12 April 2015

RESEPI KIMA DAGING SEMPOI

RESEPI KIMA DAGING SEMPOI
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Kima ni anak dan suami sudah makan baru teringat nak ambil gambar. Maka bercomotlah tepi mangkuknya ya... heee...
Resepi ini asalnya saya lihat di blog Dapur Tanpa Sempadan. Tetapi oleh kerana bahan yang ada seadanya sahaja maka saya ubah suailah sedikit... Nampak gambar kima di blog Cek Mat tu, memang sangat sedap. Maklumlah pakar yang masak. Buat saya terliur dan tidak sabar saya nak memakannya.... tetapi waktu itu, bukan saya yang masak.... huhu... Sebab alahan bau, En. usben tercinta yang memasaknya pada malam itu... 

Sehingga kini, memang encik suami saya pakar dalam masakan kima ni. Dek saya yang mengidam beberapa tahun lalu, sanggup beliau tolong buatkan. Haaa... dah bertahun... Baru ada gambar entri RESEPI KIMA DAGING ini.
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Roti gardenia kebiasaannya kami sekeluarga cicahkan dengan kima daging.
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Sekarang sudah senang, beli sahaja Mission Wraps di pasar raya. Seperti lempeng juga wrapper ini tau.
BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI  :-
2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar.
200 gram daging cincang Ramly.
2 biji tomato (sederhana besar), di dadu kasar.
2 biji bawang besar potong dadu.
2 camca besar rempah kari daging Adabi.
1 biji cili merah, potong kasar-kasar.
1 biji cili benggala, potong kasar-kasar.
Sebatang kulit kayu hitam manis.
3 kuntum bunga lawang.
3 biji buah pelaga
Sesudu jintan.
Lada sulah.
Garam dan gula secukup rasa.
2 camca besar minyak masak
500 ml bancuhan air asam jawa (atau secukupnya).
2 biji cili hijau *
3 ulas bawang putih *
3 cm halia *
1 camca teh lada hitam biji*(Kesemua bahan bertanda* dikisar halus).

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum. 
  2. Masukkan bahan kisar bersama rempah kari. Kacau rata dan masak sehingga pecah      minyak (gunakan api kecil).
  3. Masukkan kentang dan bahan-bahan yang telah dipotong tadi, diikuti daging cincang Ramly. 
  4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa. Masak hingga menggelegak dan kecilkan api. 
  5. Terus masakkan sehingga kentang lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk).
  6. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak kan sehingga sedikit kering. Rasa dahulu. Jika telah berpuas hati, boleh matikan api. 
  7. Hidangkan di waktu panas bersama roti arab, roti gardenia atau Mission wraps seperti gambar di bawah.
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Yang ini, kima juga tetapi tanpa rempah. Kima cili bawang kentang namanya. Bahan-bahanya : Bawang besar, kentang dan daging kisar. Potong dadu dan kemudian goreng. Hati-hati semasa menggoreng. Usah terlalu garing.
Resepi, Resepi Kima daging, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps, Kima cili bawang kentang
Yummylicious Kima daging ni.
Resepi, Resepi Kima daging, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps, Kima cili bawang kentang
Bungkuskan kima ke dalam Mission Wraps ikut citarasa sendiri.
Resepi, Resepi Kima daging, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps, Kima cili bawang kentang
Potong 2 sahaja ya. Lebih-lebih terburai pula isi kimanya..
RESEPI KIMA DAGING SEMPOI ini memang sedap tau... Boleh juga dijadikan lauk bersama nasi. Atau makan begitu sahaja. Siapa ada lagi RESEPI KIMA DAGING SEMPOI. Mari kongsikan di ruangan komen di bawah ya ^__^

02 April 2015

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


Surat Kiriman, Format Surat Kiriman, Panduan menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi, Format Surat Kiriman Tidak Rasmi, tulisan Jawi, Format Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi, Surat kiriman tidak rasmi, mata pelajaran Jawi, Panduan menulis surat, panduan buat surat, Cara menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan Jawi, buat entri, contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi, Alat Bantuan Mengajar subjek Jawi Tahun 6, Surat Kiriman, contoh surat kiriman berbahasa Jawi, tulisan tangan murid-murid

Pernah tidak anda menulis surat dalam tulisan Jawi? Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi Format Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi. Surat kiriman tidak rasmi adalah salah satu sub-tajuk di dalam mata pelajaran Jawi yang saya ajar.

Berikut adalah Cara menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan Jawi mengikut nombor tertera seperti di dalam gambar di atas :
  1. Alamat pengirim di sebelah kiri.
  2. Tarikh di sebelah kiri.
  3. Pendahuluan (Perenggan pertama).
  4. Isi (Perenggan ke dua).
  5. Penutup (Perenggan ke tiga).
  6. Yang Ikhlas.
  7. Tandatangan.
  8. Nama penuh pengirim.
"Blog ini masih dalam proses penambahbaikan. Harap maklum.
Surat Kiriman, Format Surat Kiriman, Panduan menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi, Format Surat Kiriman Tidak Rasmi, tulisan Jawi, Format Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi, Surat kiriman tidak rasmi, mata pelajaran Jawi, Panduan menulis surat, panduan buat surat, Cara menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan Jawi, buat entri, contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi, Alat Bantuan Mengajar subjek Jawi Tahun 6, Surat Kiriman, contoh surat kiriman berbahasa Jawi, tulisan tangan murid-murid
Surat Kiriman Tidak Rasmi tulisan Jawi tajuk : Ucapan Takziah.
Panduan menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi ini saya buat entri disebabkan kesukaran saya mencari contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi sewaktu saya ingin membuat Alat Bantuan Mengajar subjek Jawi Tahun 6 ketika pensyarah datang mencerap saya beberapa minggu yang lalu. 

Saya berharap Format Surat Kiriman Tidak Rasmi ini bermanfaat bagi kegunaan guru-guru yang mengajar subjek Jawi dan bermanfaat juga kepada murid-murid yang ingin membuat rujukan kelak. Insyaa Allah saya akan kemaskini lagi dengan lain-lain contoh surat kiriman berbahasa Jawi hasil tulisan tangan murid-murid saya yang kreatif. Tahukah anda bahawa Format Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan rumi adalah berbeza?

"Entri ini auto post. Harap maklum".

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....