5 SEBAB KENAPA PERLU BERNIKAH
Cincin dijari tidak bermaksud menghalalkan segalanya jika belum bernikah secara halal. |
5 sebab kenapa perlu bernikah. Kenapa 5 je sebabnya? Sebab itu aje yang berlegar diminda tika ini. Walaupun dah lewat petang... Boleh lah kan. Dari takde langsung bahan untuk dibaca...
1. Ada insan untuk berkongsi segala perasaan dan keinginan.
- Pernikahan adalah perkongsian segalanya. Sebagai contoh, jika anda sedih anda balik ke rumah, ada suami atau isteri yang sudi mendengar atau menasihati anda. Pernikahan yang sah tidak membataskan anda untuk melentokkan bahu anda kepada pasangan masing-masing. Halal dah kan...
- Ini jelas kerana suami mana yang rela jika isterinya diganggu? Takde kan... Begitu jugalah, suami mana yang suka jika isterinya ditatap dan menjadi igauan ramai? Jadi, sebagai suami yang soleh, pasti suami sentiasa melindungi isterinya dengan pelbagai cara. Begitulah sebaliknya, isteri menjadi penyejuk hati suami. Tatkala suami dilanda sebarang masalah, isterilah pada kebiasaannya yang menjadi pereda keadaan dan hati suami. Dah halalkan... Adam dan Hawa, saling memerlukan.
- Saya pasti, ramai yang sudah tahu bahawa Nikah itu halal, couple itu haram. Kenapa haram couple? Sebab... couple itu membawa kepada fitnah. Bagaimana terjadinya fitnah? Bila bercouple sudah pasti sering bertemu. Betul tak? Jadi bila dah sering bertemu, berbual dicorong telefon, tipulah jika tiada sebarang perasaan yang timbul dalam hati memasing. Pepatah orang tua berkata "dari mata, turunnya ke hati". Bila turun ke hati, itulah namanya cinta, keinginan dan nafsu.... Hah, inilah yang dinamakan fitnah. Fitnah inilah yang membawa kepada maksiat dan terlangsungnya zina. Sebab itulah Nikah itu halal. Nikah itu telah menghalalkan segala-gala yang haram. Jelas dah ayat di bawah ini menerangkannya.
- Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 32 :
- Bila dah bernikah, tak de hal dah untuk anda melihat pasangan anda sesuka hati anda. Kenapa maksiat mata? Kerana dari mata turun ke hati. Dari hati akan timbulnya pelbagai perasaan yang macam-macam.
- Anda keluar rumah, macam-macam manusia yang anda lihat dengan pelbagai ragam dan corak pemakaian. Jika anda ada suami atau isteri, anda selaku suami isteri yang soleh dan solehah akan ingat "oh aku ada suami" atau "isteriku lebih cantik dari mereka". Suami isteri yang soleh akan cuba menjaga mata mereka dari melihat perkara-perkara yang menimbulkan pelbagai perasaan.
- Bernikah mendidik mata dan hati dari melakukan perkara tidak diingini. Betul... Tak percaya? Cubalah. Kan nikah itu halal...
- Bila telah menikah, pasti inginkan zuriat atau anak. Zuriat yang lahir dari perhubungan suami isteri yang soleh dan solehah. Zuriat inilah yang menjadikan anda bahagia dunia dan akhirat kelak. Zuriat ini sudah pastilah meramaikan ummat nabi Muhammad saw. Melalui pernikahan yang halal sahaja mampu melahirkan manusia yang berbudaya tinggi dan dihormati masyarakat. Halal itu kan dituntut oleh Allah...
- 3 perkara yang akan membantu di akhirat nanti :
- Ilmu yang bermanfaat.
- Sedekah jariah.
- Doa dari anak-anak yang soleh dan solehah.
InsyaAllah... memang fitrahnya kita lelaki perlukan perempuan,perlehwinan itu telah menyempurnakan sebahgian dripada agama..Abak doakan agar cpat datngnya jodoh..Amin
ReplyDeleteAlhamdulillah sy dah lama bertemu jodoh saya. Cuma doakan rakan sy ini dipertemukan jodohnya yang solehah. Amin. Terima kasih sudi berkunjung :)
DeleteNak share dekat blog saye jugak ye sis , I wont forget put credit to you :) Semoga diberkati di atas perkongsian ini ^^
ReplyDeleteBoleh... Moga bermanfaat. Silakan :) Terima kasih sudi berkunjung
DeleteAlhamdulillah! nasib baik saya dah bernikah!, dapat semua 5 perkara yang disebutkan di atas tu...Insyaallah!
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah Tuan Shubhi
Deletetakde lain sebab utama saya bernikah adalah ingin mendptkn keredhaan Allah dan meningkatkn ketaqwaan kepadaNya...sbb klu pmpuan ni mmbujang byk cabaran dan godaannya.., bernikah salah satu perlindung diri juga...
ReplyDeleteBetul tu... terlalu banyak dugaan dan godaan utk yang bujang. Alhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah kehidupan sy lebih bahagia dan tenang selepas berkahwin..ada arah tuju dan matmalat. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah...
Deletemacam suruh gua nikah empat cepat-cepat aje nih..
ReplyDeleteSifu nih, ade ker... saje je sharing... huhu... tp terbaikkan entri nih? hehe
DeleteAdat melayu selagi tak kaya, jgn nikah syariat Islam plak nak kaya, nikahlah.. nampak beza kat situ.. :)
ReplyDeletetulah susahnya jika ikut adat...
Deletebiar hidup berlandaskan syariat...
barulah dapat bermuafakat
dan hidup bertambah berkat :)
Hai kak ieta. Ni yod. Nice entry kak. Perkongsian yg bagus. Kenapa ku rasa nak kawen ek? Hahhahahaha
ReplyDeleteGood job kak 👍