Berita kematian yang mengejutkan

As salam. Terasa hiba dengan berita kematian yang mengejutkan suami sahabat saya Nurahimah Nasir


kematian, luahan hati, Nurahimah Nasir, Bro Framestone, berita kematian yang mengejutkan


Memang saya rasa sangat hiba dengan berita kematian yang mengejutkan suami sahabat saya Nurahimah Nasir. Kami pernah sekumpulan dalam pembelajaran. Suami beliau saya tidak begitu mengenali. Namun, berkawan dengan sahabat saya ini, banyak mengajar saya pelbagai erti kesabaran dan ketabahan hidup. Beliau seorang yang amat sabar dan lemah lembut. Compare dengan saya yang agak brutal ni even kami sama-sama bekerja sebagai guru agama, amatlah jauh panggang dari api... Wajahnya memang penuh dengan wajah keibuan.

Tiba-tiba airmata saya bergenang... Serasa saya berada ditempatnya. Pusing ke belakang, suami saya sedang lena dengan anak-anak saya yang 5 orang termasuk baby yang baru 10 bulan. Oh, sayunya hati saya pagi ini... Sedih, pilu tak terkata... Moga mereka yang telah pergi tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Tika ini, airmata saya tidak mampu lagi dibendung, berjurai-jurai tatkala saya melihat gambar keluarga sahabat saya difacebooknya. Moga Imah tabah dan kuat untuk membesarkan anak-anaknya....

Sebenarnya, pagi tadi saya dapat whatsapp berita kematian yang mengejutkan suami sahabat saya ni dari rakan bisnes, dek sibuk dengan urusan keluarga saya tak baca pun whatsapp tu. Rasa sedikit ralat. Malam, semasa saya online facebook dari handphone saya, terbaca dari rakan yang lain pula yang turut share status ini. 

Waktu ini beliau berada di kampung... Mungkin lama beliau berada di kampung... Jam 8 malam tadi, saya ada mesej beliau tetapi beliau tidak membalasnya... Sekarang dah lewat pagi... Saya tidak dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan nombor akaun banknya. 

Mungkin ini perkara yang remeh tetapi, sering saya mendapat jawapan bila saya bertanya kepada blogger. 
  1. Ada tak cadangan dari rakan blogger bagaimana lagi cara boleh saya bantu meringankan sedikit bebanan beliau yang ditinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil lagi? 
  2. Atau ada kah rakan-rakan blogger yang juga sudi menghulurkan sumbangan buat beliau? 
Cuba bayangkan bila kita berada di situasi beliau...

Update 10.36 pagi : Saya telah menghubungi beliau. Nanti beliau akan mesejkan nombor akaun banknya. In Shaa Allah saya akan war-warkan nombor akaunnya untuk memudahkan sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada beliau bagi meringankan sedikit ujian maha hebat buat beliau ini.

Update 11.51 pagi : Nama suami beliau, Mohd Radif B Md Jali yang merupakan Ketua Unit Penyelarasan Keahlian ANGKASA. Kebetulan beliau pernah emelkan assignment beliau melalui emel arwah. Saya baru menghubungi pentadbiran sekolah Nurahimah Nasir, suaminya accident semasa berkursus di Langkawi.

Update 1.37 petang 29/10/2013 : Akaun bank sahabat saya telah saya perolehi, sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, sila pm facebook saya.


Sedikit kata-kata motivasi dari Motivator hebat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

Jika yang tersayang meninggal dunia... usah terlalu sakit kerana kehilangan, katakan pada hati, "dia cuma pergi dulu, aku akan menyusul nanti." 

Lihat anak-anakmu, apa yang diingini olehnya sekiranya dia masih hidup? Didik diri mu dan anak-anak menjadi soleh dan solehah... agar mereka mendoakan mu dan dia yang tersayang. 

Kalian akan bertemu semua dan semula di syurga. Amin.

Comments

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com