As salam. Kali ini saya ingin berkongsi
Resepi Kari Daging Sempoi ieta.
 |
Dah tinggal suku baru teringat nak snap gambar :D |
Awalnya saya cuma ingin masak daging goreng kunyit sahaja. Ternampak lempeng bertukar pula citarasa. Mudah sahaja... Bermula dari 8.05, 8.46 siap kari daging saya. Arwah emak saya panggil 'Gulai Daging'. Kami orang Penang memang gemar makan kari tau.
Bahan-bahan Kari Daging Sempoi ieta :
- Setengah kilo Daging batang pinang.
- 3 sudu besar Minyak untuk menumis.
- 5 ulas Bawang putih.
- 3 buji Bawang merah.
- Setengah inci Halia.
- 3 kuntum Bunga Lawang.
- Sebatang Kulit Kayu Manis.
- 2 biji Tomato.
- 2 biji Lobak merah / 5 biji Kentang / 3 biji Ubi Keledek.
- 1/2 biji santan.
- 2 sudu besar asam jawa.
- 2 cawan air.
- Sepeket setengah rempah kari Adabi.
- Garam secukup rasa.
 |
Daging batang pinang beli di pasar malam siap potong sudah... Mudah memasak daging batang pinang ni. Tak lama sekejap sahaja sudah empuk. Toskan sesudah basuh ya. |
 |
Bawang putih, bawang merah dan halia bahan penyedap dalam setiap masakan, diracik halus. |
 |
Kiri Bunga Lawang. Kanan Kulit Kayu Manis. Basuh dahulu ya sebelum masak... |
 |
Tomato belah dua sahaja. Lobak merah jika panjang, potong kepada 5 bahagian dan belah 2 juga. |
 |
Santan ini beku. Nak cepat cair, rendamkan ke dalam air panas tau... |
 |
Arwah emak saya pesan, bancuhan air asam jawa ini akan mengurangkan kepedasan kari dan juga menghilangkan rasa hanyir daging. |
 |
Rempah kari daging Adabi memang enak dan menjadi penyedap kari daging ini. |
 |
Beginilah rupa campuran air asam jawa dan serbuk rempah kari daging Adabi. |
Cara memasak Kari Daging Sempoi ieta :
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau seperti di bawah ini.
 |
Sedap baunya ni... |
2. Masukkan bancuhan rempah kari daging Adabi. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan santan dan lobak merah.
5. Tutup periuk agar cepat empuk lobak merah dalam 10 minit.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Akhir sekali masukkan tomato beberapa minit dan tutup api.
Dah siap... Beginilah sahaja Resepi Kari Daging Sempoi ieta. Bagi yang alahan, anda boleh hidangkan bersama sambal cili bawang tomato yang enak menggantikan sambal belacan. Sedap Resepi Kari Daging Sempoi ieta ni... Encik suami saya suka dan bertambah nasinya tau... Selamat mencuba... ^__^
kari daging mmg kegemaran sy...lbh2 lg kalau daging kambing nyum nyummm
ReplyDeletememang sedap... kari kambing en. Harith ^__^
DeleteWah sedap nya...kari tuuu..hehe..dpt bayangkan bau tumisan tu kak ieta..harum je kan..daging batang pinang memang cpt lmbut tu..
ReplyDeleteyummy... trm kasih ya cuba resepi akk ni ^__^
Deletesaya pun nak cubalah nanti..
ReplyDeleteis folo sini na kat 1373 (^____^)
ReplyDeleteSedapnya tengok.. leh try nanti (^___^)