21 July 2025

MENJAWAB FITNAH KE ATAS NASAB AHLUL BAYT.

MENJAWAB FITNAH KE ATAS NASAB AHLUL BAYT.

Assalamual'aikum.

Beta cicitnda waris YMTP Puteri Gunung Ledang, Dato' Paduka Laksamana Hang Tuah dan Sultan Mahmud Shah Melaka,  membetulkan fitnah biadap terhadap moyang nasab ahlul bayt.


  1. Fahamkan ini, leluhur tu jin bukan moyang! HARAM ambil susur galur salasilah keturunan daripada jin leluhur atau bunian atau lain-lain makhluk seperti Raja dibinkan kepada gajah putih. Manusia dinasabkan kepada jin dan haiwan? Biadap tidak berakhlaq sungguh! Beta tidak bercakap kosong. Semuanya ada bukti.

  2. Bermula daripada buku sulalatus salatin, seterusnya disambung oleh cicitnya melalui website cicitnya dan buku Miftahul Malayu yang telah dicaca-marba tunggang terbalikkan olehnya kini sudah menjadi Imam kepada ramai kaum jantan ketua-ketua persatuan raja raja Melayu, penyembah jin leluhur dan ketua susur galur yang ambil nasab daripada jin leluhur atau bunian untuk tujuan seru, puja, sembah mengangkat makhluk jin sebagai keturunan bertujuan menghina Raja raja melayu nasab ahlul bayt terutamanya YMTP Puteri Gunung Ledang, Dato' Paduka Laksamana Hang Tuah dan sultan Mahmud Shah Melaka.

  3. Bukunya jelas bertujuan memesong murtadkan aqidah kita umat Islam. Tulisan di dalam Sulalatus Salatin adalah fitnah besar-besaran terhadap raja raja nasab ahlul bayt manusia. Cicitnya fitnah moyang-moyang lagenda sebagai jin leluhur melalui bukunya telah diberi percuma kepada awam, pelajar-pelajar Tahfiz termasuk anakanda pada tahun 2024. Telah membawa kepada murtad besar-besaran melalui program 'Perhimpunan Besar Kekeluargaan Syaikh Jumadil Kubra & pelancaran Sektretariat' pada 10/5/2025. Kerana beta nasab ahlul bayt yang sah, jadi beta buat laporan polis untuk membersihkan maruah moyang-moyang beta. No. Repot polis : KUBANG KERIAN/003797/25.

  4. Nasab ahlul bayt ni daripada Hadhralmaut Yemen seramai 73 orang nasab ahlul bayt para wali Allah dan wali Songo dalam satu kapal diketuai Baginda Sulthon Sayyid Ahmad Jalal nama gelarannya banyak. Kapal yang bocor berlabuhlah di Pulau Besar bermustautin di situ dan berulang alik berdakwah dari Mekah ke tanah Jawa, Parsi, India dan pelbagai negeri lagi untuk berdakwah sehingga berjaya membentuk sebuah kerajaan Majapahit yang besar kuasa jajahannya. Putera Baginda, Sayyid Ali Nurul Alam bergelar Raden Patah yang menjadi Sultan Raja Demak 1 di atas saranan abangnya juga wali Songo. Mereka saling menimba ilmu juga antara satu sama lain. Tetapi difitnah sebagai murid biasa dan anak angkat.

  5. Tiada seorang pun Putera Puteri Baginda Sulthon Sayyid Ahmad Jalal daripada kalangan makhluk jin leluhur mahupun bunian. Logiknya seperti contoh, mereka disambut meriah setiap penduduk rakyat jelata mereka mentadbir hingga dapat meminjam pinggan mangkuk ketika kenduri-kendara. Ini bermaksud mana ada manusia selain manusia sahaja yang berurusan dengan manusia. Lucu sungguh iktiraf jin sebagai manusia. Jin mana boleh jadi manusia. Manusia ya boleh jadi setan. Nabi Sulaiman moyang kepada nasab ahlul bayt pun jin tunduk kepadanya dengan izin Allah SWT. Sudah elok jadi manusia sibuk kalut pula mengaku keturunan jin leluhur dan bunian. Astaghfirullahal'adzhim. Bertaubatlah!

  1. Nama sebenar YMTP Puteri Gunung Ledang ialah YMTP Puteri Siti Jamilah atau Siti Gumilah Sari, gelarannya lagi, Raden Puteri Mas Nyawa, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Puteri Ratna Gumilah Sari Binti Sayyid Ali Nurul Alam bergelar Raden Patah ketika menjadi Sultan Raja Demak 1. Gelaran Sultan Alam Fattah al-Akbar. Raja banyak negeri. Nama gelaran baginda selaku nasab ahlul bayt pun sangat banyak juga ikut tempat negeri Baginda Sulthon dan puteri-puterinya memerintah dan bersembunyi dari penjajah kafir l4kn4tullah.

  2. Ditegaskan sekali lagi, Baginda Yang Mulia Tuanku Permaisuri (YMTP) Siti Mahsuri @  Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong Bonda saudaranya Che Siti Wan Kembang dan Dato' Paduka Laksamana Hang Tuah  bukan jin leluhur atau bunian. Menghilang bukan ghaib sebagai jin leluhur mahu pun bunian. Moyang hilang ketika sedang asyik berzikir bersuluk bukan meditasi (bertapa) seperti difitnah puak perawat dukun ilmu hitam ahli sihir silat sesat. 

  3. Moyang bersuluk di gunung untuk menyelamatkan diri daripada penjajah yang zalim pantang mereka dengan keturunan Syaikh Jumadil Kubra @ Sayyid Syaikh Hussein Jamaluddin Al-Qubra nasab ahlul bayt kurun ke 14 yang gemilang kerja dakwahnya menakluk dunia disebabkan memiliki zuriat yang sangat ramai atas sebab perkahwinan dengan Puteri-puteri kerajaan lain besar yang lain lagi. Moyang ada yang hidup lama maka pemerintahan juga sangatlah lama. Nama sahaja bergelarannya berbeza-beza.

  4. Berhenti membaca taksub percaya berkiblatkan buku sulalatus salatin dan Miftahul Malayu oleh keturunan pengkhianat hingga akhir hayat busuk hati fitnah, murtadkan umat Islam dengan mendakyah sembah jin leluhur, fitnah moyang sebagai jin leluhur dan buat syirik dan khurafat.

  5. Hentikanlah fitnah ke atas kami. Haram syurga tukang fitnah dan penyebar fitnah. Fitnah itu membunuh! Beta yang juga difitnah sebagai jin, Puteri bunian dan pelbagai lagi tuduhan, tohmahan dan fitnah serta ugutan saman, bunuh dan hasutan pulau beta. Beta juga menuntut bela terhadap kes jenayah berat dilakukan ke atas beta. Laporan polis di pinned post.

Nama pena Puteri Nur Cahaya l Cikgu ietaCikgu ieta IYM Tuanku Nik Nur Inayah Deraoh Remaniyyah Thoyyibiyyah Uhudivyah Mursyidiyyah Mu'tashim Billah Alwaniyyah, nasab ahlul bayt jalur saidina Hassan dan Hussain generasi Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW ke 54, waris Deraoh @ Lebei Tayal dan Taib cicitnda waris sultan Melaka, Sultan Qunbul, Chermin, Raja Pujut, Raja Reman, Raja Jembal. Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger kongsi pengalaman, fakta aqidah, kisah wali & ulamak. Bongkar ajaran sesat di Malaysia.

MENJAWAB FITNAH KE ATAS NASAB AHLUL BAYT.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex motivator, Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 29/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....