TAMAT SUDAH SESI PERSEKOLAHAN 2012....

Salam...
Hari ini nak membebel tentang cuti sekolah. Sabar je la ye... hehe...


Semalam 9/11/2012, tamatlah sesi persekolahan tahun ini. Sebelum itu, 8/11/2012 adalah Hari Anugerah Cemerlang & Majlis Khatam Quran di sekolahku berlangsung. Aku ditugaskan sebagai AJK buku program & bahagian pendaftaran. الحمدلله, semuanya berjalan lancar dan tersusun. Buku program aku berjaya siapkan dalam tempoh 3 setengah hari sahaja. Itupun ketua biro S.U.P ku banyak membantu dan mengajarku. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Guru-guru yang lewat balik pada malam sebelum program bermula pun banyak membantuku susun dan staple buku program tu. Syukur sesangat. Semangat bekerjasama dalam pasukan memang membantu sesebuah program berjalan lancar. (motivasi nieh...)

Selingan sikit... Inilah jadinya kalau murid geliga bab yang lain tapi kantoi dalam pelajarannya. Hehehe...


Pada hari ke 3 sedang menyiapkan buku program, Guru Besar memintaku menyiapkan background yang ada gambar-gambar penerima anugerah. Namun tidak dapat kusiapkan kerana tugas utamaku tidak selesai lagi dek markah murid yang belum dapat sepenuhnya. Jadi, dalam mesyuarat kali ke 2, aku minta jasa baik guru lain siapkan. الحمدلله, ada yang sudi membantu.

Setelah selesai semua urusan pada sesi persekolahan tahun ini (selesailah sangat... report card tak siap lagi beb.... Insya Allah Rabu hadapan aku siapkan) kini, tibalah masa cuti persekolahan pula...  Kerja-kerja untuk tahun hadapan pula akan ku siapkan waktu mingguku bertugas nanti. Banyak dah mindaku ni apa yang nak kusiapkan. Kerja tersusun pasti siap dengan teratur. انشا الله...

Balik pada tajuk utamaku. Cuti sekolah bermula lagi... jika dulu, cuti sekolah aku tak berapa gemar. Sebab aku suka bekerja. Kini cuti sekolahlah paling ku gemar kerana nakkan banyak masa dgn keluarga. Lagipun, aku dah plan pelbagai perkara nakku buat waktu cuti sekolahku ini. Rasa-rasanya nak duduk di rumah dan buat kerja-kerja rumah yang banyak terbengkalai dek kesibukan bekerja dan belajar je. Huhu... 

Sesungguhnya, kerjaya sebagai guru bukanlah mudah seperti kebanyakan orang sangka. Kerana kini, seorang guru perlu menjadi guru yang serba boleh dan sentiasa akur kepada arahan pihak atasan. Yang paling penting, perlu banyak-banyak bersabar.... 

Mudah-mudahan aku tabah dan sabar menghadapi segala-galanya. Amin

2 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER . (Publish on  07/05/2024 11:31. Sambungan  dari artikel  INI ,   INI ,  INI   dan INI ). Ulangan, c...