RESEPI SAMBAL DAGING SEMPOI ieta

As salam.

Tiba-tiba rasa nak kongsi resepi SAMBAL DAGING SEMPOI  yang saya masak selepas waktu berbuka tadi semalam. Sebenarnya saya ni masak untuk bersahur merangkap berbuka nanti. 

Yelahkan, saya ada kelas di UTM jam 8.30 pagi nanti. Jadi, masaklah siap-siap... Takut terlewat bangun atau terlewat balik, sekurang-kurangnya dah ada lauk bersahur dan berbuka nanti. Tak perlu la terkejar-kejar nak masak. Just panaskan sahaja. Masak, tidurkan baby baru buat assignment... Utamakan rumahtangga dulu...

Saya main campak-campak je. Hehe... Resepi ni untuk 3 orang dewasa makan tau. Memandangkan 3 orang anak lagi tak tahan pedas jadi, saya sudah siapkan kacang buncis masak lemak putih ber ikan bilis untuk mereka. Baby, baby minum susu dan nestum je... Eh, detaillah pula... So...ri...

BAHAN-BAHAN :
  1. Minyak masak 1 senduk kecil.
  2. 1/2 kilo Daging dipotong ikut sesuka hati.
  3. 2 biji Bawang besar. Sebiji dihiris dan sebiji lagi dibelah-belah. 
  4. 1 biji Tomato.
  5. 6 tangkai Cili Merah.
  6. 10 tangkai Cili Api (nak lagi pedas, sila la tambah lagi).
  7. 3 ulas bawang putih.
  8. Gula (hujung sudu je).
  9. Garam secukup rasa.

CARA MEMASAK :
  1. Masukkan sebiji bawang besar (belah-belah ya sebelum masuk dalam blender), tomato, cili merah, cili api dan bawang putih ke dalam pengisar dan kisarkan ia.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Minyak dah panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Setelah garing kesemua bahan kisar tu, masukkan gula dan garam.
  5. Masukkan daging dan kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang sebiji yang telah dihiris tadi dan kacau hingga mesra alam warnanya ya.
Dalam kuali lagi. He...

Sekian, terima kasih... Sempoi....

Comments

Popular Posts