CIRI-CIRI BLOG DISUKAI RAMAI

As salam.



Ahad lalu, saya telah menyertai segmen Segmen 12 jam follow blogwalking 3 oleh blogger hebat +Mia Liana di dalam blognya Mialiana.com.

Alhamdulillah jam 5.17 petang sebentar tadi saya siap selesai blogwalking ke blog pesertanya yang seramai 80 orang. Ada la dalam hampir 2 jam lebih juga masa untuk blogwalking tu. 

Pengalaman saya di dalam dunia blogging yang tidak seberapanya ni, membuatkan saya berminat untuk mencari-cari ciri-ciri blog yang disukai ramai. Hasil dari blogwalking saya sebentar tadi, antaranya ialah :

1. Mudahkan follower untuk ikut blog dengan membuang segala security word dan captcha word seperti di bawah ini.

CIRI-CIRI BLOG DISUKAI RAMAI, TIPS SEO
SILA BUANG CAPTCHA WORD NI DIK NOON...


CIRI-CIRI BLOG DISUKAI RAMAI, TIPS SEO
MAAF, KAKAK MENEGUR UNTUK KEBAIKAN

2. Mudahkan pengunjung blog dengan meletakkan ruang komen ditempat yang mudah pengunjung melihatnya seterusnya, memudahkan pengunjung membuat komen.

3. Jangan menipu dengan meletakkan iklan tersembunyi disusunan ruang komen. Seperti di bawah ini. Sudahlah ruang komen kecil, susah nak cari pula...

TIPS SEO, CIRI-CIRI BLOG DISUKAI RAMAI

Ada juga saya nampak blogger yang meletakkan link iklan tersembunyi di entri atau mana-mana lagi di ruang sidebarnya. Pada pendapat sayalah kan, jika mahu orang klik iklan, buatlah secara jujur. Ingat, rezeki yang dapat akan jadi darah daging. Jadi rezeki yang berkat adalah hasil dari kejujuran bukan penipuan. Penipuan adalah haram. Jauhkan yang haram.

4. Susunaturkan blog ditempat yang bersesuaian. Nak tahu susunatur blog yang kemas? Sila  rajinkan diri blogwalking ke blog yang lain.

5. Usah letak gadget yang terlampau banyak hingga menyerabutkan blog dan melambatkan loading blog. 

6. Pemilik blog yang ramah. Bukan hanya meninggalkan komen semata-mata dalam blog yang ber 'PR' tinggi dan glamour sahaja.

7. Selalu berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat secara sihat tanpa kondem mana-mana pihak. Secara jujur dan ikhlas tanpa ada niat yang tersembunyi.

Apa pendapat anda tentang blog saya?

6 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER . (Sambungan dari artikel  INI ,   INI ,  INI   dan INI ).  K redit kepada   page   Public Health Ma...