1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru
kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu
kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan
berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya
percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan
kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan
anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak,
walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu
menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih
basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.