SUBJEK FALSAFAH PENDIDIKAN
As salam
Pagi ini saya ingin berkongsi tentang Falsafah Pendidikan. Tugasan individu ini disiapkan semasa saya berada dalam semester pertama. Sebab dah lama tak belajar, jadi idea pun kuranglah sikit. Dengan perkongsian ini, harap bermanfaat kepada mereka yang mencari maklumat subjek Falsafah Pendidikan.
S1
J1
|
APAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN PERIBADI ANDA DI DALAM BIDANG
PENDIDIKAN?
Inilah
falsafah pendidikan saya.
"Pendidikan di dalam
negara sewajarnya adalah berpaksikan Islam. Ia merupakan satu usaha
berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk syakhsiah, kemahiran dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah dan warganegara yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar seterusnya
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat".
Falsafah
ini boleh digunapakai di dalam mana-mana bidang ilmu contohnya di dalam matapelajaran
Tauhid tajuk malaikat.
Dari
segi METAFIZIK (ONTOLOGI), tajuk
ini membawa pelajar mengkaji tentang sifat-sifat malaikat, bagaimana malaikat
diciptakan dan kewajiban beriman kepada rukun iman ini. Tajuk ini boleh dikaitkan
dengan matapelajaran Sirah dan Akhlak. Ia memberi fokus kepada perkaitan
sebab malaikat dijadikan dan akibat
tidak mempercayai malaikat. Manakala dari segi AKSIOLOGI pula, terdapat
nilai berbuat baik dan meninggalkan dosa. Juga hikmah (kebaikan)
mempercayai kewujudan malaikat dan
keburukan tidak mempercayainya. Di sudut EPISTEMOLOGI, guru perlu
memberi kefahaman tentang pengertian malaikat dan menanam kepercayaan murid
terhadap kewujudan malaikat.
|
S2
J2
|
APAKAH
HALATUJU / MATLAMAT DAN TUJUAN PENDIDIKAN?
Pendidikan adalah bertujuan
untuk membentuk peribadi muslim yang utuh iaitu peribadi yang ideal menurut
ajaran Islam. Ianya meliputi aspek individual, aspek moral, aspek material
dan aspek spiritual. Semua aspek-aspek tersebut adalah sesuai dengan
hakikatnya sebagai seorang muslim yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada
Allah SWT. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu”.
(Al-zariyat: 56)
Proses pembentukan manusia yang
berakhlak mulia ini dinamakan sebagai proses mengajar dan mendidik tentang
kehidupan berteraskan agama Islam. Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam
mendidik manusia, para pendidik perlulah bijak menguruskan proses pengajaran
dengan baik dan menggunakan pengkaedahan yang sesuai bagi menarik minat
pelajar supaya dapat menghayati setiap pelajaran agama yang disampaikan.
|
S3
J3
|
APAKAH
KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI DALAM PENDIDIKAN?
Terdapat
pelbagai kaedah di dalam mendidik antaranya :-
1. Interaksi
Dalam Bilik Darjah
Ø Menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;
v Peringkat pra-aktif
ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi
pengajaran.
v Peringkat interaktif
ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah.
Terdapat
empat jenis interaksi iaitu interaksi antara:
ü Pelajar dewasa juga perlu
menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti kursus. Mereka harus
bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti kursus.
Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab
sosial (rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan
masa supaya interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran
sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan
adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual
sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai
pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.
2. Interaksi
di luar Bilik Darjah
Ø
guru membawa pelajar ke perpustakaan atau kawasan
taman sekolah sambil mengajar ataupun sesi pengajaran dan pembelajaran melalui
media teknologi.
3.
Kaedah lain :-
1.
Menyanyi / bernasyid
2.
Melalui penggunaan kad imbasan
3.
Belajar sambil bermain. Contoh : Puzzle dan teka
silang kata
|
S4
J4
|
APAKAH
BAHAN RUJUKAN (KURIKULUM) PENDIDIKAN YANG DIGUNAKAN?
Kurikulum
adalah berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan dan J-Qaf (Sebagai rujukan tambahan).
|
S5
J5
|
APAKAH
HASIL PEMBELAJARAN YANG DAPAT DICAPAI OLEH PELAJAR?
– PENGETAHUAN : Pelajar dapat
menyebut pengertian
malaikat dan sifat-sifat malaikat dengan
lancar dan
dapat menulisnya di buku latihan mereka.
-
SIKAP : Pelajar dapat menyemai sikap
mempercayai 10 malaikat yang wajib diketahui.
-
KEMAHIRAN : Pelajar dapat menghafaz nama
dan tugas-tugas malaikat seterusnya mereka dapat menerangkan pengertian dan
sifat-sifat malaikat dengan lancar.
|
S6
J6
|
KEBERKESANAN
DI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)
Keberkesanan
di dalam P&P dapat dilihat apabila pelajar-pelajar mengamalkan
nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian walau dimana mereka berada.
|
S7
J7
|
APAKAH
OBJEKTIF TELAH TERCAPAI?
Alhamdulillah,
objektif tercapai kerana pelajar dapat menjawab soalan semasa sesi soal jawab
dan di dalam Ujian dan Peperiksaan lalu.
|
S8
J8
|
BAGAIMANAKAH
MURID-MURID DAPAT MENGAPLIKASIKAN DAN MENGHAYATI HASIL P&P?
Contohnya
: Melalui budaya tolong menolong untuk mendapatkan pahala yang dicatit oleh
malaikat Raqib yang mencatat amalan kebaikan dan takut membuat kejahatan
supaya dosa tidak tercatat oleh malaikat ‘Atid.
|
S9
J9
|
BAGAIMANAKAH
FALSAFAH PENDIDIKAN INI DAPAT MEMBENTUK SYAKHSIAH, MORAL DAN DISIPLIN
PELAJAR?
Melalui ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk syakhsiah, moral dan disiplin pelajar.
|
S10
J10
|
BOLEHKAH
PENGGUNAAN ROTAN/DENDA/DENDA KORPORAL (BERAT-COMPOUND PUNISHMENT) DILAKUKAN?
Bergantung
kepada keadaan dan fizikal pelajar. Nabi kita sendiri menggalakkan rotan anak
ketika berumur 10 tahun jika tidak menunaikan solat. Tetapi apabila meningkat
remaja, kaedah nasihat dan kasih sayang lebih utama dilaksanakan di dalam
membentuk mereka.
|
RUJUKAN
- Panduan Mendidik Anak-anak
Pra Sekolah oleh Dato’ Dr. Hasan Hj Mohd Ali. Akademi Keluarga Bahagia
Malaysia (AKRAB) Tahun 1999.
- Sumber Internet :
- http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/falsafah-pendidikan-guru.html
- http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/cabang-cabang-falsafah.html
- http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2010/11/interaksi-dalam-bilik-darjah.html
- http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NORLIZAAP040192D2008TTP.pdf
- Idea dan pemikiran sendiri.
Comments
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.
Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com