di SINI, berdasarkan Perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslah memenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di negeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lain halnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Klik perkataan SINI jika nak tahu soal dan jawapannya tentang poligami.

MENCARI KECANTIKAN ISTERI BUKAN ISTERI YANG MASIH CANTIK…

”Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?”  keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.

”Mengapa? Teruji sangatkah?”

”Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

”Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.



”Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

”Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

”Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ’Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.



”Kau yang mesti mulakan dulu, insy-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.

”Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”

”Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. ”Apa guna, kita dah tua.” ”Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” ”Dah tua buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.


Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

”Tak berani poligami?”

Dia menggeleng kepala.

”Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.

”Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40’an dia tambah segak dan bergaya.

“Habis kenapa?”

Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.



“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”

” Kau sudah berterus terang dengannya?”

“Tentang apa tentang poligami?”

“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”

“Aku takut melukakannya.”

“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya.

”Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.



”Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”

”Lagi?”

”Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ’ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa… Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?.

”Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.

”Kita tak berhias?”

”Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.

”Salah bagaimana?”

”Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

”Dalam makna kata-kata kau tu…”

”Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

”Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”

”Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”

”Kasih ke kasihan?” saya menguji.

”Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”

”Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”

”Maksud kau?”

”Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”

” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam.

”Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50’an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.

“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

”Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”

”Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”

Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Di tahap begini tidak salah mengharap isteri yang masih cantik, tetapi yang lebih utama carilah di mana kecantikan isteri kita, yang selama ini telah puluhan tahun hidup senang dan susah bersama kita. Perjalanan kita semakin dekat ke alam akhirat. Sepatutnya, kita semakin menjadi pencari kecantikan yang sejati.  Seperti imam Safie … pada usianya mencapai 40 tahun sudah memakai tongkat. Ketika ditanya mengapa? Dia menyatakan bahawa telah nekad untuk melajukan lagi langkahnyamenuju akhirat. Malangnya, pada usia-usia begini ramai suami yang mula juga mencari tongkat… sayangnya, bukan ’tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali!

Protected by Copyscape Web Copyright Protection

Comments

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Popular Posts