KISAH KAWAN MAKAN KAWAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Entri ini sudah lama juga tersimpan sebagai deraf di dalam blog ieta. Bermula dari blogwalking ieta ke entri blogger INI, digarapkan sedikit dengan pelbagai sumber pengalaman, terhasillah entri seperti tajuk tertera. Entri ini juga dibuat hasil cadangan dan pertanyaan berkenaan masalah rakan-rakan ieta yang mahukan tajuk ini diketengahkan.

Sebenarnya, kawan makan kawan adalah perkara biasa yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Perkara ini sering terjadi dan berlaku di mana-mana sahaja. Kawan makan kawan, tikam dari belakang... Kadangkadang depan manis mulut bukan main, tapi di belakang umpat keji, adu domba macam-macam. Ada juga sikap irihati yang diakhiri dengan perli memerli. Bu..suk punya hati...

Beberapa contoh kisah kawan makan kawan ingin diketengahkan.

Contoh 1

A merupakan rakan karib ieta. Beliau terlibat dalam sebuah kumpulan gerakan Islam sebagai ketua. Beliau telah lama ingin meletakkan jawatan kerana walaupun beliau ketua, semua kerja beliau terpaksa lakukan sendirian disebabkan ahli kumpulan yang lain tidak mahir dan bersikap tidak mahu belajar walau tak tahu. 

Suatu hari, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena lantas beliau berpura-pura tanyakan kepada setiausahanya "dah lantik ketua baru?" Jawab setiausahanya "Dah...ala, apa salahnya kan kalau lantik pun?" Benarlah sangkaannya, ada pakatan menjatuhkan beliau dalam senyap. Buat komplot membina kumpulan lain dalam senyap. 

Bila beliau ingin meletakkan jawatan, untuk memberi laluan kepada orang lain, semua tidak bersetuju. Konon... walhal, dalam diam pakatan melantik ketua lain beserta ahli jawatankuasa telah dilakukan. Akhirnya, si A meletakkan jawatan secara formal melalui ketua atasannya dan tidak aktif langsung dah dengan gerakan Islam tersebut.

Contoh 2

Ini luahan hati cerita si B pula. Beliau membuat kerja berkumpulan. Suatu hari sewaktu B sakit, ketua kumpulan telah membuat onar. Diwaktu itu barulah B sedar bahawa rakan-rakan kumpulan rupanya tidak boleh menerima dia yang sering sakit.  Mungkin juga faham tetapi buat-buat tidak faham. Mungkin tertekan dengan tugasan dari pensyarah yang memberi tugasan. Ketua kumpulan menghantar mesej kepada B beberapa kali supaya hadir ke kelas. 

Dalam keadaan sakit, si B sudah pasti tidak dapat hadir ke kelas. Namun, si B meneruskan juga menyiapkan tugasan kumpulan dalam keadaan tidak sihat dan zero, tak tahu apa-apa. Bila si B bertanyakan cara dan bagaimana hendak membuat tugasan, langsung tak diberi penerangan. Tiada kerjasama langsung. Mesej diterima dari seorang ahli kumpulan yang lain pun ayat agak kasar. 

Ketua kumpulan, pada hari itu langsung tidak membalas atau menjawab talifon si B. Tiba-tiba pukul 5 pagi pada hari itu, sedang menyiapkan tugasan, si B tergerak hati membuka facebook. Di laman facebook ketua kumpulan terpapar status pada siang hari "aku tension giler harini..." kawan yang membaca tanya kenapa? antara jawapan"...tapi ada lagi seperkara yg buat hatiku membara. xleh nak cerita nanti ada yang trasher... beselah... dalam grup mesti ada yg something kan..." walhal sudah dimaklumkan tentang masalah yang si B alami. Kalau dalam kumpulan hanya ada 3 orang, pastilah si B secara automatik tahu, beliaulah yang ketua kumpulannya maksudkan. 

Sebelum terbaca status itu di facebook, si B ada bertanya terus kepada pensyarah bagaimana mahu membuat tugasan itu. Alhamdulillah pensyarah banyak membantu kata si B. Kemudian bila salah seorang ahli kumpulannya mengetahui si B menghubungi pensyarah, barulah dia memberitahu tugasan tersebut menggunakan perisian apa. Kenapa dari awal lagi tak beritahu sedangkah sudah berkali si B bertanya? 

Kemudian, bila berjumpa langsung tak bertegur sapa. Sangat-sangat beradab dan professional sangat kan...?  Luah si B pada ieta. Sensitif atau tidak si B dek apa yang dipaparkan difacebook itu bukanlah menjadi hal utama tetapi sikap ahli kumpulan sedemikian yang tidak berbincang dan tak jawab panggilan tetapi terus tiba-tiba paparkan dilaman sosial bukanlah tindakan yang bijak dan professional kerana sewajarnya bila kerja kumpulan, perlu ada perbincangan, kerjasama dan tolak ansur bukan statuskan difacebook yang konon mengikut cadangan kawan-kawan. 

Bukan tidak pernah dalam kumpulan ada yang macam-macam. Tak pula buat sedemikian. Akhirnya, si B memilih untuk membuat tugasan secara individu supaya tidak menyusahkan rakan kumpulan bila tidak hadir ke kelas disebabkan cuti sakit yang panjang dan beliau  telah menyedari bahawa selama ini beliau hanya dipergunakan untuk membuat tugasan kumpulan semata-mata, bila sakit tak diperlukan lagi. Mesej-mesej dari ahli kumpulan sepanjang si B sakit, masih tersimpan di dalam hanfonnya. Status di facebook tu pun di printnya. "bukan apa.... bahan bukti..." kata si B kepada ieta. 

Kata si B lagi, Allah tunjukkan juga satu persatu petanda bahawa mereka bukanlah kawan yang sewajarnya untuk berkawan… berdasarkan beberapa kisah termasuk ditinggalkan, tak diberitahu dan diketepikan sewaktu mereka berjumpa pensyarah berkaitan tugasan dan pelbagailah lagi yang tak muat nak ieta taipkan di sini. 

Bagi ieta, keputusan yang dibuat oleh si B ini membuktikan beliau seorang yang profesional dan bertindak bijak (suaminya pun mengakui kebijaksanaannya itu), walau seorang diripun masih mampu membuat tugasan biar berat mana sekalipun. Yang penting, rajin...

Contoh 3

Kisah si C pula. Sebagai pekerja kadangkala agak tertekan dengan suasana kerja mahupun rakan-rakan sekerja. Itu memang lumrah dah. Si C yang stress bercerita masalahnya kepada si D yang dianggap kawan sejati. 

Tup-tup, Si A dipanggil bos sebab bos dapat tahu Si A bengang dengan bos atas pelbagai sebab. Bila dah bersemuka, si C apa lagi, terkeluarlah segala isi hati selama ini. Alhamdulillah la pula bos si C profesional orangnya, tak mudah mendengar cakap sebelah pihak. Selesai perkara tersebut dengan baik. Bosnya siap peluk dan meminta maaf lagi kepada si C. (ieta pun rasa respect dengan bos yang macamni).

Contoh 4
Kisah ini tentang Si C juga. Ada rakan sekerja baru yang baik dengannya. Walaupun berlainan jantina tetapi C menganggap rakannya itu sebagai adik-adik. Tambahan pula rakannya itu rajin dan ringan tulang berbanding rakan yang lain. C juga ada belajar subjek yang tidak difahami dengan rakannya itu dan menyiapkan kerja bersama-sama, dengan pengetahuan suami si C. 

Nak dijadikan cerita, ada pula yang dengki...  siap mengapi-apikan lagi supaya si C dan rakannya tu berbalah. Dan hanya kerana sekeping nota si C yang tercicir, dia di fitnah oleh bosnya sendiri melalui mesej tengah-tengah malam buta menuduh beliau curang. 

Sampai migrain si C dibuatnya. Dah migrain, apalagi, MC la. Rakan sekerja si C yang berlainan jantina ni, agaknya nak glamour kot... (kata beberapa orang lain) nota diberi kepada bos atas tujuan apa, tak pula C ketahui. Nota itu kata si C, sekadar catatan yang beliau selalu buat sebelum berbincang atau bercakap dengan sesiapa sahaja. Memang tabiat beliau suka menulis nota dahulu supaya tidak terlepas cakap, mentelah pula si C ni kuat pelupa orangnya. 

Nota itu pun ditulis oleh si C setelah ada rakan yang bertanya "dulu rapat, kenapa sekarang tak rapat?" membuatkan si C hairan dan atas rasa ingin tahu juga kenapa, adakah rakannya itu ada rasa marah atau benci kepadanya sehingga ada yang perasan dia dan rakannya itu sudah tidak mesra seperti masa baru-baru rakannya itu masuk kerja di tempat kerjanya. 

Bos yang tanpa usul periksa dek mendengar hasutan rakan sekerja si C, menalifon bertalu-talu nak marahkan si C. Walhal semalam masa rakan sekerja si C tu memberi nota kepada beliau, tak pula beliau panggil si C mengadapnya. Dalam pada itu, rakan sekerja yang sama jantina dengan si C, si E menggeledah facebook si C melalui facebook yang ditinggalkan terbuka terlupa ditutup oleh rakan si C yang seorang lagi. Maka, sedaplah si E... menggali cerita dari facebook si C untuk menokok tambahkan cerita penyedap tekaknya mengadu domba. Si E sememangnya dari dahulu lagi sentiasa mencari salah dan silap si C. Ada sahaja nak diumpat dan digossipnya. 

Jadi, inilah peluangnya... Berminggu jugalah si C ni nak pulihkan semula semangat dan diri yang telah diaibkan oleh bos dan kawan sekerjanya tu.  Bekerja sambil berendam air mata. Sampai rasa nak membunuh diri pun ada luah si C. Dengan mengikut nasihat suaminya yang meminta beliau bersabar dan tidak membalas apa-apapun terhadap mereka, akhirnya bos si C meminta maaf atas apa yang telah beliau buat. Dalam hati si C "kau dah malukan aku, dah aibkan aku dengan tuduh aku curang malam-malam buta than kau menayang nota aku yang takde pun tulis ayat-ayat cinta, kau senang-senang minta maaf macam tu aje"  Sebab si C ni profesional punya staff... buat-buat je lah happy ditempat kerja dan sentiasa menyibukkan diri. Yang si E pembuat onar, langsung tidak meminta maaf begitu jugalah dengan rakannya yang berlainan jantina tu. Hinggalah beliau berpindah kerja ke tempat lain. 

Apa yang si C buat ialah, diam tak cakap banyak, sibukkan diri walau tak sibuk. Jumpa personally dengan kawan-kawan baik rakan berlainan jantinanya tu dan beri penerangan. Akhirnya, sahabat baik rakan berlainan jantinanya tu cakap "awak ni, tak ada self defence...sepatutnya awak defence diri awak bukannya diam sahaja". Si C beritahu pada ieta "lebih baik diam daripada menyerang pembuat onar atau bercakap banyak sebab cakap banyak pun tak guna..." Di hadapan si C, tiada siapa pun yang berani berkata apa-apa. Tapi ada jugala rakan yang bermasam muka dengan si C, bila dah jumpa personally baru beliau faham dan minta maaf kerana mendengar sebelah pihak. Bagi ieta, C bertindak bijak kerana tidak mudah melenting dan marah malahan akur pada nasihat suami adalah kunci kejayaan beliau. Tabik spring pada C yang berjaya melepasi ujian maha hebat itu.

````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Kisah-kisah ini cumalah sebahagian sahaja dari apa yang diceritakan kepada ieta. Kesimpulan dari apa yang ieta paparkan ialah.... Sesungguhnya hidup ini memang memerlukan kesabaran jiwa yang tahap dewa. Sentiasalah berhati-hati dengan sesiapa sahaja dalam dunia ni kerana KAWAN MAKAN KAWAN memang tidak pernah luput dari sejarah. Sedangkan adik beradik lagi berbalah inikan pula kawan... Sahabat sejati sukar dicari, oleh itu sentiasalah berhati-hati. Seperkara lagi, hormatilah oranglain andai ingin diri dihormati. 

Apa pendapat dan kisah anda pula? Ada yang pernah terkena seperti 4 kisah di atas?


Entri berkaitan Nuffnang semalam telah disimpan atas nasihat encik usben. hehe...

Nota : Memohon maaf itu lebih baik dari berterus-terusan tidak mengaku kesilapan mahupun berpura-pura tidak buat kesalahan kemudian berpura-pura tunjuk kebaikan.

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tu le, gurauan yg tak bleh dibuat menmain tu... bahaya. Sy dh cuba, blogwalking seharian bila ada ms siang mlm pg ptg, Rank Alexa sy, sy tak perasan tp links tu, dr hr (baru lg sy pasang) memula 300 lebih. Hr ni jadi 25. Tak tau la ok ke tak tu. Hr ni, lebih 20 komen masuk dlm blog sy ni. Berkat blogwalking kot... takpun berkat merapu merapan sy dlm blog ni. Takpun berkat tak malunya sy ping segala entri kat sume g+ komuniti & ping mcm2 ping hehe... cuba la(mcm bagus blog sy ni haha)

      Delete
    2. 1 lg, cara sy BW, sy akan tumpukan sebuah blog tu, baca dr mula smpi ke entri yg sy dh tak larat nak baca(smpi tersengguk2 ngantuk) dan tinggalkan jejak komen) berbaloi mmg berbaloi2...hehe

      Delete
  2. Macam macam hal kan kerenah rakan nih.. saya pun banyak dah pengalaman sebegini..tapi buat2 tak tahu je lah..

    Dah tinggalkan link,,no 51..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, seeloknya usah difikir2kan dah semua pkr yg telah berlaku. Itu semua adat dlm berkawan. Terima kasih sudi jengah dan tinggalkan link :)

      Delete
  3. paling geram bila ada yang buat muka tak bersalah. terang2 dia memang bersalah. sabar je..huhu

    ReplyDelete
  4. yang muja alami pulak camni. muja dah nak baik ngan someone walaupun muja tahu dia masih tak berubah. tapi ada orang yang tak bagi. terus tak jadi. huhuu,, napelah mudah sangat terpengaruh,, sobsss

    ps- kak, nape tak leh comment guna nama dan url blog ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak biasanya buat baik je even orang tu pernah pedajal akak ataupun sakitkan hati akak. Bak pesan arwah emak akak "Biar org buat kita, jgn kita buat org"
      Entahla Muja... akak pun heran gak nape jadi camni? dah puas godek2 tapi still tak leh letak comment tu guna nama n url blog

      Delete
  5. erk..sila guna perenggan. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.... dah2. Terima kasih tegur. Entri ni sy buat masa tak reti kekdah berblogging. Tu yg jd panjang bebenar tu... hehe...

      Delete
  6. sering sangat terjadi.. kdang sedih jugak..

    ReplyDelete
  7. Umang Aiiiiiii......Boleh buat Cerpen ni sis..apa pun Saya Understang sgt! saya pun terkene (+___+) huhuhuh

    ReplyDelete
  8. hadap jela.. kalu dah terkena sekali jgn harapp dahh. kita di uji kan kakkk ;))

    ReplyDelete
  9. Keep on working, great job!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Popular Posts