Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
Pernah tidak anda menulis surat dalam tulisan Jawi? Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi Format Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi. Surat kiriman tidak rasmi adalah salah satu sub-tajuk di dalam mata pelajaran Jawi yang saya ajar.
Berikut adalah Cara menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan Jawi mengikut nombor tertera seperti di dalam gambar di atas :
- Alamat pengirim di sebelah kiri.
- Tarikh di sebelah kiri.
- Pendahuluan (Perenggan pertama).
- Isi (Perenggan ke dua).
- Penutup (Perenggan ke tiga).
- Yang Ikhlas.
- Tandatangan.
- Nama penuh pengirim.
"Blog ini masih dalam proses penambahbaikan. Harap maklum.
|
Surat Kiriman Tidak Rasmi tulisan Jawi tajuk : Ucapan Takziah. |
Panduan menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi ini saya buat entri disebabkan kesukaran saya mencari contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi sewaktu saya ingin membuat Alat Bantuan Mengajar subjek Jawi Tahun 6 ketika pensyarah datang mencerap saya beberapa minggu yang lalu.
Saya berharap Format Surat Kiriman Tidak Rasmi ini bermanfaat bagi kegunaan guru-guru yang mengajar subjek Jawi dan bermanfaat juga kepada murid-murid yang ingin membuat rujukan kelak. Insyaa Allah saya akan kemaskini lagi dengan lain-lain contoh surat kiriman berbahasa Jawi hasil tulisan tangan murid-murid saya yang kreatif. Tahukah anda bahawa Format Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan rumi adalah berbeza?
"Entri ini auto post. Harap maklum".
Eh, patotonya en 'Ahmad' tu sain pon dalam jawi... yg lain cantek je dia tulis dalam jawi...!
ReplyDeletehehehe
Hehe... ha ah kan... Baru perasan... haha
DeleteSungguh bermanfaat sekali kak ieta,tulisan jawi kini seperti hilang di telan zaman,apakah ada usaha untuk memartabatkan tulisan jawi seperti ini ..
ReplyDeleteTerima kasih kak ieta perkongsian ini ya ;)
dah lama tak tulis guna tulisan jawi.
ReplyDeletesinggah kat kak ieta..hehe..pe kabo kak
ReplyDeletealamak. dah merangkak-rangkak sekarang nak baca tulisan jawi :(
ReplyDeleteجيد
ReplyDeleteMohon izin utk save...