HATI SEORANG IBU

HATI SEORANG IBU.
Air Nur Cocoa terdapat di pasar malam. Sedap...
Air Nur Cocoa terdapat di pasar malam. Sedap... Sekadar gambar hiasan
USAI MENGAJAR.
Satu malam usai mengajar mengaji, seorang ibu berjalan di pasar malam. Dalam hatinya mengumam sendirian,

"Apa ya aku nak beli untuk anak-anakku dan suamiku di rumah?".

Sedangkan ditangannya tak punya wang yang banyak untuk membeli sesuatu. Yang ada, hanyalah wang untuk perbelanjaan keesokan hari sahaja.

TEKAK KEHAUSAN.
Tiba-tiba kakinya melencong ke arah penjual air. Mungkin kerana tekaknya yang kehausan yang amat sangat, lalu si ibu itu membeli air Durian Belanda kesukaannya.

Dalam hati, "Kalau beli cup besar, di rumah ramai boleh minum ni".
Lantas si ibu bertanya kepada gadis peniaga air tu,

Adik, kalau cup besar tu berapa ringgit ya dik?". Tanya si ibu sambil melihat wang di dalam dompetnya dan ingatan berlegar kepada anak-anak di rumah yang sering ternanti-nantikan apa ibu bawa balik walau pun sudah makan malam bersama ayah mereka.

"RM2.50 kak" jawab si gadis penjual air.

"Tak pelah dik, bagi akak cup kecil je cukup" kata si ibu.

Di sebelah gerai penjual air, ternampak keropok lekor kegemaran si ibu dan anak-anak di rumah. Lalu dibelinya sebanyak RM3.00 menggunakan wang di dalam sampul wang khas untuk minyak kereta.

Dalam hati si ibu,

"Tak pelah, adalah tu nanti... kat mana-mana rezeki nanti Allah bagi untuk belanja esok lusa".
Pasrah sungguh si ibu.

JAGUNG REBUS JAGUNG BAKAR.
Terlihat di hadapan kedai penjual air, jagung rebus dan jagung bakar.

"Ha, anak-anak suka ni. Belilah. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu aku bawa balik untuk anak-anak dan suamiku di rumah" ngumam si ibu dalam hati sendirian lagi sambil menuju ke  gerai penjual jagung.

"Dik, ni berapa ringgit ya dik?" Sambil menunjuk ke arah jagung dalam cawan.

"2 setengah kak". Jawab gadis penjual Jagung tu.

"Yang rebus dan bakar ni berapa pula dik?". Tanya si ibu.

"Yang ni 2 ringgit 50 sen kak. Yang tu pun sama". Jawab gadis penjual jagung.

Tanpa berfikir lagi, si ibu membuat keputusan, "Bagi akak jagung rebus dan jagung bakar dik". Pinta si ibu sambil mencari wang RM5 dari sampul wang minyak keretanya.

"Nah dik, beli ya dik". Akad jual beli si ibu sambil menghirup air Durian Belanda membasahkan tekaknya yang kering seketika.

"Ya Allah, mahalnya... Tapi takpelah, untuk anak-anak dan suami. Esok lusa pasti ada rezeki lain Allah bagi". Ngumam si ibu dalam hati lagi.

Si ibu berjalan balik sambil fikiran ligat memikirkan sesuatu untuk belanja sekolah anak-anaknya yang bersekolah dan demi masa hadapannya.

9/10 REZEKI DARI DUNIA PERNIAGAAN.
Lantas si ibu teringat, "Ha, semalam dan tadi ada customer bank in duit produk niaga. Ha, bolehlah nanti ambil buat belanja sementara nak dapat gaji. Alhamdulillah Ya Allah...".

Menangis dia seketika. Rupanya duit perniagaannya masih ada... Bersyukurlah... Benarlah, 9/10 rezeki adalah dari dunia perniagaan...

Si ibu meneruskan perjalanan balik ke rumah. Dalam perjalanan, minyak kereta diisi di Petronas berhampiran. RM50.00, penuh tangki minyak kereta si ibu.

KELETAH DAN WAJAH COMEL ANAK-ANAK MENGHIBURKAN HATI IBU.
Tiba si ibu di rumah, anak kecil berumur tiga tahun siap menanti dan membukakan grill pintu rumah sambil berkata,

"Bu pe tu Bu?" Sambil menunjuk kepada makanan di tangan si ibu.

Sejuk hati si ibu melihat wajah comel anaknya. Melihat suami tercinta tidur, sambil meletakkan makanan si ibu berkata, "Makanan... makanlah", kata ibu, tanpa bercerita apa-apa dan terus berlalu ke bilik menyimpan beg, bersiap untuk berehat.

Begitulah keletah anak-anak si ibu saban hari. Balik sahaja, pasti anak-anaknya mengintai ditangan si ibu apa yang ibu mereka bawa balik. Dalam hati si ibu,

"Alhamdulillah ku beli sesuatu. Boleh juga anak-anak makan".

Anak-anak si ibu makan dengan penuh kegembiraan walau pun sebenarnya tadi, sudah makan bersama ayah mereka. Di dapur, baki telur masak kicap ada di atas meja.

"Sudah makan rupanya anak-anak dan suamiku. Alhamdulillah...". Berbicara sendirian hati si ibu.

Sebab itu aku berniaga... Aku takkan meminta-minta...
Gambar sekadar hiasan nak bagi anda terliur. Sedapkan Nur Cocoa tu? Gi beli kat Dunia Niaga ieta Enterprise atau whatsapp je 0192586141 ek?

TAHUKAH KITA?
Hati seorang ibu sering tidak terdugakan? ‬Seorang ibu pasti ingatkan keluarganya walau apa jua keadaan. Adakah kita tahu hati ibu kita? Ingatkah kita kepada ibu kita?
Sajak Seorang Wanita Itu...
Seorang Wanita itu...

TAK MAMPU BERSEDEKAH? 

Senyumlah. Senyum tu pun sedekah.

Tadi ambil anak di sekolah, saya senyum kepada seorang emak yang menunggu anak di tepi pagar sekolah. Wajahnya nampak sangat kepenatan.

Saya senyum kepadanya. Dia balas senyuman saya. Serius Tuan Puan, tenang hati saya dan happynya rasa dijiwa.

Berkaitan sedekah,

Bukan semua orang mampu walau sekadar RM10. Usahlah kerana orang tidak bersedekah kita pandang orang tu hina pula. Kita tak tahu kesusahan dilaluinya.

Saya pernah melalui zaman di mana nak beli susu pampers anak, sesen duit pun tak ada. Ye lah, gaji kontrak masa tu melalui 3 jabatan. Jadi, apa saya buat? 

Nak meminjam malu. Nak pergi ke Baitulmal mohon RM50 setahun tu, terfikir 

Takpelah. Duit tu mesti ada orang lain lebih memerlukan.

Tak jadilah saya ke baitulmal memohon bantuan.

Nak tahu saya buat apa? Boleh gunakan idea saya, berniagalah. Takpun menabung. Sesak, koreklah tabung. 😁

Ini sekadar kisah hati seorang ibu yang sentiasa beridea dan berusaha buat apa sahaja. Support suami yang banyak tanggungjawabnya demi anak-anak. Bukan menghabiskan duit suami sahaja dan berbangga-bangga dengan kemewahan yang ada. Kadangkala yang melihat dan membaca pelbagai tanggapannya. Ada yang menangis sedih sebab tak dapat seperti apa kita dapat. Kasihan merekakan?

Apa pun sama-samalah kita support IBU-IBU suri rumah yang berniaga ya. Ambil dan kongsilah mana yang bermanfaat. Terima membaca. 🌹


Artikel berkaitan
PENTINGNYA MENABUNG (Sila klik dan baca).


Comments

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com