RESEPI KIMA DAGING SEMPOI
Kima ni anak dan suami sudah makan baru teringat nak ambil gambar. Maka bercomotlah tepi mangkuknya ya... heee... |
Sehingga kini, memang encik suami saya pakar dalam masakan kima ni. Dek saya yang mengidam beberapa tahun lalu, sanggup beliau tolong buatkan. Haaa... dah bertahun... Baru ada gambar entri RESEPI KIMA DAGING ini.
200 gram daging cincang Ramly.
2 biji tomato (sederhana besar), di dadu kasar.
2 biji bawang besar potong dadu.
2 camca besar rempah kari daging Adabi.
1 biji cili merah, potong kasar-kasar.
1 biji cili benggala, potong kasar-kasar.
Sebatang kulit kayu
3 kuntum bunga lawang.
3 biji buah pelaga
Sesudu jintan.
Lada sulah.
Garam dan gula secukup rasa.
2 camca besar minyak masak
500 ml bancuhan air asam jawa (atau secukupnya).
2 biji cili hijau *
3 ulas bawang putih *
3 cm halia *
1 camca teh lada hitam biji*(Kesemua bahan bertanda* dikisar halus).
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum.
- Masukkan bahan kisar bersama rempah kari. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak (gunakan api kecil).
- Masukkan kentang dan bahan-bahan yang telah dipotong tadi, diikuti daging cincang Ramly.
- Kacau rata dan masukkan air asam jawa. Masak hingga menggelegak dan kecilkan api.
- Terus masakkan sehingga kentang lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk).
- Masukkan tomato, cili merah, cili hijau dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak kan sehingga sedikit kering. Rasa dahulu. Jika telah berpuas hati, boleh matikan api.
- Hidangkan di waktu panas bersama roti arab, roti gardenia atau Mission wraps seperti gambar di bawah.
Yummylicious Kima daging ni. |
Bungkuskan kima ke dalam Mission Wraps ikut citarasa sendiri. |
Potong 2 sahaja ya. Lebih-lebih terburai pula isi kimanya.. |
Sedapnya kak ieta.. makan daging kima dengan roti ni.. mak mertua lalu pun tak sedar hehe.. nak cuba! Sbb simple resepi..thank kak ieta ya :) nak more...resepi
ReplyDeleteKalau lalu di belakang memang tak nampak Eyfa. Hehe. Selamat mencuba tau :)
DeleteAssalammualaikum.. ieta,
ReplyDeletewahh... datang2 dapat resepi macam nie... sedap sangat boleh cuba nie nanti
mselim3
Ada permintaan kongsi resepi Tuan M. Selim. Tu yang buat hehe. Mekasih Tuan sudi berkunjung.
Deleteamboi siap bleh modified che mat punya resepi tuh
ReplyDeleteSaya dan suami memang selalu rujuk resipi Che Mat. Resipinya memang terbaik semua menjadi. Tapi... Kengkadang sedang masak, timbul idea lain pula. Hehe.. Gitulah jadinya Blogger Lelaki heee...
Deletemantap bener rasanya
ReplyDeleteYa Tuan. Terima kasih sudi berkunjung.
Deletecoba tiru nih resepnya
ReplyDeleteYa sila cuba. Mekasih Tuan :)
Deletelapar lak rasa pepagi buta tgk gambar ni. boleh share recipe ya.
ReplyDeleteSilakan, sila kredit ke blog ini ya Cik Imah. Terima kasih :)
Deleteish ish ish... kecur air liur tengok pepagi puasa ni...haha
ReplyDeleteSaya pun kecur air liur Cikgu Nizam. Hehe. Mekasih sudi berkunjung :)
Deletenampak sedap je tu....
ReplyDeleteMemang sedap sangat. Kegemaran saya sekeluarga Puan Zaida hehe. Cubalah :)
DeleteMaaf tanya..yg cili hijau dan cili merah tu lada besa ke lada api?..terima kasih
ReplyDeleteLada besar Adik Noor Syuhada. Terima kasih bertanya :)
Deletebisa menggugah selera ni ... dari tampilannya aja udah keliatan ...
ReplyDeleteDah try...br je siap msk...mmng trbaik....smlm buat roti cheese naan...pg ni tringin nk cicah nk kima daging...dpt resepi kat sini trs buat...trangkat kening2...huhu
ReplyDeleteCheese naan vs kima daging...yummy