PENGALAMAN BEKERJA, BERNIAGA DAN MEMBIMBING USAHAWAN.
Setiap orang ada pengalamannya tersendiri. Seperti biasa, saya suka kongsikan pengalaman saya sendiri. Mana yang baik jadikanlah tauladan mana yang buruk jadikanlah sempadan. Usahlah kita banding-bezakan kisah kita dengan sesiapa. Ini semua adalah kehidupan ketentuan Allah SWT telah tentukan kepada saya dan kita semua sebenarnya.
PENGALAMAN GURU SEKOLAH RENDAH
|
Inilah antara kotak berisi kertas-kertas soalan untuk saya tanda bermula 2007 sehingga 2017 di sekolah rendah agama bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Biasanya dua kotak penuh. |
Tanda kertas peperiksaan anak murid perkara biasa buat seorang guru. Saya nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mantan Penolong Guru Besar sekolah Rendah swasta dan mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebab saya meletakkan jawatan :
- Fokus belajar.
- Fokus berniaga.
- Sakit kronik slipped disc.
Oleh itu saya amat faham kesukaran waktu berhari raya menanda kertas peperiksaan dan key in markah. Selepas itu ada sesi semakan bersama murid-murid pula. Tempoh seminggu biasanya saya berikan untuk anak murid saya semak, buat pembetulan markah dan pembetulan menjawab soalan yang salah.
Selalu juga saya beri markah kasihan. Contohnya markah lulus ialah empat puluh (40). Tetapi pelajar mendapat markah tiga puluh sembilan (39). Jadi saya genapkan terus kepada empat puluh (40) untuk memudahkan saya mengira markah.
Itu pada peperiksaan biasa. Tahunan dan ujian bulanan. Tetapi untuk markah Ujian Penilaian Kafa dan Quran (UPKK), saya fixkan markah mengikut pencapaian mereka sebenarnya. Saya tidak mahu menipu kerana ianya bersijil.
Saya pernah dimarahi Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana memberi markah gagal kepada pelajar yang memang tidak tahu membaca Al-Quran, tidak tahu membaca dan tidak tahu menjawab soalan.
Dalam hidup ni mana ada orang tak menipu aih!" bentaknya kepada saya minta beri markah lulus juga-juga.
Sedangkan markah murid itu hanyalah bawah dua puluh lima (25) markah sahaja. Saya tetap bertegas tidak menaikkan markah murid itu.
Pada saya menipu buat apa? Tidak berkat dalam kehidupan dan pekerjaan saya. Tidak berkat juga pada pembelajaran anak murid itu sendiri.
Hasilnya Guru Penolong Kanan Pentadbiran itu pulau saya, herdik saya di khalayak awam dan menghasut guru-guru lain pulau saya. Ini juga disebabkan Guru Besar, Ustazah Murni Yantie Muhiddin amat baik dengan saya beliau yang bertanggungjawab memilih saya untuk dicalonkan ke peringkat jabatan seterusnya dicalonkan sebagai penerima anurgerah perkhidmatan cemerlang (APC) di peringkat Negara. Anugerah diberikan oleh Doktor Asyraf Wajdi wakil Ketua Setiausaha Negara. Guru Penolong Kanan Pentadbiran tidak berpuas-hati. Perli, sinis dan sindir saya kerap kali.
Saya tidak pernah menjawab atau melawan. Saya ikut perintah Suami saya bersabar dan abaikan sahaja kerana Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Bendahari, Setiausaha Pelajaran, Guru Biro Koperasi, guru kelas bernama J masing-masing menjalankan modus operandi masing-masing menghasut supaya Guru Besar lama dan Ustazah Murni Yantie Muhiddin supaya membenci saya dan mereka sentiasa sahaja mencari salah dan silap saya yang pada mata suami saya merwka hanyalah pendengki.
Disebabkan Guru Besar lama dan yang baru ini sering menjadikan saya sebagai contoh kepada kakitangan yang lain, supaya meniru saya bawa pembaharuan ke dalam kelas tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Jadi saya abaikan semuanya, waktu rehat saya di dalam kelas dan rehat di kantin sekolah. Kakak kantin juga baik dengan saya.
Dengkinya mereka hinggakan anak-anak saya tidak dibenarkan masuk ke bilik guru atas alasan takut apa-apa terjadi seperti kehilangan barang. Sedangkan anak-anak guru lain semua lepas bebas keluar masuk melompat dan bermain malahan ganggu kawasan meja saya. Saya tetap bersabar juga. Di dalam mesyuarat saya bangkitkan isu ini. Saya nyatakan anak-anak saya hanya masuk ke bilik Guru letak bag sekolah sahaja. Selepas itu saya tidak benarkan lagi anak-anak saya masuk ke bilik guru. Tolong guru-guru pemalas bawa buku ke bilik guru pun saya larang. Kami hanya berehat di kantin atau dalam kelas saya sahaja. Memang saya bersendirian.
Di sekolah lama seekor Ustaz perasan fitnah saya kerana laparkan perhatian. Saya belajar bahasa arab dengan Ustaz gila isim kuat perasan ni. Entah apa dia sembang kari kepada Guru Besar tongong tidak berakal fikiran, Guru besar whatsapp saya tengah malam buta fitnah saya curang dengan Ustaz berhati syaithon. Saya terus beri suami saya baca whatsapp itu. Suami saya cakap,
Apalah tak profesionalnya Guru besar. Macam tak boleh tunggu esok di sekolah berjumpa". Saya kemurungan jugalah sekejap. Hahaha.
Esoknya saya MC.
Kak kenapa tak jelaskan kisah sebenarnya kepada yang lain? Kenapa diam sahaja?" Kawan kepada Ustaz gila tu tanya saya.
Saya jawab,
Malaslah. Ikut cakap Suami diamkan sahaja. Biarlah. Lambat laun orang tahu juga kebenarannya". Begitulah relax nya saya. 😁
Setiausaha Pelajaran seperti senghaja buka facebooknya dan biarkan Bendahari baca facebook saya. Masa tu kurang cerdik lagi. Memang semua saya luahkan di facebook. Tapi berkiaslah. Tidak sebut nama sesiapa pun. Sekadar luahan melalui sajak dan kata-kata sahaja. Dengan izin Allah fitnah itu buat rakan-rakan sekerja pulau saya. Bendahari gelidah facebook saya dan sebar fitnah. Dalam bilik guru kerjanya ghibah (mengumpat) saya.
Suami aku lebih hensem weh. Kenapa perlu aku syok kat jantan perasan? Semua apa aku buat aku minta izin dan maklumkan kepada suami aku. Tang celah mana ko**k kepala bu**h hang aku nak curang? Gila punya Guru Besar. Aku lebih lama bekerja di situ, dia boleh percayakan pula mangkuk hayun itu". Sekarang inilah saya cakap dalam hati sahaja. Pada masa tu saya diam sahaja. Malas layan. 😂
Dulu saya tidak pandai memaki dan mencarut pun. Saya lebih banyak diam sahaja. Sejak saya difitnah, dianiaya, dizalimi, diperlakukan jenayah cyberbully dan body shaming akidah, minda dan jiwa saya oleh 'kumpulan ajaran sesat penganut teori akhir zaman (ilmu fitan atau preppers) teori konspirasi pelampau pemberontak negara, gang gila isim, paranoid akhir zaman teori konspirasi, gila isim alam ghaib, gila isim keturunan ghaib, gila isim makrifat sesat, kuat berhalusinasi dan kuat menakut-nakutkan awam' pada tahun 2020 sehingga tahun 2021 yang lalu, saya sudah biasakan memaki dan mencarutkan siapa sahaja yang biadap kepada saya. Melalui tulisan sahaja. Kisah pula saya, peduli apa saya pada pandangan orang.
Tuan Guru Tauhid saya bekas askar. Beliau bimbing dan latih saya serupa askar. Beliau cakap,
Hang tu lembut sangat. Cuba hang maki sikit depa tu! Depa tu gila. Depalah lahanat!". Sejak itulah memang saya makikan sahaja siapa yang biadap terhadap saya.
Syok tahu maki carutkan penjahat. Tulisan sahajalah. Jika berhadapan dengan saya terdiam pastinya mereka semua. Memang akan keluar semua fakta kebatilan yang ada.
Memang saya sudah maki pun Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Setiausaha Pelajaran dan sebahagian ahli gang 'kumpulan ajaran sesat penganut teori akhir zaman (ilmu fitan atau preppers) teori konspirasi pelampau pemberontak negara, gang gila isim, paranoid akhir zaman teori konspirasi, gila isim alam ghaib, gila isim keturunan ghaib, gila isim makrifat sesat, kuat berhalusinasi dan kuat menakut-nakutkan awam'. Puas hati saya.
Sebulan rasanya saya tidak hadir mesyuarat. Malas. Saya lepak dalam pusat sumber kelolaan saya. Aman damai tenteram jiwa saya. Tetapi pada akhirnya siapa entahlah pujuk saya. Saya masuk, semua pentadbiran kena basuh
Sebelum itu Bendahari sudah buat perangai mencari pasal. Buku skrap saya latih dan bimbing anak murid buat dikatanya tidak berfaedah. Saya jumpa dia terus tanya kenapa dengki sungguh dengan saya? Tidak terjawab. Saya menyorok dalam pusat sumber juga. Malas masuk mesyuarat.
Mailah masuk meeting." Siapa entahlah saya tidak ingat memujuk saya.
Hang jangan lagu tu. Masuk meeting cakap semuanya." Guru Besar bersembang dengan saya. Saya diam sahaja. Guru besar lama memang baik dengan saya. Yang baru termakan hasutan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan guru berlagak di sekolah itu. 🤭
Itulah antara kisah saya di sekolah lama dan di sekolah baru. Masa lapor diri di sekolah baru, Guru Penolong Kanan Pentadbiran muka macam tikus belangai masam mencuka. Bencinya kepada saya. Terpengaruh dengan kata-kata rakan sekerja saya di sekolah lama, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan seorang Guru baru masuk yang berlagak hebat di sekolah lama itu. Saya faham. Saya diam sahaja. Saya malas melayan.
Ada yang tulis, jika 95% orang benci kita maknanya kita yang bermasalah. Memanglah. Masalah saya ialah, jika siapa pun anda, jika anda salah anda tetap salah. Saya tidak akan membodek anda punya walaupun anda Guru Besar saya. Kelakar. Nampak hebat tetapi suka membuat andaian sendiri. Ajak orang ramai mengumpat sama. Alamak. Sejenis gila isim juga rupanya. 😂
SAKIT KRONIK SLIPPED DISC
Masa ni Guru Besar sayang saya tau. Beliau sangat mulia. Langsung tidak termakan hasutan Guru-guru lain.
Alhamdulillah saya ditakdirkan Allah jatuh sakit kronik Slipped disc atau doktor pakar sebut back pain pada bulan empat (4) tahun 2017. Anak murid yang ramai guru-guru hina sebagai lembam dan tidak berguna, itulah anak murid yang datang ke kereta saya menghulurkan bantuan melihat saya bertongkat terhegeh-hegeh dengan muka menahan sakit bergerak ke sekolah tingkat dua. Beliau minta bawakan buku dan kertas soalan ke kelas saya. Saya ingat wajahnya sampai bila-bila tetapi saya sudah lupa apa namanya. Itulah saya. Ramai ingat saya tetapi saya kurang ingat orang. Maafkan saya.
|
Siapa entahlah anak murid ini. Terharu saya dengan tulisannya ini. |
Guru-guru menghina saya. Guru kelas bernama J siap pergi ke rumah kawan baik saya bekas guru di situ yang berpindah ke Pulau Pinang dan membuat fitnah,
Alah, Kak iEta tu saja ja buat-buat sakit!" Begitu sekali bencinya beliau kepada saya.
Sakit hati kerana saya selalu ikut perintah Guru Besar saya agaknya. 🤭
Sakit kronik Slipped disc menyerang tidak kira masa dan tempatnya. Jadi, keraplah saya MC. Bila saya MC guru-guru merungut dan pertikai saya. Jika mereka bercuti atau MC adakalanya saya tidak kisah ganti kelas mereka. Saya ok sahaja. Jika saya perlu bercuti atau saya terpaksa MC tidak dapat bergerak bangun ke tempat kerja, group whatsapp dijadikan ruang menghina dan mengeji saya. Ustaz OKU baik. Tidak pernah menyalahkan saya. Guru-guru perempuan dan seorang Ustaz anak emas Guru Penolong Kanan Pentadbiran, pelbagai kata umpat dan nista mereka lemparkan kepada saya. Saya dengar dan ada guru yang baik jugalah dengan saya, mengadu-domba saya tetapi saya malas ambil kisah saya buat pekakkan telinga sahaja.
Beberapa kali saya pernah pengsan akibat terlalu menahan kesakitan tetapi saya tetap bekerja. Mestilah hendak menjaga nama saya. Lagipun kasihanlah anak-anak murid saya. Mereka mengadu kepad saya jika saya mengajar mereka faham. Guru lain mengajar tidak faham-faham. 🤦
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Bendahari, Guru Biro Koperasi dan guru kelas darjah empat ketawakan saya. Saya dengar perbualan mereka. Tanpa rasa malu dan tidak beradab kepada suami saya dan pekerja ambulan masing-masing berdiri meleser di tepi ambulan tidak memberikan laluan dan masih mentertawakan saya. Walaupun saya pengsan, saya masih mendengar setiap perkataan mereka katakan.
Pemandu van ambulan bertanya,
Mereka tu siapa? Tidak beradabnya". Bayangkan. Ustazah bersikap sedemikian rupa tidak berakhlaknya. Saya pula yang rasa malu bila suami saya bercerita kepada saya keesokannya selepas saya sedar dari pengsan.
Saya terpaksa tinggal di hospital, dirawat sakit kronik slipped disc dan diberi MC lama juga. Sakit slipped disc disebut juga back pain atau nama lainnya phrolapse intravetebral disc ni, bila hadir sakit saya tidak boleh bangun disebabkan disc dipinggang saya terhimpit, tergeliat dan terkeluar.
Doktor pakar ortopedik dan doktor-doktor pelatih di HKL banyak membantu saya, tenangkan saya dan beri semangat kepada saya. Doktor ramai bukan Islam lebih beradab dan berakhlak daripada segelintir guru-guru di sekolah rendah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bila sudah sembuh, saya nekad ambil keputusan meletakkan jawatan tinggalkan gaji 4 angka pada bulan sembilan tahun itu juga.
Semasa saya menyerahkan surat perletakan jawatan, Ustazah Murni Yantie terkejut. Pada mulanya beliau memujuk saya untuk saya mengajar di kelas bawah sahaja.
"Allahuakbar, sabaqnya Ustazah ni. Saya sampai naik hairan. Bilalah Ustazah ni nak berhenti. Kenapalah Ustazah sabaq sangat Ya Allah. Orang buat apa Ustazah sabaq tak melawan pun". Saya senyum sahaja. Sembunyikan air mata kesedihan saya. Kerana saya sangat sayangkan beliau dan murid-murid saya sebenarnya. Sedikit pun air mata saya tidak keluar. Saya jadi nekad disebabkan saya berfikir,
Lebih baik aku meletakkan jawatan daripada orang lain berbuat dosa mengumpat, menghina dan menganiaya aku. Lagipun aku selalu sakit tak tahan. Bila sakit apa pun aku tak boleh buat". Itulah sebab saya nekad meletakkan jawatan.
Saya sanggup tinggalkan gaji berangka empat digit untuk menjaga hati dan perasaan saya daripada berkekalan dalam kelompok Guru-guru tidak berafab, tidak berakhlak dan berperangai toksid laksana parasit.
Saya memang sejenis workaholic dan patuh arahan Jabatan. Tetapi Pegawai di Jabatan yang mana menindas tetap saya lawan. Saya hantar terus surat kepada pihak atasan. Jika selama ini dari sekolah lama saya hanya pendamkan sahaja rasa kecil hati dianiaya, ditindas dan tertekan bekerja di sekolah. Saya hanya bersuara dan melawan sewaktu dalam mesyuarat sahaja. Saya tidak suka bercakap di belakang-belakang. Ya. Memang saya lone ranger. Disebabkan itu saya masih boleh bertahan selama sepuluh tahun sahaja. Meletakkan jawatan atas kehendak Allah SWT saya sakit kronik slipped disc.
Ustaz Haji Abdul Salam, rakan sekerja saya dari masa saya dilantik sebagai Penolong Guru Besar di sebuah sekolah swasta sehinggalah saya menjawat jawatan di JAWI, sahabat saya inilah yang amat memahami saya bagaimana. Anak-anak murid sangat suka dan sayangkan saya. Itulah membuatkan saya bertahan meneruskan kerjaya bermula sebagai Guru biasa sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Betapa mereka di sekolah lama dengki dan berkomplot menganiaya saya, gelaran sepatutnya dianugerahkan kepada saya pun ditukarkan kepada gelaran yang tidak enak didengar. Nama saya tidak dimasukkan sebagai urusetia program Hari Anugerah Cemerlang selepas saya berpantang. Saya tegur dan guru bernama Z hanya berselola dengan saya menyatakan perkara itu perkara biasa sahaja. Relaxlah.
Dahsyat mereka berkomplot menganiaya saya. Saya tetap bersabar. Yang rapat dengan saya dihasut mereka yang tidak boleh lihat saya berbaik atau guru lain berbaik dengan saya. Lama kami tidak bertegur-sapa sehingga saya si tua umur ni pergi bertanya khabar atas nasihat suami saya. Kami berdamai akhirnya.
Betapa tidak beradabnya, seorang guru SZ, angkat tangannya memegang selipar atas daripada kepala saya seolahnya mahu memukul saya. Saya memang sukakan baby anak kecil yang comel. Saya dengan suami di sisi. Tertengoklah anak SZ ni. Saya nampak beliau marahkan suaminya. Melarang suaminya dari anaknya dilihat oleh saya. Sejenis apa saya tidak tahu beliau itu. Akhirnya saya ditempatkan satu sekolah dengan suaminya.
Rupanya dengki dan takut aku kacau lakinya. 🤣🤣🤣🤣
Wehlah hai, suami aku lebih baik, bijak dan hensemlah perempuan oi.
Ada ayatnya buat saya ketawa besar. Saya terus masuk dalam bilik guru dan saya cakap kuat-kuat.
Suami aku lebih baik, bijak dan hensemlah hoi. Ingat aku kemaruk sangat kat laki hang?" Terdiam dia.
Nampak tidak betapa kuatnya pengaruh saya hingga risaunya hati-hati makhluk tidak beradab yang bukan-bukan terhadap saya ini? Kelakarlah bab ni. Saya tergelak sambil menulis kisah lucu ini.
Syukur Alhamdulillah suami saya pendengar dan penasihat yang sangat baik. Beliau sentiasa memberi semangat dan kata-kata yang positif untuk saya kuat meneruskan khidmat saya di kedua-dua sekolah JAWI itu. Ya semuanya saya kongsikan kepada suami saya. Sebab dialah kekasih hati dan sahabat saya. Selepas berkahwin saya tidak ada lagi sahabat dan kawan rapat. Saya lebih utamakan Suami saya. Kuturuti sahaja semua kata-katanya.
Berbalik kepada berpindah sekolah, ada tiga sekolah pilihan saya. Alasan saya hendak berpindah dari sekolah lama adalah kerana kos pengangkutan mahal. Saya tidak meletakkan perasaan dan emosi saya mengatasi segalanya untuk berpindah. Saya dan suami hidup sangat sederhana. Saya memang sangat berjimat-cermat semasa itu. Saya sudah lama menabung lima puluh sen setiap hari menjadi amalan saya dari zaman saya bujang anak dara lagi. Pernah saya korek tabung lima puluh sen untuk beli susu dan pampers anak-anak saya.
Segelintir pegawai di Jabatan mana faham semua ini. Paksa saya dalam keadaan sarat mengandung hadir kursus di luar kawasan. Saya fight. Tetapi dipaksa juga. Suami saya cakap pergilah. Dia izinkan. Kalau jafi apa-apa siap JAWI. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak kedua saya. Di lokasi kursus rupanya pegawai JAWI yang baik hati dan menjadi idola saya seorang Ustazah banyak membantu saya dan beri kesedaran kepada Guru-guru lelaki bantu orang yang sarat mengandung usah dibiarkan. Hormati saya. Saya sedih bab ini. Walau ada yang jahat. Ada juga yang baik terhadap saya yang sudahlah miskin, tidak berkereta. Pakaian pun jarang bertukar pada masa itu. Pakai pun beg buruk sahaja. Saya orang yang sangat susah masa di sekolah lama dahulu. Memanglah ramai tidak mahu mendekati saya. Ada yang baik hati, berbual dan sampai sekarang masih lagi bertegur-sapa jika bertemu di pasaraya. Sudah berniqab sejak 1/7/2021 ramai tidak kenal saya. Saya selesa. Biarlah saya tidak dikenali di dunia asalkan saya bahagia dengan suami dan anak-anak saya dan saya sudah ada Tuan Guru saya. Cukuplah itu untuk saya.
Pegawai di Jabatan segelintirnya (tidak semua ya) hanya tahu kerah tenaga guru-guru sahaja. Program berbaur politik pun dikerahnya kami guru-guru hadir tinggalkan anak murid kami. Tongong sangatkan? Seronok menjadi balaci polotichian korupsi. Pakaian seragam pun ada Pengarah sanggup mentekedarah guna duit zakat, manalah tidak tergamak menjadi balaci politaik. Haram sumber pegawai dan guru-guru yang menggunakan duit zakat daripada rakyat menjadi sumber makan minum atau pakaian hangpa.
Korupsi di Jabatan ini, rakan Blogger saya kongsikan penyata auditor belanjawan JAWI pada tahun 2020 atau 2021 saya tidak ingat. Alhamdulillah saya sudah lama meletakkan jawatan. Mungkin jika ada lagi di Jabatan saya tegur Pegawai atasan berkaitan. Jangan makan dan guna duit rakyat.
Hahaha saya sudah pernah menyatakan. Jika saya mula menulis saya tulis panjang. Banyak akan terbongkar habis-habisan. Saya minta maaflah ya. Saya bukan motivator. Hanya insan biasa yang teraniaya.
Tiba masanya saya sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lama saya tunggu jawaban. Pegawai yang baik dengan saya panggil untuk saya semak SKT di hadapannya dengan bimbingannya. Beliau terkejut saya tidak dapat sambung belajar disebabkan ada satu tahun Guru besar memberi markah SKT saya bawah 90%. Jadi tidak cukup syarat kelayakan untuk belajar.
Pegawai berkenaan tanya saya,
Ustazah, kenapa tahun ni satu sahaja markah bawah 90% sedangkan tahun lain sebelum dan selepasnya tinggi semuanya 90% ke atas?
Saya jawab,
Entahlah Cik. Tak apalah. Ada lah tu Guru besar yang menganiaya saya akibat termakan hasutan para pentadbirannya. Biarlah. Dia menganiaya saya. Esok lusa anak-anak dia dianiaya orang pula".
Saya tahu Guru Besar itu siapa. Memang ada kes saya diserang ibu bapa pelajar darjah empat fitnah saya cubit dia sampai lebam. Pentadbiran tidak siasat. Pentadbiran langsung tidak pernah membela saya. Saya diam berpeluk tubuh pandang wajah ibu bapa kurang ajar itu pun tidak. Dalam kelas, semua pelajar meluru ke arah saya dan memujuk saya.
Memang ada budak sekolah rendah pandai jadi play victim. Saya pernah terkena. Budak darjah 4 fitnah saya cubit dia sampai lebam. Kawan kelas dia datang kepada saya dan bagitau sebenarnya budak tu kena pukul dengan cikgu sebelum saya masuk dan paling mengejutkan, rupanya dia kaki paw duit budak sekolah kebangsaan. Anak polis pulak tu. Kecik-kecik dah terror fitnah Cikgu sendiri. Adoilah. 😂
Mereka cerita pelajar yang fitnah saya tu samseng di sekolah kebangsaan dan selalu paw duit pelajar lain. Ibu bapa polis, anak samseng. Pelajar-pelajar saya dalam kelas itu beritahu saya, sebelum saya masuk kelas, guru kelas mereka rotan pelajar tu. Saya malas cakap banyak. Saya buat tidak layan budak itu sehinggalah darjah enam. Nampak? Budak sekolah lagi pandai bersandirwara.
Sebelum itu seorang pengawas darjah enam (6) sepak kaki saya yang sedang sarat mengandung semasa saya balik hendak duduk di meja saya dari urusan fotostat lembaran tuisyen untuk diagihkan kepada mereka di dalam kelas. Saya nyaris terjerembab ke lantai. Bayangkan saya sedang dalam keadaan sarat mengandung.
Pentadbiran Ustazah P bangsa banjar. Beliau cakap,
Alah tu kan budak-budak. Maafkanlah. Bukan ada apa-apa pun". Sungguh bodoh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid itu mempertahankan kebiadaban murid kelasnya sendiri. Saya malas bertekak. Masa ni saya pun masih tidak cakna bab adab lagi. Jadi, masuk kelad kedua murid itu saya abaikan terus.
Saya ceritakan sedikit sahaja kejadian penganiayaan yang berlaku ke atas diri saya kepada beliau. Pegawai perempuan itu dan rakannya lelaki yang lalu pada saat itu di meja kami pun bersedih mendengar kisah saya. Lama saya cuba untuk redha dan menerima kenyataan saya tidak dapat sambung belajar disebabkan penganiayaan. Saya amat kecewa. Reputasi saya merosot. Saya kerap sakit. Hinggalah saya jatuh sakit kronik slipped disc di sekolah baru tu saya pujuk hati saya dengan berkata ini bukan rezeki saya dan pasti ada hikmahnya. Suami saya pun kerap pujuk saya.
Selepas meletakkan jawatan pada bulan tujuh (7), bulan sebelas (11) tahun 2017 tu hilang terus semua kekusutan dan keserabutan saya dengan perihal makhluk tidak berakhlak dan biadap dengan saya. Syukur Alhamdulillah saya sembuh terus sepenuhnya. Tidak perlu lagi berulang-alik ke hospital atau klinik setiap kali sakit. Tidak perlu lagi menjalani fisioterapi mingguan dan rawatan cheragem. Sakit slipped disc saya sembuh sendiri dengan izin Allah tanpa suntikan dadah steroid, tanpa suntikan dadah voltaron dan tanpa pembedahan.
Dihina dicaci biras-biras busuk hati, abang ipar sulung dan kakak ipar sulung yang termakan hasutan biras akibat kepala dan otak masing-masing letak dilantai itu biasa. Saya tidak menjawab. Saya tidak mahu kecoh. Sedang sakit dihina dan diperlecehkan. Apa sahaja saya mampu buat? Saya senyap sahaja sambil melipat pakaian mendengar kejian mereka di hadapan anak-anak saya dan anak saudara saya. Kakak ipar sulung sudah minta maaf. Tapi suaminya dan dirinya pun sama biadap dan bangang. Akibat taksubkan vaksinb mereka ugut saya. Mereka ingat saya ni anti vaksin. Saya anti kebodohan, anti ketaksuban melampau, anti ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan saya anti 'Kumpulan ajaran sesat penganut akhir zaman (ilmu fitan atau preppers) teori konspirasi pelampau pemberontak negara, gang gila isim, paranoid akhir zaman teori konspirasi, gila isim alam ghaib, gila isim keturunan ghaib, gila isim makrifat sesat, kuat berhalusinasi dan kuat menakut-nakutkan awam' mereka ini pun saya bangkang. Boleh pula dia jadi tongong percayakan fitnah pemesong akidah itu.
Pergi surau tunggang tungging solat tapi jadi munafik belaka. Biras, abang ipar sulung dan kakak ipar sulung balik baru saya beritahu suami saya. Depan suami mereka penakut tidak berani marah dan bersuara pun terhadap saya. Belakang suami saya, macam-macam ayat musibat lahanat ditojahkan kepada saya yang sedang sakit. Keluarga masing-masing semua bermasalah.
Inilah bukti, mereka yang berpelajaran tinggi tidak semestinya beradab. Tetapi orang beradab sudah semestinya berpelajaran. Tinggi atau tidak pelajaran tiada apa pun dibanggakan. Semuanya tidak menjadi kebanggan jika adab pun barai akidah pun rakai.
Saya bukan berbangga Suami saya sangat kasihkan saya dan bukan hendak mengaibkan sesiapa. Tetapi inilah realitinya. Jika kita miskin, tidak berharta dan sakit pula tu, siapa pun tidak hairan, simpati dan pandang kita. Hanya mereka yang beradab, berakhlak, ada pegangan Tauhid sifat 20 dengan sebenarnya dan dianugerahkan Allah iman, Islam dan ehsan di dalam jiwa dan perasaan mereka sahaja tidak berkelakuan kurang ajar seperti mereka di dalam perkongsian saya kali ini.
Alhamdulillah Suami sayalah yang pujuk hati dan jiwa saya yang kecewa dengan perbuatan dengki, khianat dan aniaya mereka semua terhadap saya.
Ayang kena berbangga dengan diri Ayang. Sakit pun Ayang boleh drive. Diorang tu semua drive pun tak boleh. Semua berharapkan suami". Pujuk suami saya. Terubatlah perasaan saya.
Sembuh sakit dengan izin Allah itu, saya kuatkan diri pergi ke Shah Alam tanpa bertongkat menyertai kursus marketing anjuran Coach Networking Branding hackers yang rupanya ketua kumpulan ajaran sesat. 🤦
Panjang kisahnya. Jika rajin bolehlah isi masa lapang baca DI SINI dahulu dan DI SINI. Sila klik setiap pautan link yang ada ya. Baru faham cerita saya.
DILAMAR KOLABORAT PROGRAM PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWAN
Selepas sembuh kronik slipped disc, saya program keusahawan saya laku keras macam goreng pisang panas.
- Saya dijemput menjadi stokis produk kesihatan. Saya dipalau. Agen saya dicaras oleh pemilik produk. Saya hentikan terus urus niaga.
- Tidak lama kemudian saya dijemput berkolaborat dengan motivator terkenal mengendalikan program keusahawanan di bawah Negeri Selangor. Motivator ni pun auta juga orangnya. Pemilik program orang Sabah. Orang kuat parti politik dulu kini selamanya. Penipu juga. Motivator memperalatkan saya. Dengan pemilik produk tidak berani bersuara. Hanya provoke saya sahaja. Prmilik program pula hanya memperalatkan usahawan-usahawan untuk melariskan produk-produk mereka. Bukan membantu pun. Tidak mengapalah. Saya hentikan kolaborasi jijik tersebut. Saya tidak suka penipuan. Penipuan itulah scammer. Beberapa orang dari mereka beberapa kali minta saya menjadi penceramah. Malas. Sudah ludah dan menghina saya, hendak jilat balik. Termasuklah ayah penceramah bebas terkenal beberapa kali minta saya menjadi team leader produknya. Minta surat hitam-putih tidak diberi. Malaslah saya. Abaikan semua penipu itu.
- Selepas itu saya dijemput memberi ceramah dalam kursus online marketing untuk Usahawan seluruh Malaysia anjuran Pusat Berdaya Wanita dan Zon 3, MPAJ, Negeri Selangor. AJK MPAJ Zon 3 juga hanya memperalatkan saya. Tanpa highlight saya. Hanya banner gambar saya di tepi. Gambar mereka semuanya di tengah-tengah. Peserta dan kawan-kawan saya pertikai. Tapi saya tidak kisah. Pada saya ianya perkara kecil sahaja. Janji dibayar saya penceramah jemputan sudahlah. Laksanakan sahaja amanah dan tugas saya ebaiknya. Orang kenal atau tidak saya, itu semua tidak penting. Yang penting, impian saya untuk berceramah berkongsi ilmu di khalayak awan sudah tercapai.
- Tidak lama selepas itu saya diminta menjadi Pembantu Am, selepas itu menjadi Pengurus Tadika kepada Ahli Majlis MPAJ Zon 3 itu. Eliau Ketua wanita Parti Amanah (PAN). Saya dapati banyak tiada ketelusan contohnya beliau menggunakan dewan serbaguna untuk kepentingan peribadi. Kebetulan saya memang hendak berhenti cuma tidak sampai hati kononnya saya ingin bantu kawan saya. Bermasalah pentadbiran anak-beranak itu. Akhirnya saya ditamatkan perkhidmatan tanpa dibayar elaun pengangkutan seperti dijanjikan. Sedikit sahaja saya kongsikan hal peribadi beliau yang menjengkelkan biarlah saya simpan. Pembantu Am pertama tahu. Tetapi diamkan diri sahaja tidak berani pun bersuara.
- Selepas itu bekerjasama pula dengan pembekal kerepek di Giant Taman Permata. Pemilik keluarkan daripada begnya sebeban azimat dan tangkal bertali-tali tunjukkan kepada saya. Terkejut saya terus sakit kepala. Ajaran sesat (perkara sihir, syirik dan khurafat), saya terus hentikan kerjasama. Duit dapat memang lebat. Tetapi saya tidak mahu bersubahat.
Dengan saya mudah. Siapa nak sesat, sesatlah. Saya tidak kisah. Lantaklah. Hang hendak sesatkah. Hang hendak matikah. Silakan. Jangan ganggu saya, jangan kacau akidah, minda dan jiwa saya seperti dilakukan oleh 'Kumpulan ajaran sesat penganut akhir zaman (ilmu fitan atau preppers) teori konspirasi pelampau pemberontak negara, gang gila isim, paranoid akhir zaman teori konspirasi, gila isim alam ghaib, gila isim keturunan ghaib, gila isim makrifat sesat, kuat berhalusinasi dan kuat menakut-nakutkan awam, penjenayah cyberbully body shaming akidah, minda dan jiwa' saya sudah.
Pada masa itu saya masih tidak pandai lagi melawan scammer dan malas menuntut hak saya. Saya hanya redha sahaja. Suami saya pesan,
Biarlah nanti ada lah tu rezeki Ayang lebih lagi Allah beri.
Teringat pesanan almarhumah emak saya,
Long, biar orang buat kita Long. Jangan kita buat orang". Sedih pula.
Air mata jiwangku meleleh laju saat menulis. Kedua orang tua saya memang tidak pernah masuk campur jika saya dibuli atau dianiaya. Mereka biasanya menyabarkan saya.
Ingin saya nyatakan di sini. Usah mudah percayalah mereka yang berprofession tinggi, nampak alim, hebat berkata-kata dan usahlah hanya melihat pada pemakaian zahir. Banyak korupsi dan penipuan dilakukan sebenarnya tidak kita ketahui.
Kepada semua guru-guru, asatizah, teacher dan seangkatannya, saya ucapkan selamat menanda kertas soalan kepada Cikgu, Guru, Teacher, Asatizah dan seangkatannya. Semoga bertabah. Kalian memang hebat. Saya hormat. 👍
Begitulah antara Pengalaman bekerja, berniaga dan membimbing usahawan telah saya lalui sehinggalah saya popular dengan program-program keusahawanan saya yang memang sudah bermula dari tahun 2015 lagi secara online sehinggalah tahun 2021. Alhamdulillah sehingga saat ini saya masih sihat dan masih bernafas. Pegawai di Jabatan Agama Islam, JAKIM dan PDRM dengan saya segelintirnya amat bijak, baik dan berhemmah dengan saya. Ini semua pengalaman mahal saya tiada dapat semasa di Universiti dahulunya. ❤️🌹
Comments
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.
Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com