Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula

Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula

Pengalaman, Kisah Cikgu ieta, Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula, stres, shopping, cabaran, Berkat dicabar dan tercabar, Contoh mereka yang telah berjaya dan berani menyahut cabaran, Bill Gates, pakar perisian, Bill Gates, pengasas perisian Microsoft, Thomas Alva Edison, Bill Gates, pengasas Microsoft Corporation, Tokoh ilmuan Islam, Abu Qasim Az-Zahrawi, pakar bedah Islam, AbulCasis, Bapa Pembedahan Moden, kandungan luar rahim, ectopic pregnancy,Car Boot Sale, Projek 2015, Misi Jutawan 2015, Denaihati Network, air kopi, teh, bukan senang nak senang
Cabaran di dalam bekerja sering membuat sesorang itu stress. Antara ubat stress bagi wanita ialah shopping...
Saya memang sukakan cabaran. Kerana tanpa cabaran saya tidak akan dapat memiliki sebuah kereta sebagai keperluan harian berulang-alik ke tempat kerja dan dapat pergi merata-rata.
"Sampai bila kita nak menumpang orang ieta...".
"Alah... nanti awak ada kereta, ada lah duit untuk awak membayarnya nanti...".
"Nak pandai bawa kereta tu, bawa kat jalan yang paling sibuk, Jalan Chow Kit tu. Buat apa ada kereta tapi tak bawa? Baik simpan je kalau takut".
Haaa... itu dia kata-kata cabaran yang saya terima dari kawan-kawan saya hingga menyebabkan saya dapat membeli yang sememangnya menjadi keperluan bukan lagi kemewahan. Terlampaunya saya selepas 4 kali kemalangan akhirnya, saya dapat membawa kereta setakat ini yang paling jauh, ke Gambang Kuantan, Pahang. Berkat dicabar dan tercabar.

Sungguh... Dalam hidup jika tidak berani menongkah arus dan menyahut cabaran, memang sukar untuk berjaya. Orang-orang yang berjaya adalah mereka yang berani mengharungi cabaran dalam apa jua perkara dan berani menanggung risiko untuk berjaya!

Contoh mereka yang telah berjaya dan berani menyahut cabaran.

Lihat sahaja Bill Gates, pengasas Microsoft Corporation tersohor dunia. Beliau bukan sahaja kini dijadikan contoh anak-anak muda di bidang IT, malahan beliau antara jutawan terkaya yang memiliki harta berbilion dolar di dunia. Bukan sehari dua beliau dapat menjadi seorang yang berjaya, ternama dan kaya raya.

Begitu juga dengan Thomas Alva Edison, seorang pereka dan usahawan yang berjaya dan amat berpengaruh di seluruh dunia. Bagaimana beliau tidak digemari gurunya yang sering memarahi beliau dek fikirannya yang sering melayang-layang entah ke mana sewaktu belajar. Tanpa jemu dan berputus asa, beliau tetap meneruskan kajiannya sehingga kali yang ke 1,000 barulah mentol ciptaannya menyala. Impak besar yang beliau hasilkan, mentol dan lampu telah menerangi kegelapan.

Tokoh ilmuan Islam seperti contoh Abu Qasim Az-Zahrawi, bukan sahaja pakar bedah Islam yang terkenal di Barat dengan gelaran 'AbulCasis'  malahan beliau juga dianggap sebagai 'Bapa Pembedahan Moden'. Beliau telah mencipta alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Malahan beliau juga merupakan ahli perubatan yang pertama mengkaji tentang kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) dan juga ahli perubatan pertama yang mengkaji sifat keturunan penyakit hemofolia. 

Bila sebut cabaran, tidak dapat tidak pasti ada perkara yang paling dahsyat atau terlampau yang pernah dilakukan. Nak tahu perkara paling extreme pernah saya buat? Banyak... Tetapi yang paling best kan, ragging pelajar-pelajar IPT semasa saya menjadi ketua Jambori peringkat Negeri. Apa yang saya buat? Saya arahkan pelajar-pelajar perempuan dari IPT itu menyanyi lagu Negaraku sekuat-kuat hati mereka bagi melepasi check point yang saya kawal. Memang best... 


Pengalaman, Kisah Cikgu ieta, Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula, stres, shopping, cabaran, Berkat dicabar dan tercabar, Contoh mereka yang telah berjaya dan berani menyahut cabaran, Bill Gates, pakar perisian, Bill Gates, pengasas perisian Microsoft, Thomas Alva Edison, Bill Gates, pengasas Microsoft Corporation, Tokoh ilmuan Islam, Abu Qasim Az-Zahrawi, pakar bedah Islam, AbulCasis, Bapa Pembedahan Moden, kandungan luar rahim, ectopic pregnancy,Car Boot Sale, Projek 2015, Misi Jutawan 2015, Denaihati Network, air kopi, teh, bukan senang nak senang

Ada lagi... Saya telah melakukan satu perkara yang ekstrem dua tahun lalu apabila mengambil risiko menjalankan perniagaan secara online melalui blogshop saya yang kini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Dunia Niaga Enterprise. Saya sanggup mengeluarkan modal yang bukan sedikit dan menanggung kerugian atas produk yang kurang mendapat sambutan. Inilah adat dalam dunia perniagaan. Saya sanggup menghadapi itu semua. Demi mencari rezki yang halal dan memartabatkan hidup dan masa depan saya sekeluarga. 

Diluar jangkaan saya, saya pernah menjalankan aktiviti Car Boot Sale bermula selepas Isyak sehingga hampir jam 1 pagi selama 2 hari berturut-turut setiap Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad. Alhamdulillah... semua ini adalah pengalaman mahal yang tidak pernah saya belajar di mana-mana Universiti. Yang pasti cabaran-cabaran itu telah pun saya lalui.


Pengalaman, Kisah Cikgu ieta, Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula, stres, shopping, cabaran, Berkat dicabar dan tercabar, Contoh mereka yang telah berjaya dan berani menyahut cabaran, Bill Gates, pakar perisian, Bill Gates, pengasas perisian Microsoft, Thomas Alva Edison, Bill Gates, pengasas Microsoft Corporation, Tokoh ilmuan Islam, Abu Qasim Az-Zahrawi, pakar bedah Islam, AbulCasis, Bapa Pembedahan Moden, kandungan luar rahim, ectopic pregnancy,Car Boot Sale, Projek 2015, Misi Jutawan 2015, Denaihati Network, air kopi, teh, bukan senang nak senang
 Misi Jutawan 2015 merupakan Projek 2015   anjuran Denaihati Network yang turut saya sertai  tahun ini adalah satu projek yang juga ekstrem bagi  diri  saya ini. Cabaran buat saya kerana bukan senang nak senang ^__^
Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula. Kenapa saya kata begitu? Cuba anda minum air kopi atau teh yang tiada gula. Apa rasanya? Memang tak umph! Ha, begitu jugalah dalam kehidupan... Jika kehidupan terlalu statistik, asyik lakukan perkara yang sama sahaja, tidak pernah mahu melakukan perubahan, memang membosankan dan bukanlah sebuah kehidupan namanya. Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula. Benarkan?

Comments

  1. yup, betul2
    sama2 berani tempoh cabaran

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu...angah ni bila la nak bawa kereta, ada lesen duk gantung je...

    ReplyDelete
  3. cara itu dah jadi asam garam kehidupan

    ReplyDelete
  4. Cabaran ada di mana-mana. Dan cabaran itu jugalah yang boleh menjadikan seseorang itu lebih matang dalam hidup.

    Tahniah cikgu kerana berani sahut cabaran.

    Salam kenal

    ReplyDelete
  5. waahhh.. macam kenal jer kopi dalam gambar tu..

    apa2 pun moga cikgu berjaya dalam apa jua perniagaan yang diceburi. usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  6. dalam perniagaan, duit amat penting sebagai modal dan sebagainya. DUIT yang ini juga penting:

    1. Doa
    2. Usaha
    3. Istiqamah
    4. Tawakkal

    DUIT ini bakal menentukan kejayaan sesuatu perniagaan yang kita ceburi

    ReplyDelete
  7. tahniah kerana berjaya menyahut pelbagai cabaran.. =)

    ReplyDelete
  8. Bagus cikgu eita! Terus sahut cabarang!!

    ReplyDelete
  9. Betul kak ieta hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula..dalam kepahitan sebenarnya ada kemanisan.. cabaran itu ibarat satu pelajaran buat kita untuk menanganinya,menyelesaikan cabaran cabaran yang kita peroleh..jika kita dapat menangani segala cabaran yang di beri maka kita akan merasakan bahagia yang cukup indah cukup manis :)

    ReplyDelete
  10. Rindunya Blog Kak ieta,.berapa hari cuma dapat usha je,.hari ni dah boleh komen sebab masalah line di sini,.hehe,.Kopi Tanpa Gula,.pahit tu kak ieta,.Ujian Dan Dugaan adalah proses kehidupan tentang bagaimana cara kita untuk menyelesaikan dan keluar dari ketakutan,ketidakyakinan pada diri,.kan serasi jika kopi dengan gula,.barulah kita dapat menikmati kehidupan ini dengan penuh rasa bersyukur dan berbahagia sekali,InshaAllah,.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Popular Posts